Elipsis (al-Hadhf) dalam al-Quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah Ellipsis (al-Hadhf) in the Quran as a Mark of the Arabic Supremacy of the Kalamu’Llah

MOHD SHAHRIZAL NASIR

Abstract


Elipsis atau al-hadhf merupakan satu uslub yang terdapat dalam bahasa Arab dan juga bahasa lain di dunia. Uslub berperanan menyerlahkan keindahan sesuatu bahasa kerana mempamerkan kepelbagaian gaya bahasa dalam menyampaikan makna ayat. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya menggunakan bahasa Arab standard. Oleh itu, kewujudan elipsis atau al-hadhf dalam al-Quran menunjukkan bahawa pemahaman terhadap ayat al-Quran memerlukan pengetahuan yang baik tentang tatabahasa Arab. Hal ini menjelaskan bahawa ayat al-Quran tidak boleh ditafsir oleh orang awam tanpa penguasaan ilmu tatabahasa Arab. Namun begitu, hal ini tidak membawa pengertian bahawa ayat-ayat al-Quran sukar untuk difahami. Makalah ini membincangkan kewujudan elipsis (al-hadhf) dalam bahasa Arab dan kewujudannya dalam al-Quran. Beberapa ayat al-Quran dianalisis bagi memahami elipsis (al-hadhf) dan fungsinya dalam membawa makna ayat al-Quran secara jelas. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemahaman elipsis (al-hadhf) mempunyai kaitan yang rapat dengan kaedah tatabahasa Arab atau al-Nahw al-‘Arabiy. Justeru, penguasaan terhadap tatabahasa Arab merupakan satu keperluan dalam memahami ayat-ayat al-Quran.

 

Ellipsis or al-hadhf is one of the language styles which exists in Arabic and other languages in the world. This language style highlights the beauty of the language in displaying the diversity of language styles in conveying the meaning of sentences. The Holy Quran, which was revealed by the Almighty Allah to the Prophet (p.b.u.h.) and the Muslims, used thestandard form of the Arabic language. Therefore, ellipsis or al-hadhf that exists in the verses of the Quran shows that understanding of the Quranic verses requires a good knowledge of the Arabic syntax. This explains that the Quranic verses cannot be interpreted by the public without the mastery of Arabic syntax. However, this does not imply that the Quranic verses are difficult to be understood. This paper discussed the existence of ellipsis (al-hadhf) in the Arabic language and its existence in the Quran. Some of the Quranic verses were analysed to understand the style of ellipsis (al-hadhf) and its functions to bring forth a greater clarity of the meaning of the Quranic verses. The result of the analysis showed that the understanding of ellipsis (al-hadhf) has a close relation with the Arabic syntax rules or al-Nahw al-‘Arabiy. Hence, the mastery of Arabic syntax is essential in understanding the verses of the Quran.


Keywords


Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab. Ellipsis, al-hadhf, language style, Arabic syntax, Arabic rhetoric.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.