Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA

The Jurnal Borneo Arkhailogia (JBA) is the journal of the Borneo Archaeological Research Unit (UPArk). Founded in 2016, and published its first issue in 2017. The scope of the JBA is the fields of archaeology heritage management, classical history and oral history which focuses on the area of Borneo and its adjacent islands, from ancient times to the present-day...read more

Penerbit UMS en-US Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) 2600-8726
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.

Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:

Penerbit UMS,

Tingkat Bawah Perpustakaan,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015

Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my

Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.

Requests to the Publisher for permission should be addressed to:

Penerbit UMS,

Ground Floor Library,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015

Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
DARIPADA KEDAULATAN POLITIK KEPADA LIABILITI SIVIL: WANG SERAHAN, PENENTUAN WARIS SULTAN SULU DAN STATUS BORNEO UTARA, 1936-1955 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/8263
Kajian ini menganalisis perubahan kedudukan tuntutan waris Sultan Sulu berhubung wang serahan Borneo Utara (Sabah) daripada persoalan kedaulatan politik kepada liabiliti sivil antara tahun 1936 hingga 1955. Tumpuan diberikan kepada implikasi kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada tahun 1936, penentuan waris sah oleh Mahkamah Tinggi Borneo Utara, serta kesinambungan pembayaran wang serahan selepas Borneo Utara beralih daripada pentadbiran Syarikat Borneo Utara British kepada Koloni Mahkota British pada tahun 1946. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dokumentari berasaskan analisis sumber primer kolonial, khususnya siri CO 537, CO 874 dan CO 1022, di samping sumber sekunder berkaitan sejarah Borneo Utara, Kesultanan Sulu dan undang-undang antarabangsa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pentadbiran British tidak lagi menafsir tuntutan waris Sultan Sulu sebagai persoalan pengganti berdaulat, sebaliknya membingkainya sebagai hak benefisial, tuntutan probet dan obligasi kontraktual. Penerusan pembayaran wang serahan selepas tahun 1946 bukan bermaksud pengiktirafan terhadap kedaulatan baki Kesultanan Sulu, tetapi menunjukkan kesinambungan liabiliti kewangan yang diwarisi oleh pentadbiran Koloni Mahkota. Kajian ini menyumbang kepada perbahasan sejarah-perundangan dengan menjelaskan bagaimana tuntutan tradisional diserap ke dalam mekanisme kehakiman kolonial dan dipisahkan daripada tuntutan kedaulatan politik.
Abdul Aziz Kong Abdul Alim Bilcher Bala Copyright (c) 2026 2026-08-20 2026-08-20 11 1 1 24 GERAKAN ANTI JEPUN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BUMIPUTERA ISLAM DI SABAH, 1941-1945: SUATU PERSPEKTIF SEJARAH DARI BAWAH https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/8264
Artikel ini bertujuan merekonstruksi sejarah gerakan anti Jepun dalam kalangan bumiputera Islam di Sabah dengan menggunakan kaedah sejarah lisan sebagai alternatif kepada metodologi sedia ada. Dalam konteks pendudukan Jepun di Sabah menyaksikan gerakan anti Jepun (i) masih kurang ditulis, (ii) belum bersifat demokratik kerana hanya memfokuskan kepada pengkisahan mengenai penglibatan tentera komanwel dan masyarakat Cina dalam gerakan anti-Jepun dan (iii) memori kolektif daripada masyarakat bumiputera Islam belum diketengahkan secara baik dalam penulisan sedia ada. Justeru, pengaplikasian metod sejarah lisan bukan sahaja dapat mendokumentasikan fakta baharu mengenai gerakan anti Jepun dalam kalangan masyarakat bumiputera Islam, tetapi juga berpotensi mendemokrasikan sejarah pendudukan Jepun di Sabah yang sekian lama memfokuskan kepada penulisan “sejarah dari atas” dan kurang meneliti pengalaman bersifat kebangsaan di luar daripada penglibatan masyarakat Cina dan bumiputera bukan Islam lainnya di Sabah. Dengan kelebihan tersebut, maka penulisan ini dihasilkan berdasarkan temubual bersama informan yang hidup semasa pendudukan Jepun serta melalui memori kolektif dalam bentuk rakaman temubual bersama pelaku sejarah yang disimpan oleh Arkib Negeri Sabah dan belum pernah digunakan sebelum ini. Hasil daripada analisis yang dijalankan mendapati penglibatan masyarakat bumiputera Islam adalah sangat signifikan sama ada melalui “Gerila Kinabalu” yang dipimpin oleh Albert Kwok ataupun melalui “Gerila Suluk” yang dipimpin oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun. Penglibatan ini diperlihatkan melalui gerakan berorganisasi yang dilaksanakan bersama-sama tentera Amerika dan Komanwel, kaedah perekrutan untuk mengikuti tentera gerila serta serang yang dilakukan terhadap Jepun di Sabah. Dengan memaparkan maklumat baharu tersebut secara tidak langsung berjaya merekonstruksi sejarah gerakan anti Jepun dalam kalangan masyarakat bumiputera Islam yang sekian lama terpinggir dalam wacana sejarah lokal dan nasional.
Norazizah Adnan Copyright (c) 2026 2026-08-20 2026-08-20 11 1 25 40 MEMPERKASA KEDAULATAN MALAYSIA: SEMARAK MERDEKA, MEKAR CINTA NEGARA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/8271
Makalah ini meneliti hubungan antara kemerdekaan, cinta negara dan usaha memperkasa kedaulatan Malaysia melalui penghayatan sejarah. Perbincangan membezakan proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan dekolonisasi Sabah dan Sarawak. Penelitian menggunakan pendekatan sejarah melalui analisis dokumen perlembagaan, Perjanjian Malaysia 1963, laporan rasmi dan Resolusi 1541 (XV) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dapatan menunjukkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebagai negara berdaulat pada 31 Ogos 1957. Sabah dan Sarawak pula tidak merdeka terlebih dahulu sebagai negara berdaulat, tetapi menamatkan pemerintahan kolonial British pada 16 September 1963 melalui proses dekolonisasi yang dirundingkan dan difederasikan sebagai negeri dalam Malaysia. Proses tersebut berasaskan penentuan nasib sendiri melalui konsultasi, pilihan raya, perwakilan politik dan jaminan perlembagaan, bukannya pungutan suara kemerdekaan. Oleh itu, 31 Ogos dan 16 September tidak harus dipertentangkan kerana kedua-duanya menerangkan tahap berlainan dalam pembentukan Malaysia. Penghayatan terhadap sejarah ini dapat menumbuhkan cinta negara yang berilmu serta memperkukuh kesediaan rakyat mempertahankan kedaulatan, keadilan Persekutuan dan kepentingan negara.
Bilcher Bala Copyright (c) 2026 2026-08-21 2026-08-21 11 1 41 58