Nilai Estetika Dalam Penghasilan Rekaan Seramik Kontemporari Berinspirasikan Motif Etnik Borneo

Norhayati Ayob, Humin Jusilin

Abstract


Karya seni seramik adalah manifestasi perasaan dan fikiran yang terhasil melalui beberapa teknik dan bentuk penghasilannya. Nilai estetika dalam seni seramik atau tembikar dikaitkan dengan konsep keindahan. Seni seramik wujud dalam pelbagai bentuk utiliti seperti pinggan mangkuk, perabot, seni perhiasan dan sebagainya. Ia mempunyai tafsiran yang luas dan bukan hanya dilihat pada elemen formal tetapi juga memancarkan perspektif adat dan budaya tradisi masyarakat. Penghasilan seni seramik yang kontemporari dizahirkan mengikut kepakaran dan kreativiti dalam sesebuah karya. Artikel ini bersifat kajian studio yang bertujuan untuk menjelaskan proses artistik dan interpretasi elemen formal pada karya seramik bersumberkan imej motif linangkit masyarakat Lotud di Tuaran. Kaedah kajian studio beroperasi sebagai memilih teknik dan bahan serta menstruktur elemen formal untuk mengenal pasti nilai estetika dalam seni seramik. Kajian artistik dan analisis formal menunjukkan bahawa faktor ekspresi pemikiran, bahan, teknik, konteks budaya dan masyarakat mempengaruhi penghasilan seramik kontemporari yang bernafaskan motif etnik Borneo. Keunikan linangkit sebagai karya baharu, menjelaskan idea yang kreatif berasaskan olahan dan inovasi daripada motif alam semula jadi. Pembuatan karya yang berunsurkan motif peribumi Borneo adalah salah satu langkah untuk melestarikan warisan budaya dalam olahan seramik kontemporari.


Keywords


Nilai estetika; seni seramik; formalistk; motif dan rekaan kontemporari

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.



PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Kota Kinabalu • Sabah • Malaysia
http://www.ums.edu.my

2015

------------------------------------------------
Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
------------------------------------------------