Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA

The Jurnal Borneo Arkhailogia (JBA) is the journal of the Borneo Archaeological Research Unit (UPArk). Founded in 2016, and published its first issue in 2017. The scope of the JBA is the fields of archaeology heritage management, classical history and oral history which focuses on the area of Borneo and its adjacent islands, from ancient times to the present-day...read more

en-US
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.

Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:

Penerbit UMS,

Tingkat Bawah Perpustakaan,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015

Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my

Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.

Requests to the Publisher for permission should be addressed to:

Penerbit UMS,

Ground Floor Library,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015

Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
zainuddin@ums.edu.my (Zainuddin Baco) mohd.azri@ums.edu.my (Mohd Azri bin Ahmad) Fri, 22 Dec 2023 00:00:00 +0800 OJS 3.3.0.8 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 PENJABARAN KONSEP WILAYAH DAN KELAUTAN MENGIKUT PENSEJARAHAN ASIA DAN BARAT: SEBELUM HINGGA SELEPAS TAHUN 1600 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4786
Elemen wilayah dan kelautan secara tidak langsung telah mendasari pemahaman mengenai unsur kedaulatan sebuah negara. Dalam pensejarahan Asia dan Barat, wilayah dan kelautan mempunyai pemahaman serta penerapan yang berbeza. Pencerakinan fenomena ini dapat dinilai seawal zaman tradisional Asia Tenggara yang dipengaruhi unsur Hindu-Buddha, Islam dan China tradisional hingga penglibatan kuasa Barat. Oleh itu, kajian ini akan mencuraikan perbezaan konsep wilayah dan kelautan mengikut pensejarahan Asia dan Barat dalam tempoh sebelum dan selepas tahun 1600. Objektif yang ingin dicapai ialah, membincangkan elemen yang wujud dalam menjelaskan konsep wilayah dan kelautan Asia Tenggara serta sistem yang membentuk hubungan antarabangsa tradisional; akhir sekali, menjelaskan konsep wilayah dan kelautan selepas kedatangan kuasa Barat yang memunculkan pelbagai istilah perundangan serta sistem mengenai wilayah dan kelautan. Pendekatan yang digunakan adalah melalui kaedah kualitatif iaitu mengumpul dan menganalisis sumber sekunder. Kajian mendapati bahawa, perbezaan konsep wilayah dan kelautan mengikut pensejarahan Asia dan Barat memberi kesan terhadap pemahaman aspek persempadanan dan kedaulatan sebuah negara. Ironinya, manifestasi penganutan mengikut dogma Barat mengakibatkan berlakunya kontradiksi memahami konsep wilayah dan kelautan pada era kontemporari.
Amy Azuan Abdullah, Lai Yew Meng, Maureen De Silva Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4786 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 TUGU PERINGATAN MALAYSIA, KOTA KINABALU, SABAH https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4787
Warisan budaya, khasnya warisan yang berunsurkan tinggalan tapak monumen merupakan sebuah warisan yang amat signifikan dan bermakna buat masyarakat yang mengamatinya. Hal ini kerana binaan-binaan sedemikian merupakan satu tinggalan yang berupaya memainkan peranan ke arah memartabatkan nilai sesuatu etnisiti, kaum mahupun bangsa. Selain berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi, warisan budaya juga berpotensi diangkat sebagai lambang dan identiti sebuah nasion. Objektif kajian secara dasarnya akan tertumpu kepada usaha mengetengahkan tapak warisan sebagai prospek pelancongan, di samping meneliti isu dan cabaran, serta cadangan dalam usaha pemantapan tapak warisan dari aspek perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan sebagai inisiatif penambahbaikan pada masa hadapan. Kaedah kajian akan sepenuhnya akan menggunakan pendekatan kualitatif, dengan melakukan referensi terhadap sumber primer dan sekunder bagi menjayakan kajian.
Fendi Tunai Yahya Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4787 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 KONFLIK ISU TANAH MELIBATKAN PERIBUMI MURUT DENGAN PIHAK KOMPENI (SYARIKAT) BERPIAGAM BORNEO UTARA BRITISH https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4788

Aspek perkembangan tanah di Sabah telah mengalami pemodenan ketika zaman pentadbiran pihak Kompeni (Syarikat) Berpiagam Borneo Utara British apabila diperkenalkan proklamasi atau undang-undang tanah. Antara proklamasi tanah terawal yang ada menyentuh berkaitan dengan kepentingan peribumi adalah melalui Proklamasi Tanah 1885. Transformasi aspek pemilikan tanah adat oleh masyarakat peribumi telah berlaku daripada kaedah tradisionalnya kepada kaedah moden melalui permohonan, persempadanan, pendaftaran dan pengeluaran geran tanah mengikut undang-undang tanah kerajaan. Dapat diketahui bahawa dasar tanah pihak Kompeni telah menimbulkan pelbagai pertikaian ataupun reaksi penentangan oleh masyarakat peribumi. Di antaranya ialah proses persempadanan kawasan tanah adat dan pelaksanaan cukai tanah. Kajian historiografi melalui pendekatan ‘Sejarah dari Bawah’ ini meneliti bagaimana timbulnya beberapa pertikaian antara peribumi Murut dengan Kompeni akibat pelaksanaan dasar tanah moden oleh pihak Kompeni. Fokus perbincangan mengupas konflik yang melibatkan peribumi Murut dengan pihak Kompeni berkaitan isu persempadanan, pemilikan dan pengusahaan tanah adat mereka. Kupasan kajian ini juga menyentuh aspek tindakan peribumi Murut yang telah memohon hak pemilikan tanah adat mereka secara sah dan beberapa kes rayuan ke atas permohonan pemilikan geran tanah yang tidak diluluskan oleh pihak Kompeni.
Eddie A. Julius Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4788 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI ELOPURA (SANDAKAN) TAHUN 1881 SEHINGGA TAHUN 1942 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4789
Makalah ini berfokus untuk menilai sejarah perkhidmatan kesihatan di Elopura (Sandakan) bermula pada tahun 1881 sehingga tahun 1942 iaitu. Sebelum pentadbiran British, penggunaan perubatan moden masih belum wujud di Borneo Utara. Masyarakat tempatan yang menetap di Borneo Utara rata-ratanya hanya menggunakan perubatan tradisional bagi mengatasi penyakit yang dihadapi. Di dalam penulisan ini, kajian ini akan menilai perkembangan perkhidmatan kesihatan di Elopura (Sandakan) dari tahun 1881 sehingga tahun 1942 dengan memfokuskan kepada  mengenalpasti dan menganalisis perkembangan perkhidmatan kesihatan di Elopura (Sandakan). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, dengan merujuk kepada sumber primer seperti dokumen-dokumen kerajaan dan juga sumber-sumber sekunder. Kajian ini mendapati bahawa selepas British mentadbir Borneo Utara, kadar penyakit berjangkit merebak dengan pantas disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Maka bagi mengelakkan lebih banyak kerugian, pihak mereka telah mengambil inisiatif dalam memperkenalkan perubatan moden. Walaupun pada awalnya perkhidmatan kesihatan ini dibekalkan kepada pegawai British dan buruh sahaja, namun begitu perkhidmatan ini telah diberikan kepada semua penduduk untuk mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran. Perubahan yang laksanakan ini telah membawa kepada perubahan dan perkembangan dalam landskap sosioekonomi di Elopura.
Nur Fardha Ayu Binti Jusnih Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4789 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 IDEA DAN DILEMA DI SEBALIK PEMINDAHAN KEDAULATAN WILAYAH BORNEO DALAM GREATER MALAYSIA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4790
Kertas kerja mengupas tentang idea dan dilema pemindahan kedaulatan wilayah Borneo (Sarawak dan Borneo Utara) semasa proses pembentukan The Greater Malaysia. Persoalan kedaulatan wilayah Borneo telah menjadi tema utama dan konflik sepanjang perbincangan antara Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Aspek dilema pengalihan kedaulatan wilayah menyaksikan proses rundingan antara Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk merangka jaminan perlindungan yang memuaskan bagi wilayah Borneo sebelum kedua-dua wilayah tersebut menjadi sebahagian daripada rancangan The Greater Malaysia. Sehubungan dengan itu, Kerajaan British berhasrat mencadangkan keperluan sebuah alternatif “kondominium” kepada Tunku Abdul Rahman bagi bersama-sama mengendalikan urusan pentadbiran Sarawak dan Borneo Utara dan sebagai persediaan awal sebelum pengalihan kedaulatan dilaksanakan sepenuhnya. Kajian kualitatif ini berpandukan penyelidikan sumber primer Dapatan kajian penting untuk menjelaskan kesinambungan isu pengalihan kedaulatan wilayah yang pada akhirnya akan membawa kepada naratif penawaran perlindungan wilayah Borneo kemudiannya akan diimplimentasikan menjadi idea hak autonomi dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Allan Leonard Kho Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4790 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 ADAT SOGIT: SEBUAH AMALAN KAUM KADAZANDUSUN https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4791
Adat sogit berbentuk warisan tak ketara kerana ia dapat diamati sebagai sebuah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui nilai-nilai adat serta budaya. Warisan itu sendiri dari segi istilah dapat difahami sebagai sesuatu yang berharga serta bernilai dan ia akan diwarisi oleh generasi terkemudian agar diamalkan secara berterusan. Hakikatnya, adat sogit merupakan sebuah adat yang sinonim bagi kaum Kadazandusun. Ia telah diamalkan sejak zaman pra-kolonial di Sabah dan sehingga kini adat ini masih diadaptasi dalam kehidupan mereka. Adat sogit membolehkan sebuah kesejahteraan bermasyarakat dapat diwujudkan selaras dengan fungsinya iaitu membentuk kawalan atau batas tingkah laku individu (Feaddora,2018: 6). Pada dasarnya, kajian ini berobjektif untuk mengetengahkan amalan warisan adat ini kepada masyarakat luar. Kajian ini turut memperlihatkan isu serta cabaran yang timbul dalam pengamalan adat ini pada masa kini. Sebagai usaha penambaikan amalan adat ini di masa hadapan, beberapa cadangan bagi tujuan pemantapan pengurusan sumber warisan ini juga dinyatakan.
Nurul Adawiya Binti Animbok Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4791 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 PENDIDIKAN TRADISIONAL WANITA DI SARAWAK SEBELUM KEMUNCULAN PENDIDIKAN FORMAL https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4797
Sebelum wujudnya sekolah perempuan, kaum wanita di Sarawak tidak dibenarkan belajar seperti anak lelaki. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat ketika itu tentang kepentingan pendidikan kepada kaum wanita. Namun begitu, pada masa yang sama kaum wanita turut diberi didikan yang sewajarnya. Justeru, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk membincangkan jenis pendidikan dan pembelajaran yang diterima oleh kaum wanita ketika itu. Sehubungan dengan itu, penyelidikan kualitatif telah dilakukan dengan menganalisis sumber-sumber yang terpilih. Hasil kajian mendapati, kaum wanita di Sarawak mendapat pendidikan melalui proses sosialisasi dengan penekanan kepada pengetahuan asas pengurusan rumah tangga. Selain itu, mereka juga dididik dengan kemahiran-kemahiran lain seperti mengayam, menenun, menari, bermain gendang dan sebagainya. Di sini jelaslah dilihat bahawa kaum wanita sebenarnya mendapat pendidikan tetapi dalam bentuk dan kaedah yang berbeza dengan pendidikan kaum lelaki.
Anita Junaidi, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4797 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 TARIAN LIMBAI: SEBUAH WARISAN TRADISI KAUM BAJAU https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4837
Sabah merupakan salah satu negeri yang mempunyai kepelbagaian etnik yang menarik di Malaysia. Penduduk di Sabah menunjukkan kepelbagaian etnik, bahasa, budaya dan agama yang hebat. Kepelbagaian etnik ini berlaku sejak zaman dahulu lagi seperti Bajau, Kadazan/Dusun, Bisaya, Murut, Rungus dan sebagainya. Dengan kepelbagaian etnik di Sabah, pastinya wujud pelbagai adat, tradisi, budaya serta sejarah-sejarah berkaitan dengan setiap etnik. Seperti etnik-etnik yang lain, etnik Bajau juga mempunyai tradisi yang menarik untuk diketahui. Masyarakat Bajau kaya dengan warisan adat dan tradisi yang masih diamalkan oleh masyarakat kaum Bajau. Oleh itu, artikel ini mendokumentasikan mengenai salah satu tradisi yang sering diamalkan oleh masyarakat kaum Bajau iaitu Tarian Limbai dimana penulisan ini akan mengetengahkan kepentingan Tarian Limbai, meneliti isu dan cabaran dalam pengurusan warisan tarian Limbai serta mengemukakan cadangan dan langkah untuk perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan warisan ini.
Nur Atirah Hairul Azira Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4837 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 PENELITIAN KAJIAN LEPAS: SEJARAH ETNIK LUNDAYEH DI SABAH https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4838
Penulisan ini membincangkan tentang penelitian kajian para sarjana lepas yang memfokuskan kepada sejarah etnik minoriti Lundayeh di Sabah. Berpandukan kaedah sejarah, penulisan ini cuba meneliti sejarah masyarakat Lundayeh di Sabah. Etnik Lundayeh memiliki taburan populasi di empat wilayah sekitar kepulauan Borneo iaitu di Kalimantan, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di setiap wilayah tersebut, etnik ini memiliki label nama yang berbeza seperti Dayak Lundayeh di Kalimantan, Indonesia, Murut (Lun Bawang) di Brunei, Lun Bawang di Sarawak dan Lundayeh di Sabah. Namun, dalam makalah ini hanya lebih tertumpu kepada masyarakat Lundayeh dalam konteks negeri Sabah sahaja. Meskipun pada hakikatnya, kajian ilmiah yang memfokuskan kepada etnik minoriti Lundayeh di di negeri ini masih kurang dilakukan. Justeru, makalah ini cuba meneliti kajian-kajian oleh para sarjana lepas tentang sejarah etnik Lundayeh di Sabah. Penelitian kajian-kajian daripada sarjana lepas mengenai sejarah masyarakat Lundayeh amat penting bagi memberikan kefahaman tentang kewujudan etnik minoriti ini yang akhirnya menjadi salah satu entiti dalam masyarakat majmuk di negeri Sabah.
Mohd Juhar Harun, Jane Wong Kon Ling, Kavitha Ganesan Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4838 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 INSIDEN TANDUO 2013: PERSEPSI PERSURATKHABARAN MALAYSIA DAN FILIPINA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4839
Kajian ini tertumpu kepada Insiden Tanduo 2013: Persepsi Persuratkhabaran Malaysia dan Filipina. Kajian ini berkaitan dengan akhbar Malaysia dan Filipina dalam mewacanakan insiden ini yang telah membawa sebuah perbahasan yang memicu kepada tanda tanya masyarakat Sabah mengenai hak pemilikan Sabah. Malah, kajian ini kurang dinaratifkan dalam pensejarahan dan dikatakan sebagai salah satu isu yang sensitif bagi sesetengah pihak untuk dibahaskan semula. Objektif kajian secara dasarnya akan tertumpu kepada latar belakang Lahad Datu, Sabah, di samping membahaskan insiden Tanduo dan persepsi persuratkhabaran dari Malaysia dan Filipina. Obejktif terakhir adalah menganalisis impak insiden pencerobohan di Tanduo. Kaedah kajian yang digunakan adalah sepenuhnya menggunakan pendekatan kualitatif, dengan merujuk referensi terhadap sumber primer dan sekunder bagi menjayakan kajian.
Mohamad Rais Ackmat Jais Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4839 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 TUGU NUNUK RAGANG, RANAU: SIMBOL BUDAYA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT DUSUN https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4840
Nunuk Ragang merupakan salah satu tugu penting bagi masyarakat Kadazandusun. Tugu ini menjadi simbolik dan warisan kebudayaan yang penting dalam menjelaskan asal usul masyarakat Kadazandusun daripada perspektif masyarakat ini. Walaupun, tidak terdapat sebarang bukti yang jelas memperlihatkan wujudnya penempatan awal manusia di sekitar kawasan ini namun, tugu ini menjadi sesuatu signifikan kepada masyarakat Kadazandusun. Hai ini dikatakan demikian kerana sebahagian besar masyarakat ini masih mengakui bahawa tugu ini merupakan salah satu asas kepada asal usul dan simbolik penyatuan masyarakat Kadazandusun di Sabah. Kajian ini mengupas tentang konseptual masyarakat Kadazandusun, teori kedatangan masyarakat KadazanDusun, potensi tapak Nunuk Ragang. Disamping itu, kajian ini akan menghuraikan isu dan cabaran yang dihadapi oleh tapak ini; akhir sekali kajian mengetengahkan langkah perlindungan yang dapat diimplementasikan bagi menjaga tapak ini. Pendekatan kualitatif digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan kajian khususnya sumber sekunder untuk menjayakan kajian ini.
Johnnatan Jolius Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4840 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 ILMU PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK MELAYU SARAWAK https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4841
Ilmu perubatan tradisional merupakan ilmu perubatan yang telah wujud sebelum ilmu perubatan moden. Kedua-dua ilmu ini merupakan ilmu yang saling membantu antara satu sama lain. Ilmu perubatan tradisional khususnya daripada etnik Melayu di Sarawak menjadi salah satu warisan dan perlu diturunkan kepada generasi akan datang. Hal ini kerana mempunyai nilai sebagai sumber warisan. Walaupun begitu, perubatan tradisional Melayu Sarawak kian pupus. Pengurusan sumber warisan ke atas ilmu ini perlu diberi perhatian dan pada masa kini telah ada usaha-usaha tersebut. Maka, penulisan ini akan menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan isu-isu berkaitan perubatan ini. Hal ini kerana penjagaannya mempunyai kepentingan. Seterusnya, kaedah pengurusan dan cadangan pemuliharaan dan pemeliharaan akan diambil kira dalam penulisan ini.
Mohd. Shahhidel Musa Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4841 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 TAMAN PRINCE PHILIP, TANJUNG ARU, SABAH https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4842
Tapak warisan boleh merangkumi pelbagai aspek, termasuk bangunan bersejarah, situs arkeologi, kawasan landskap budaya, dan objek seni. Pentingnya pemeliharaan tapak warisan adalah untuk memastikan kelangsungan warisan budaya dan sejarah, serta untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dan menghargai akar-akar sejarah mereka. Pemeliharaan tapak warisan juga melibatkan pemuliharaan fizikal, penyelidikan dan interpretasi sejarah, serta pendidikan awam agar pengetahuan ini dapat disampaikan kepada generasi yang akan datang. Dalam dunia moden, tapak warisan menghadapi pelbagai cabaran seperti pembangunan pesat, pencemaran, dan kekurangan sumber daya. Objektif kajian secara dasarnya akan tertumpu kepada usaha mengetengahkan tapak warisan sebagai prospek pelancongan, di samping meneliti isu dan cabaran, serta cadangan dalam usaha pemantapan tapak warisan dari aspek perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan sebagai inisiatif penambahbaikan pada masa hadapan. Kaedah kajian akan sepenuhnya akan menggunakan pendekatan kualitatif, dengan melakukan referensi terhadap sumber primer dan sekunder bagi menjayakan kajian.
Afrina Shafri Khan Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4842 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 PENDIDIKAN SEBAGAI ALAT PROPAGANDA GERAKAN KOMUNIS DI SARAWAK, 1941 – 1976 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4843
Propaganda adalah satu elemen utama dan seringkali diguna pakai bagi penyebaran maklumat, idea, atau pendapat dengan niat untuk mempengaruhi seseorang atau sesebuah kumpulan. Dalam konteks kajian ini, pihak komunis di Sarawak juga turut menggunakan pendekatan ini untuk mempromosikan agenda politik, sosial atau ideologi mereka untuk memanipulasi fikiran umum. Maka dengan itu, kajian ini menganalisis peranan sistem pendidikan sebagai alat propaganda dalam menyokong dan menyebarkan ideologi gerakan komunis di Sarawak dari tahun 1941 hingga 1976. Fokus utama penulisan ini ialah melihat bagaimana fahaman ideologi komunis disebarkan melalui sistem pendidikan sedia ada pada ketika itu untuk menyebarkan ideologi komunis, merekrut ahli, dan menyatukan kuasa politik mereka dalam kalangan pelajar dan guru di Sarawak. Hasil kajian mendapati pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh komunis merangkumi penghasilan pelbagai bahan-bahan buku, penerbitan dan cetakan yang berunsur komunis diedarkan kepada pelajar. Kemudian, pelaksanaan aktiviti dalam dan luar kelas yang berunsurkan komunis. Akhir sekali, penentangan komunis terhadap polisi pendidikan kerajaan yang dilihat cuba menghapuskan budaya Cina. Artikel ini bersandarkan kepada sumber-sumber dokumen-dokumen kerajaan negeri, akhbar dan sumber ilmiah seperti artikel dan buku yang berkaitan.
Mohd Syafiq Zaini Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4843 Sat, 21 Jan 2023 00:00:00 +0800 RENTAP: SATU PENELITIAN KE ATAS MOTIF DAN FAKTOR PERJUANGANNYA DI SARAWAK https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4844
Perjuangan Rentap di Sarawak adalah sebahagian daripada peristiwa penting dalam sejarah Sarawak pada abad ke-19. Rentap merupakan seorang tokoh pejuang Iban yang telah memaparkan kisah perjuangannya dalam memimpin masyarakat Iban (Sea Dayaks) untuk melaksanakan penentangan ke atas kerajaan Brooke bagi mempertahankan adat, budaya dan kebebasan masyarakat Iban di Sarawak. Hal ini kerana, tindakan kerajaan Brooke yang cuba untuk mencampuri norma kehidupan masyarakat dapat dilihat telah membangkitkan ketidakpuashatiaan penduduk yang akhirnya membawa kepada suatu gerakan penentangan terhadap pihak penjajah. Objektif kajian ini secara dasarnya akan tertumpu kepada motif perjuangan Rentap di Sarawak di samping meneliti faktor utama yang membawa kepada penentangan itu berlaku sekaligus menilai kesan dan sumbangan yang diberikan menerusi perjuangan beliau dalam menentang pihak penjajah di Sarawak. Kaedah kajian akan sepenuhnya menggunakan pendekatan kualitatif, dengan melakukan referensi terhadap sumber primer dan sekunder bagi menjayakan kajian.
Awang Norben bin Ben Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4844 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 KAIN PUA: PERANAN DAN STATUS WANITA IBAN MELALUI RITUAL NAKAR https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4845
Kaum Iban merupakan kaum sangat menghargai adat dan budaya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka masih kuat berpegang pada adat serta budaya nenek moyang mereka. Hal ini dapat dilihat pada cara mereka memperlakukan kain Pua` yang merupakan artifak paling sakral dalam kebudayaan Kaum Iban. Kain Pua` memainkan peranan yang sangat signifikan pada Kaum Iban bukan sahaja sebagai alat perhiasan rumah dan untuk kegunaan dalam adat dan upacara semata-mata. Kain pua mampu mengangkat status sosial wanita Iban supaya lebih dihormati dalam komuniti rumah panjang dengan mendapai status Indu Nakar melalui ritual Nakar. Oleh itu, fokus utama artikel ini adalah untuk menerangkan peranan dan status wanita Iban melalui ritual Nakar. Objektif utama yang cuba dicapai adalah untuk memperlihatkan cara perlaksaan ritual kain Pua` yang merangkumi proses sebelum, semasa dan sesudah ritual dijalankan. Penekanan turut diberikan kepada hierarki yang wujud dalam kalangan penenun Kain Pua` yang dipengaruhi oleh tahap kepandaian si penenun itu sendiri. Kajian ini diharapkan dapat mengisi kelompongan kajian berkenaan dengan kain pua dan ritual nakar kaum Iban untuk rujukan pada masa akan datang.
Mohamad Zamani Pit Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4845 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 SISTEM EKONOMI MASYARAKAT MELAYU BRUNEI DI MEMBAKUT, SABAH https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4846
Artikel mengupas tentang sistem ekonomi masyarakat Melayu Brunei di Membakut. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti jenis ekonomi dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Brunei untuk mengukuhkan sistem ekonomi tradisional mereka dalam konteks pembangunan ke arah era globalisasi. Kaedah kajian menggunakan kajian perpustakaan, kajian lapangan dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan masyarakat Melayu Brunei mengamalkan empat sistem ekonomi iaitu pertanian, penternakan, perikanan dan perdagangan. Cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Brunei adalah akses pasaran yang terhad, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, kekurangan kewangan dan sebagainya. Walaupun masyarakat Melayu Brunei bergiat aktif dalam aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan perdagangan, masyarakat ini masih menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan dan menjual produk kepada masyarakat di luar kawasan Membakut.
Nurfarain Abdul Rahman Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4846 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 BRITISH NORTH BORNEO COMPANY SEBAGAI JOINTSTOCK COMPANY DI BORNEO UTARA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4847
Aktiviti eksploitasi hasil ekonomi di Borneo Utara adalah agenda penting BNBC yang dibentuk untuk mengusahakan dan membangunkan pelbagai sektor ekonomi. Syarikat ini pada dasarnya menjadikan matlamat ekonomi dalam asas pembentukannya agar dapat memenuhi keinginan pemegang saham yang mempunyai kepentingan terhadap syarikat. Syarikat ini juga turut menjalankan tugas pemerintahan sebagai sebuah kerajaan. Oleh yang demikian situasi ini menimbulkan persoalan dalam kalangan pemegang saham yang mahukan syarikat memfokuskan matlamat ekonomi sebagai keutamaan. Kertas kerja ini dihasilkan bertujuan membahaskan pembentukan BNBC dari sudut joinstock company. Selain itu, kedudukan pemegang saham yang berkepentingan dalam syarikat turut dibincangkan. Kajian ini mendapati perancangan ekonomi BNBC turut mengambil kira kepentingan pemegang saham selaku penyaluran sumber modal.
Ab Nasir Roslan, Rasid Mail Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4847 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 PERANAN PEMIMPIN DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM BAHASA KADAZANDUSUN (BKD) https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4848
Kajian sejarah bahasa etnik secara kualitatif ini bertujuan untuk menelusuri peranan pemimpin dalam pembangunan kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD) dari tahun 1995 hingga tahun 2011. Sejak BKD diperkenalkan sebagai bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pemimpin turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kurikulum BKD. Pemimpin dalam konteks kajian ini merujuk kepada pemimpin organisasi pendidikan yang terdiri daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Pengarah Institusi Pendidikan Guru (IPG). Pembangunan kurikulum BKD telah bermula di sekolah rendah selepas Parlimen meluluskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran BKD di sekolah rendah pada tahun 1994. Berikutnya, satu mesyuarat Bahasa Kadazan telah diadakan pada 25 Januari 1995. Pembangunan kurikulum BKD di IPG pula bermula tahun 2011 secara berfasa iaitu fasa perancangan, fasa penggubalan dan fasa pemurnian. Penglibatan yang serius dan komited di kalangan pemimpin organisasi pendidikan yang terlibat dalam proses pembangunan kurikulum BKD telah mencorakkan naratif sejarah perkembangan BKD sebagai bahasa etnik warisan bangsa dalam arus perdana di Malaysia.
Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah, Jane Wong Kon Ling Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4848 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800 DAPATAN KAJIAN MOTIF BINTANG DALAM GENDANG GANGSA HEGER I DI MALAYSIA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4849
Malaysia mempunyai beberapa koleksi gendang gangsa iaitu sebanyak 22 buah yang terdiri daripada Heger I, II, III dan beberapa buah gendang yang tidak dikenal pasti. Kesemua gendang gangsa tersebut adalah penemuan secara tidak sengaja, koleksi istana dan orang perseorangan yang kemudiannya menjadi milik Muzium Terengganu dan Muzium Matang, Perak. Pengkelasan gendang gangsa ditentukan oleh motif yang terdapat pada permukaan timpanum dan mantle. Antara motif tersebut adalah motif bintang yang terletak di tengah-tengah timpanum. Kajian mendapati motif bintang mempunyai signifikan tersendiri kerana dianggap penting dan merupakan inti utama dalam tanda pengenalan sebagai gendang gangsa. Selain itu, imej bintang juga merupakan perlambangan kepada konsep ketuhanan yang menguasai keseluruhan aspek kehidupan masyarakat yang terlibat. Sehubungan dengan itu, fokus perbincangan adalah menjurus kepada signifikan motif bintang yang terdapat pada timpanum gendang gangsa Heger I di Malaysia. Diharapkan dengan adanya kajian penulisan seumpama ini dapat memberikan data terbaru serta penjelasan dan pencerahan terkini terhadap kajian gendang gangsa di Malaysia.
Nordiana Nasuha Molinka Copyright (c) 2024 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4849 Thu, 21 Dec 2023 00:00:00 +0800