https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/issue/feedJurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)2025-12-31T17:00:02+08:00Zainuddin Bacozainuddin@ums.edu.myOpen Journal Systems

The Jurnal Borneo Arkhailogia (JBA) is the journal of the Borneo Archaeological Research Unit (UPArk). Founded in 2016, and published its first issue in 2017. The scope of the JBA is the fields of archaeology heritage management, classical history and oral history which focuses on the area of Borneo and its adjacent islands, from ancient times to the present-day...read more

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7189SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG AYER, KUDAT, SABAH: WARISAN KERABAT KESULTANAN BRUNEI SILAM2025-12-31T13:24:44+08:00 Fatmah Sideksidekfatmah@gmail.comBilcher Balabilcher@ums.edu.my
Artikel ini menelusuri sejarah asal usul dan perkembangan awal Kampung Ayer, Kudat sebagai sebuah petempatan air tradisional masyarakat Brunei di utara Sabah. Berasaskan sumber dokumentasi kolonial, salasilah keluarga serta temu bual lapangan, penelitian ini mendapati bahawa pembukaan Kampung Ayer pada lewat abad ke-19 berkait rapat dengan penghijrahan keluarga-keluarga Pengiran dari Brunei Darussalam dan Mengkabong yang terlibat dalam sektor ekonomi kolonial. Analisis turut menunjukkan bahawa komuniti Brunei di Kampung Ayer mempunyai hubungan genealogis rapat dengan beberapa jalur keturunan Sultan Brunei, meskipun identiti keturunan tersebut sering disembunyikan bagi menjaga keselamatan dalam konteks sosio-politik kolonial. Peristiwa sejarah seperti pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua serta penglibatan aktif penduduk Kampung Ayer dalam gerakan politik Sabah melalui Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menegaskan lagi peranan signifikan kampung ini dalam pembentukan identiti sosio-budaya dan politik tempatan. Artikel ini menegaskan bahawa Kampung Ayer, Kudat merupakan tapak warisan penting yang mencerminkan kesinambungan sejarah, migrasi, dan dinamika politik masyarakat Brunei di Sabah.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7190BURU-BURU SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI TRADISI ETNIK BAJAU DALAM MISI PENCARIAN ORANG HILANG2025-12-31T13:32:02+08:00Aisah Hossinaisahhossin87@gmail.comMohd Hanafi Jumrahhanafi@hju.edu.my
Gong merupakan salah satu instrumen tradisi yang memainkan peranan signifikan dalam kehidupan pelbagai etnik di Sabah. Dalam konteks sosio-budaya komuniti di Sabah, gong bukan hanya sekadar dijadikan sebagai alat muzik, tetapi turut berfungsi sebagai elemen penting dalam pelbagai upacara ritual utama serta aktiviti sosial mereka. Justeru, kajian ini cuba untuk meneliti fungsi gong khususnya dalam buru-buru dalam konteks pencarian orang hilang yang dijadikan sebagai medium komunikasi utama dalam kalangan etnik Bajau. Melalui pendekatan kualitatif dengan persampelan bertujuan, data dikumpulkan melalui temu bual mendalam bersama dua belas orang informan yang terdiri daripada komuniti Bajau yang memiliki pengalaman langsung dalam buru-buru. Hasil daripada analisis tematik, dapatan kajian mendapati bahawa buru-buru memainkan peranan penting sebagai medium komunikasi melalui tiga tema utama iaitu (i) Mind- Etnik bajau membentuk fikiran mereka hasil daripada proses sosialisasi, (ii) Self- Pukulan gong dimaknai dengan makna yang dikongsi bersama sejajar dengan perlakuan, dan (iii) Society- Berinteraksi secara sedar dan bertindak secara bersama untuk melakukan pencarian berdasarkan makna yang dipersetujui. Kajian ini juga mencadangkan di masa akan datang pengkaji dapat menyiasat sama ada tradisi ini (mencari orang hilang) diturunkan atau berisiko mengalami hakisan budaya, dan apakah inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk kebangkitan semula. Buru-buru menjadi salah satu daripada pengetahuan tradisi etnik Bajau yang masih diaplikasikan sehingga hari ini sebagai satu kaedah yang digunakan untuk mencari orang hilang.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7191GERAKAN GERILA KINABALU: SATU ANALISIS TERHADAP KEABSAHAN POLITIK DAN AUTORITI2025-12-31T13:40:57+08:00Zaini Othmanzothman@ukm.edu.my
Pendudukan Jepun di Borneo Utara (1941–1945) telah mencetuskan usaha penentangan yang signifikan, terutamanya oleh Gerila Kinabalu. Artikel ini meneliti keabsahan politik dan autoriti Gerila Kinabalu dalam konteks yang lebih luas mengenai penentangan kolonial. Dengan menggunakan teori keabsahan, dinamika aktor negara dan bukan negara, teori penentangan, serta pendekatan konstruktivisme sosial, artikel ini meneroka bagaimana gerila ini mencabar pemerintahan Jepun sambil membina tuntutan autoriti mereka sendiri. Melalui analisis terhadap kerangka perjuangan mereka, penglibatan dengan komuniti setempat, dan peranan ingatan kolektif, artikel ini menyoroti bagaimana keabsahan politik dipertikaikan dan dibentuk dalam konteks peperangan. Menggunakan metodologi kualitatif, termasuk penyelidikan arkib, temu bual, dan analisis wacana, artikel ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan Gerila Kinabalu dalam membentuk identiti politik di Sabah pasca-kolonial. Dapatan daripada penulisan ini menyumbang kepada perbincangan mengenai keabsahan politik, gerakan penentangan, dan warisan perjuangan anti-kolonial di Asia Tenggara.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7192MIGRASI DALAM KOMUNITI MURUT DAN KEMASUKAN PERIBUMI BORNEO KE BORNEO UTARA (SABAH) KETIKA ERA KOLONIAL2025-12-31T13:52:12+08:00Eddie A. Julius A. Juliusedyaj1508@gmail.comDanny Wong Tze Kendannyw@um.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan faktor-faktor yang mendorong migrasi komuniti Murut Borneo Utara ke Sarawak dan wilayah Kalimantan pada awal abad ke-20. Seterusnya matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan dan konflik antara komuniti Murut di Borneo Utara dengan peribumi dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan yang berhijrah ke kawasan mereka pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Permasalahan kajian berpusat pada persaingan ekonomi dan konflik sosial yang timbul akibat migrasi peribumi luar yang mengganggu hak monopoli komuniti Murut terhadap sumber hutan. Interaksi sosial seperti perkahwinan campur dan amalan perhambaan turut mempengaruhi hubungan antara komuniti. Objektif kajian adalah mengkaji faktor migrasi dan menganalisis konflik sosioekonomi yang timbul. Selanjutnya, kajian historiografi ini bersifat kualitatif dan deskriptif serta dilakukan melalui kaedah kepustakaan dan arkib. Teknik kritis terhadap sumber sejarah merangkumi dokumen primer seperti The British North Borneo Herald (BNBH) dan North Borneo Secretariat File (NBSF) serta sumber sekunder dalam bentuk buku dan artikel telah dilakukan demi mencapai objektiviti sejarah dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan migrasi peribumi Borneo ke Borneo Utara didorong oleh potensi ekonomi hasil hutan yang akhirnya mencetuskan persaingan dan konflik hubungan dengan komuniti Murut. Kerajaan kolonial memainkan peranan penting dalam mengurus konflik melalui dasar pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang. Kajian ini memberikan pemahaman mendalam tentang aspek migrasi dan interaksi sosial antara komuniti. Prospek kajian mencadangkan penyelidikan lanjut mengenai hubungan sosial dan ekonomi komuniti Murut dalam era pasca penubuhan Malaysia.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7193NUNUK RAGANG SEBAGAI SIMBOL IDENTITI ETNIK DUSUN DALAM CERITA RAKYAT SABAH “KISAH AYAM SAKTI DAN TEMPAYAN” KARYA KUNIAH@ANTHONIA GILUNG2025-12-31T14:08:54+08:00Rosmah Derakrosmah@ums.edu.mySaidatul Nornis Hj. Mahalisaidatul@ums.edu.myNoorafini Kassimnoorafini@ums.edu.my
Cerita rakyat Sabah yang menghimpunkan pelbagai bentuk kearifan tempatan milik kaum peribumi Sabah sudah banyak diterbitkan di pasaran. Kisah Ayam Sakti dan Tempayan karya Kuniah@Anthonia Gilung adalah salah satu contoh cerita rakyat tentang asal-usul etnik Dusun yang dipercayai berasal dari Nunuk Ragang. Kepercayaan ini menjadi lambang dan identiti yang dipercayai oleh etnik Dusun sehingga ke hari ini. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana Nunuk Ragang itu telah menjadi simbol etnik Dusun yang sangat akrab dengan alam sekitar dan semangat kekitaan yang sangat kukuh antara satu sama lain. Kajian tekstual dan pembacaan rapi akan digunakan untuk menganalisis cerita rakyat ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap cerita Nunuk Ragang bukan hanya dianggap sekadar mitos tetapi lebih kepada falsafah dan pandangan hidup mereka. Kepercayaan animisme sudah sebati dengan diri mereka dan menganggap bahawa alam semula jadi mempunyai roh atau semangat yang perlu dihormati oleh manusia. Selain itu, semangat gotong royong dan saling hormat menghormati sangat menebal dalam diri mereka yang berkekalan sehingga ke hari ini. Impak kepada kajian ini menunjukkan bahawa cerita rakyat Sabah sangat penting untuk didokumentasikan sama ada dalam bentuk penulisan kreatif mahupun penulisan yang bersifat ilmiah agar kepercayaan dan pegangan etnik Dusun sentiasa diingati oleh generasi pada masa kini.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7194PERGERAKAN MIGRASI ORANG INDIA KE SABAH 1882-1969: PERTAMBAHAN POPULASI DAN PEMBENTUKKAN IDENTITI ORANG INDIA DI SABAH2025-12-31T14:17:47+08:00Josrin Masandaljosrinadi@gmail.com.myMd Saffie Abdul Rahimpie@ums.edu.myMohammad Sham Mohammadmohammad.sham@city.edu.myMohd Hishamuddin AmidSamamid96@gmail.com
Migrasi merupakan salah satu pergerakan sosial manusia sejak sekian lama bermula daripada konteks pra sejarah sehingga ke hari. Memperlihatkan aktiviti sosial ini adalah sebahagian atau menjadi sifat normal manusia. dalam penelitian sejarah Sabah melalui era pentadbiran BNBC, terlihat bahawa sudah berlaku migrasi masyarakat luar bergerak masuk ke negeri Sabah. Antara kaum yang melakukan migrasi ke negeri ini ialah kaum Cina, Jawa dan orang-orang Eropah. Orang India juga tidak terkecuali dalam menjadi satu masyarakat yang turut melakukan Migrasi ke wilayah lain dan Sabah di era pentadbiran BNBC adalah antara wilayah yang menjadi salah satu tumpuan migrasi masyarakat ini. Antara sebab bagi orang-orang India bermigrasi ke Sabah ialah disebabkan pengaruh politik pentadbiran BNBC dan beberapa sebab lain. Mengenalpasti penyebab migrasi orang-orang India ke Sabah adalah antara satu objektif penulisan, yang menjelaskan soal faktor-faktor migrasi. Bagi mengetahui dan menjelaskan soal fakta berkenaan orang India bermigrasi ke Sabah. Metodologi yang diguna pakai ialah pendekatan kualitatif melalui konteks disiplin sejarah bersifat rasional-empirikal. Ia melibatkan kaedah penelitian terhadap sumber sejarah bersifat Primer dan sekunder iaitu meneliti sumber dalam Arkib Negeri Sabah dan simpanan peribadi individu dan persatuan terlibat, manakala sumber sekunder adalah berkaitan dengan simpanan kepustakaan seperti terbitan artikel dan buku. Didapati bahawa orang-orang India sudah bermigrasi ke Sabah bermula pada akhir abad ke 19 iaitu tahun 1881 atau 1882 adalah menunjukkan rekod awal orang-orang sudah berada di Sabah era pentadbiran BNBC. Kaum Sikh merupakan orang India yang terawal dan banyak bermigrasi ke Sabah dan bekerja dengan pihak BNBC sebagai pasukan Polis Konstabulari. Dan pergerakan migrasi orang India terus berlangsung selepas Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7195DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH2025-12-31T14:28:28+08:00Fatmah Sideksidekfatmah@gmail.comFazli Abdul Hamidfhamid@ums.edu.my
Kajian ini adalah tentang seorang tokoh Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-18 iaitu Pengiran Temanggong Abdul Momin Amirul Faza yang di akhir hayatnya telah bermastautin di pantai barat utara Borneo. Negeri Sabah merupakan sebahagian daripada empayar Kesultanan Brunei sepanjang abad ke-18 dan ke-19. Tokoh Kesultanan Brunei yang merupakan seorang Wazir ini dikenali juga dengan gelaran Raja Tua. Raja Tua telah dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saiffudin I ke pantai barat utara Borneo pada akhir abad ke-18 untuk mempertahankan wilayah Brunei daripada ancaman musuh dan lanun. Sepanjang menjunjung titah Sultan Brunei di pantai barat utara Borneo, Raja Tua telah mendirikan rumahtangga dengan wanita tempatan. Hasil perkahwinan Raja Tua dengan wanita tempatan, Raja Tua telah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Sehingga kini, putera dan puteri Raja Tua melahirkan ramai keturunan beliau di Negeri Sabah. Persoalannya, dimanakah kedudukan keturunan Raja Tua di Negeri Sabah? Siapakah mereka dan bagaimana mereka terkait sebagai keturunan Raja Tua di Sabah. Kajian ini mendapati bahawa suatu fakta yang amat menarik mengenai keturunan kerabat Raja Tua di Negeri Sabah adalah sehingga kini, mereka masih menyimpan salasilah keturunan mereka walaupun Negeri Sabah telah menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini adalah menggunakan kaedah rujukan kepustakaan terutamanya di Pusat Sejarah Brunei, Arkib dan perpustakaan. Selain itu, kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data tentang keturunan Raja Tua di Negeri Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa waris keturunan Raja Tua berada di beberapa pelusuk negeri Sabah dan mereka sehingga kini masih menyimpan salasilah mereka. Kajian ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sejarah tentang latar belakang masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sabah terutamanya masyarakat Melayu Brunei. Sejarah tokoh Brunei ini penting dalam meningkatkan jati diri kaum Brunei dan mengekalkan warisan budaya Brunei di Sabah.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7196SHEIKH HASABOLLAH AL DZAHIRI DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG DAKWAH DI DAERAH SANDAKAN DARI TAHUN 1960 HINGGA TAHUN 19712025-12-31T14:45:12+08:00Fadzilah Sahakfadhilahsahak@gmail.com
Ulama dan dakwah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan golongan ini. Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan Islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Kehidupan para ulama sentiasa terisi dengan kegiatan dakwah yang bermanfaat kepada masyarakat Islam. Justeru itu penulisan ini akan melihat peranan dan sumbangan seorang tokoh pendakwah yang terlibat dalam usaha penyebaran ilmu agama di Sabah dan khususnya di daerah Sandakan pada awal abad ke 20. Nama Sheikh Hasabollah Al Dzahiri mungkin tidak asing bagi penduduk sekitar kerana nama pendakwah ini terpahat kemas di masjid yang dikatakan antara yang tertua di negeri Sabah iaitu Masjid Sheikh Hasabollah Al Dzahiri yang terletak di daerah Sandakan. Jalur keturunan sebelah ayah Sheikh Hasabollah berasal dari Hadramawt, Yaman manakala ibunya pula berasal dari suku kaum Suluk dan dikenali sebagai Arab Peranakan yang telah berasimilasi dengan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan pada zamannya. Beliau dikatakan terlibat dengan dunia dakwah dan berperanan memberi sumbangan aktif menyalurkan ilmu agama kepada penduduk Islam di sekitar daerah ini dan menjadikan masjid jamek daerah Sandakan yang kini dikenali sempena nama tokoh ulama ini iaitu Masjid Sheikh Hasabollah Al Dzahiri sebagai pusat penyebaran dakwahnya.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7197NEW THEORY ON THE EVOLUTION OF THE NAME OF SABAH2025-12-31T15:22:55+08:00Jude Jamesjude6119@gmail.comSanen Marshallsanen@ums.edu.my
This article investigates the origin and evolution of the name "Sabah" and its varying acceptance and use across the state's regions, with a focus on the differences between the east and west coasts. Through an analysis of historical records and recent scholarly discussions among Sabah academics, the study uncovers potential geopolitical implications arising from competing historical narratives, particularly in relation to the claims by the defunct Sulu Sultanate over eastern Sabah. The findings challenge prevailing theories and offer new insights into how the name "Sabah" has influenced regional identities and political discourse. Trouillot (1995) argues that the formation of alternative narratives often involves power dynamics and the deliberate selection of historical facts, which are frequently based on an overreliance on institutional sources from colonial and post-colonial eras. These narratives can either obscure or emphasize certain historical events to align with specific political agendas, leading to the emergence of multiple and potentially conflicting interpretations. This theoretical framework is particularly relevant to understanding the renaming of North Borneo to Sabah, a topic that has been underexplored but carries important implications for regional identity and geopolitical claims. The change from North Borneo to Sabah is a critical aspect of the region's history that has not been widely covered in historical writings, yet it is crucial in understanding Sabah's formation and identity. Therefore, this paper seeks to explore alternative perspectives, supported by historical documents, to challenge and expand upon the existing theories proposed by previous researchers.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7198SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1946 SEHINGGA TAHUN 19632025-12-31T15:34:35+08:00Nur Fardha Ayu Jusnihfardhaayu@gmail.comzainuddin Bacozainuddin@ums.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk menilai transformasi perkhidmatan kesihatan di Borneo Utara dari tahun 1946 hingga 1963 iaitu semasa tempoh penstrukturan semula kolonial British selepas kemusnahan semasa di bawah pentadbiran Jepun. Selepas Borneo Utara diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada tahun 1946, Borneo Utara berhadapan dengan pelbagai cabaran kesihatan termasuk penularan penyakit berjangkit, kekurangan infrastruktur perubatan, dan ketiadaan tenaga kerja tempatan yang mencukupi. Pentadbiran kolonial memperkenalkan beberapa inisiatif seperti tinjauan depopulasi penduduk pendalaman, pembinaan semula infrastruktur kesihatan yang musnah akibat perang, penstrukturan jabatan kesihatan serta penambahan kakitangan kesihatan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, dengan merujuk kepada sumber primer seperti dokumen-dokumen kerajaan dan juga sumber-sumber sekunder. Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat usaha penambahbaikan terhadap perkhidmatan kesihatan yang diberikan namun begitu perkhidmatan kesihatan yang diberikan masih terhad dan tidak seimbang dari segi agihan dan lebih tertumpu di kawasan bandar (Jesselton dan Elopura) - mencerminkan ketidaksamarataan sosio-ekonomi dan kepentingan kolonial.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7201SEJARAH TUNTUTAN SABAH DAN SARAWAK: DARI LAPORAN IGC 1962 KE 21 TUNTUTAN MA63 (2018-2024)2025-12-31T15:58:52+08:00Bilcher Balabilcher@ums.edu.myFazli Abdul Hamidfhamid@ums.edu.myzainuddin Bacozainuddin@ums.edu.myDg Junaidah Awang Jamboldgjunaidah@ums.edu.my
Wacana ini bertujuan untuk meneroka konteks sejarah tuntutan hak oleh Sabah dan Sarawak, dengan fokus khusus pada hubungan antara Laporan IGC 1962 dan 21 Tuntutan MA63. Laporan IGC 1962 adalah dokumen sejarah penting yang menggariskan syarat utama untuk pembentukan Malaysia. Sebaliknya, 21 Tuntutan MA63 mewakili usaha politik semasa untuk memastikan hak yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak dihormati, berdasarkan dokumen sejarah dan tuntutan semasa. Perubahan politik mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan tuntutan hak bagi negeri ini, terutamanya mengenai inisiatif yang bertujuan mencapai penyelesaian yang adil. Kajian ini menangani dua soalan utama, iaitu bagaimana Laporan IGC 1962 mempengaruhi 21 Tuntutan MA63? Apakah perubahan politik semasa yang mempengaruhi tuntutan hak Sabah dan Sarawak? Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kandungan Laporan IGC 1962 dan hubungannya dengan 21 Tuntutan MA63. Penemuan kajian menunjukkan bahawa Laporan IGC 1962 memainkan peranan penting dalam membentuk tuntutan hak oleh Sabah dan Sarawak. Manakala 21 Tuntutan MA63 mencerminkan keperluan dan aspirasi politik semasa negeri ini. Perubahan politik di peringkat negeri dan persekutuan secara signifikan mempengaruhi perkembangan tuntutan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dengan menganalisis dokumen rasmi, laporan media, dan sumber data lain yang relevan. Analisis data digunakan untuk memahami interaksi antara perubahan politik dan tuntutan hak negeri ini. Kajian ini memberikan pandangan mendalam tentang sejarah politik Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak, dan implikasinya untuk masa depan negeri ini. Ia juga menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang hubungan antara masa lalu dan masa kini.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7202SENI BINA DAN STRUKTUR TAMAN PRINCE PHILIP2025-12-31T16:06:49+08:00Afrina Shafri KhanAfrinashafrikhan@gmail.comzainuddin Bacozainuddin@ums.edu.my
Artikel ini membincangkan seni bina, struktur dan perancangan landskap Taman Prince Philip yang terletak di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek lokasi, konsep dan rekaan taman, konfigurasi ruang, kemudahan awam, elemen landskap serta perancangan struktur baharu yang dirangka dalam konteks pemeliharaan tapak bersejarah dan pembangunan mampan. Metodologi kajian melibatkan analisis dokumen rasmi, pemerhatian lapangan dan temu bual bersama pihak pengurusan Tanjung Aru Eco Development. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Taman Prince Philip dirancang berasaskan konsep Taman Sejarah Negara yang menekankan pemeliharaan nilai sejarah, kepentingan awam, kebolehcapaian, kelestarian alam sekitar dan penglibatan komuniti. Struktur dan susun atur taman ini direka untuk mengekalkan identiti landskap pesisir pantai sambil menyediakan ruang rekreasi, pendidikan dan sosial kepada masyarakat. Selain itu, penekanan terhadap aspek keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan berterusan memastikan taman ini kekal berfungsi sebagai ruang awam yang selamat dan lestari.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7203UPACARA MONSUUNG DAHUNGAN (SAJIAN KUALA SUNGAI) DI KIMANIS 2025-12-31T16:12:52+08:00zainuddin Bacozainuddin@ums.edu.my
Upacara Monsuung Dahungan merupakan salah satu adat tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis, Sabah. Adat ini berfungsi sebagai ritual pendamaian antara manusia dengan alam spiritual bagi mengekalkan keseimbangan kosmos yang dipercayai menjadi asas kepada kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Artikel ini bertujuan membincangkan latar belakang konsep adat dalam konteks kepercayaan tradisional Kadazan-Dusun, sejarah dan struktur masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis, serta menghuraikan secara terperinci pelaksanaan upacara Monsuung Dahungan. Perbincangan meliputi peringkat persediaan, proses ritual utama seperti Menggambo, Menavit dan Monsuung Dahungan, pantang larang yang dikuatkuasakan, serta kes-kes pelanggaran adat yang pernah berlaku. Artikel ini turut meneliti keunikan kerjasama antara masyarakat Kadazan-Dusun dan Melayu Brunei dalam menjayakan upacara ini, walaupun kedua-duanya mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Monsuung Dahungan bukan sahaja berperanan sebagai mekanisme spiritual untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti, malah menjadi simbol kesepakatan sosial dan keharmonian antara etnik di Kimanis. Walau bagaimanapun, kelangsungan adat ini berhadapan cabaran akibat pengaruh pemodenan, pendidikan moden dan perubahan sosioekonomi. Oleh itu, pemeliharaan adat ini perlu dilihat sebagai sebagai warisan budaya dan identiti penting masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7204PEOPLE, PUBLIC, AND PRIVATE PARTNERSHIP IN ARCHAEOLOGICAL SITE MANAGEMENT: INSIGHTS FROM SANTUBONG, SARAWAK2025-12-31T16:16:07+08:00Nur Auni Ugongunauni@unimas.mySiti Hafizah Suaidiunauni@unimas.my
This study aims to examine the effectiveness of the People-Public-Private Partnership (P4) model in managing the Santubong Archaeological Site in Sarawak, Borneo, by focusing on its indicators, challenges, and strategies for balancing heritage conservation with socio-economic development. Using a qualitative methodology, the research incorporates in-depth interviews, focus group discussions, and participant observation involving stakeholders such as heritage managers, community leaders, and private sector representatives. Analysis reveals that the P4 framework's strengths include fostering community involvement (57.9%), promoting clear communication (47.4%), and aligning shared goals (42.1%), all of which contribute to more effective heritage management. However, the study also identifies significant challenges, such as funding constraints (26.3%), lack of expertise (47.4%), and communication barriers (15.8%), which hinder the full realization of partnership potential. Key strategies proposed to enhance outcomes include equitable revenue sharing, the integration of technology, and focused capacity building. Although the findings are site-specific and may not be entirely generalizable, they offer valuable insights for comparative research. The practical implications highlight the importance of inclusive governance, strategic resource allocation, and technological support for sustainable heritage site management. Socially, the study emphasizes the need for community engagement in preserving cultural heritage, while simultaneously addressing local economic needs, fostering social cohesion, and strengthening cultural identity. Overall, this research provides a fresh perspective on the application of the P4 model in Southeast Asian archaeological site management, combining international best practices with localized strategies.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7205SCULPTING THE SACRED: ARTISTIC EXPRESSIONS OF DEATH IN MELANAU JERUNEI2025-12-31T16:22:27+08:00Asilatul Hanaa Abdullahasilatul1983@gmail.comNurul Huda Mohd Dinhuda_din@uitm.edu.my
The Jerunei, a wooden carved funeral pole used by the Melanau’s, is a key mediator of the deceased person's transition from the physical to the spiritual world. While past studies have discussed Jerunei as a significant artifact of Melanau funeral ritual, its deeper symbolic meaning, specifically its articulation of Melanau cosmology and social stratification, has not been thoroughly explored. This research seeks to fill the gap by exploring the Jerunei as material object and spiritual mediator, with specific focus on its symbolic functions and aesthetic qualities. Through ethnographic source analysis, visual culture analysis, and heritage studies theory, the paper explores how the Jerunei testifies to Melanau worldview in relation to death, the afterlife, and social ranking. Moreover, the paper considers the Jerunei's function in postcolonial identity and heritage preservation in the face of globalizing forces that would seek to erase indigenous cultural practice. This research also considers how gender roles intersect in Jerunei construction and use, shaping Melanau ritual knowledge from a postmodern perspective. The paper therefore contends that the Jerunei is not just a funeral object but an exquisitely crafted articulation of Melanau cosmology, social identity, and constant negotiation of indigenous cultural heritage.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7206PERSEMPADANAN DAN PEMBANCIAN DI BAHAGIAN PERTAMA, SARAWAK (1841-1946)2025-12-31T16:29:20+08:00Mahadzir Mahdinimhdzrbmhdn5@gmail.comBilcher Balabilcher@ums.edu.my
Penulisan ini meneliti dua aspek utama iaitu persempadanan dan banci di First Division pada era pentadbiran Rajah Brooke. Persempadanan merujuk kepada penetapan garis pemisah untuk kawasan pentadbiran dan banci pula adalah pengumpulan data penduduk oleh kerajaan untuk perancangan masa depan. Penulisan ini juga mengkaji sejarah persempadanan First Division dan daerah-daerah di dalamnya serta populasi penduduk berdasarkan banci dan anggaran yang dilakukan oleh kerajaan. Permasalahan yang wujud semasa proses pelaksanaan banci serta kesan perubahan sempadan terhadap pengiraan penduduk. Selain itu, pengalaman kerajaan dalam melaksanakan banci turut memberikan pengajaran kepada kerajaan untuk melaksanakan banci yang lebih tepat pada masa depan.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7207IDENTIFICATION OF SYMBOLS AND MOTIFS IN SEKAPAN BURIAL RITUAL2025-12-31T16:34:00+08:00Nurul Hayati Roslihytrslee98@gmail.comMohamad Maulana Magimanmdmaulana@upm.edu.mySemsolbahri Bokharisemsul@upm.edu.my
Kelirieng is a burial pole used by ‘Orang Ulu’ at Belaga District in Kapit Division, Sarawak and is made of hardwood. In this study, burial pole of the Sekapan ethnic group were observed to identify the meaning of symbols and motifs carved on a pole. This research was conducted using qualitative method involving field observations, in-depth interviews with custom holders, local and previous documented resources. It was believed that the sculptors were able to communicate with spirits during the carving process. The selection of motifs for the grave pillar should be based on with characteristics of the deceased and not contradict social stratification. Each motif and symbol carved during the burial process is symbol of gratitude to supernatural beings and shows the strength of the animistic faith in the Sekapan community. Kelirieng ritual is a form of ceremonial homage to the aristocratic class, known as Laja’ or Maren’, practiced by ‘Orang Ulu’ communities.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7208SEJARAH PELAKSANAAN DAN STRUKTUR KURIKULUM BAHASA IBAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK2025-12-31T16:47:15+08:00Angeliana An Gondolanangeliana32@gmail.com
Bahasa Iban merupakan bahasa etnik terbesar di Sarawak dan memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti, budaya serta kelestarian warisan masyarakat Iban. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis secara kritis pelaksanaan Bahasa Iban dalam sistem pendidikan formal di Sarawak dengan meneliti perkembangan sejarah serta struktur kurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah. Analisis ini merangkumi tiga fasa utama, iaitu zaman pemerintahan Brooke, era kolonial British, dan tempoh selepas kemerdekaan sehingga penggubalan Akta Pendidikan 1996. Selain itu, artikel ini turut menghuraikan struktur kurikulum semasa Bahasa Iban berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi sekolah rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dapatan perbincangan menunjukkan bahawa walaupun Bahasa Iban pernah mengalami marginalisasi dalam sistem pendidikan, pengiktirafan sebagai bahasa tambahan dalam kurikulum kebangsaan telah memperkukuh kedudukannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa warisan. Artikel ini menegaskan bahawa pelaksanaan kurikulum Bahasa Iban bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan kemahiran linguistik pelajar, malah berfungsi sebagai mekanisme penting dalam pemeliharaan budaya dan identiti masyarakat Iban di Sarawak.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7209LATAR BELAKANG SEJARAH MASYARAKAT IBAN DI SARATOK, SARAWAK2025-12-31T16:50:53+08:00Wainessline Wauwainessline@gmail.comNur Fardha Ayu Jusnihfardhaayu@gmail.com
Makalah ini membincangkan latar belakang sejarah masyarakat Iban di Saratok dengan memberi tumpuan kepada perkembangan awal masyarakat Iban di Sarawak secara keseluruhan. Perbincangan menelusuri asal-usul masyarakat Iban serta proses pembentukan sosial, ekonomi, dan budaya mereka dalam konteks sejarah tempatan. Analisis bab ini disusun secara kronologi dengan menumpukan kepada tiga fasa utama, iaitu zaman sebelum pemerintahan Brooke, semasa pemerintahan Brooke, dan tempoh selepas berakhirnya pemerintahan Brooke di Sarawak. Pada fasa pra-Brooke, masyarakat Iban dibincangkan dalam kerangka migrasi, penempatan awal, serta sistem sosial dan adat tradisional. Seterusnya, zaman Brooke dianalisis bagi menilai kesan pentadbiran kolonial terhadap struktur kepimpinan, penempatan, dan hubungan masyarakat Iban dengan kuasa luar. Perbincangan pasca-Brooke pula meneliti perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Iban sejajar dengan pembentukan Sarawak moden. Bab ini menggunakan pendekatan sejarah berasaskan analisis sumber sekunder dan rujukan dokumentasi terdahulu bagi memahami perubahan dan kesinambungan masyarakat Iban di Saratok. Kajian ini penting bagi memperkukuh pemahaman tentang sejarah masyarakat pribumi Sarawak dalam konteks perubahan politik dan sosial jangka panjang.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/7210DINAMIKA SEJARAH DAN KELANGSUNGAN IDENTITI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KENYAH DI ULU BARAM, SARAWAK2025-12-31T17:00:02+08:00Yvette Thomasyvettethomas000@gmail.comMohd Syafiq Zainisyafiqzaini120398@gmail.com
Kajian ini membincangkan evolusi sejarah dan dinamika sosiobudaya masyarakat Kenyah di daerah Ulu Baram, Sarawak. Fokus utama diberikan kepada proses migrasi dari wilayah Kalimantan dan Dataran Tinggi Usun Apau yang akhirnya membentuk penempatan rumah panjang yang signifikan di sepanjang Sungai Baram. Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur sosial tradisional yang terdiri daripada golongan paren (bangsawan), panyen (rakyat biasa), dan lipen (hamba) kekal menjadi teras kepada sistem kepimpinan dan pemeliharaan simbolisme adat meskipun dalam mendepani arus pemodenan. Selain itu, artikel ini menyerlahkan transformasi budaya yang penting, khususnya peralihan daripada amalan ngayau kepada penganjuran Baram Regatta sebagai mekanisme diplomasi bagi memupuk keamanan dan perpaduan antara etnik di pedalaman. Dari aspek ekonomi, kajian mendapati wujudnya ketegangan antara kelestarian pertanian padi bukit tradisional dengan impak aktiviti pembalakan komersial yang mengancam Hak Tanah Adat (NCR) serta biodiversiti hutan yang menjadi nadi kehidupan komuniti. Secara keseluruhannya, hasil kajian memperincikan bagaimana interaksi antara naratif sejarah, sistem kelas, dan adaptasi ekonomi menyumbang kepada pembentukan jati diri unik etnik Kenyah. Kajian ini memberikan sumbangan penting terhadap dokumentasi warisan Orang Ulu dalam konteks pembangunan sosioekonomi Sarawak yang mampan.
2025-12-31T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025