KECEKAPAN FAKTOR MENYELURUH DALAM SEKTOR PEMBUATAN DI NEGERI SABAH

Roslan Gimba, Hock Tsen Wong, Mori Kogid

Abstract


Kecekapan Faktor Menyeluruh (TFP) adalah pengukuran kecekapan yang amat penting dan merupakan indikasi utama kepada pembuat dasar. Kajian ini memeriksa pertumbuhan TFP 18 subindustri pembuatan di negeri Sabah untuk tempoh 1985 – 1997 dan 2000 – 2010. Kajian ini menggunakan kaedah ujian Data Envelopment Analysis (DEA) Indeks Malmquist untuk menilai produktiviti dan kecekapan secara empirikal. Hasil kajian ini mendapati perubahan kecekapan teknikal adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan TFP sektor pembuatan di negeri Sabah. Kerajaan perlu memberikan penekanan kepada TFP khususnya subindustri pembuatan yang berpotensi dalam usaha memaksimumkan kecekapan teknologi dalam pengeluaran.

Keywords


Perubahan kecekapan, perubahan kecekapan teknikal, produktiviti faktor menyeluruh

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.