https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/issue/feed Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial 2026-04-30T20:23:52+08:00 LAILAWATI BTE MADLAN @ ENDALAN laila@ums.edu.my Open Journal Systems

Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPKS) merupakan jurnal yang merangkumi dua disiplin ilmu iaitu psikologi dan kesihatan sosial. Jurnal ini diterbitkan sekali setahun iaitu pada bulan Disember tahun penerbitan. Bilangan terbitan jurnal iaitu sekali setahun merupakan kriteria minimum yang telah ditetapkan oleh Malaysian Citation Index (MyCites). Manuskrip diterbitkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris. JPKS kini tersenarai dalam Indeks MyJurnal.

eISSN: 2600-7819
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/5609 Efikasi Kendiri dan Strategi Latihan dalam Persembahan Muzik: Satu Kerangka Konseptual dalam kalangan Mahasiswa Muzik di Malaysia 2024-11-15T14:21:46+08:00 Resot Iggau resot@ums.edu.my Muhammad Idris Bullare @ Bahari ferlis@ums.edu.my Jinky Jane C. Simeon jinkysoo@ums.edu.my
Abstrak

Psikologi muzik memainkan peranan penting dalam memahami proses pembelajaran muzik yang melibatkan interaksi antara aspek kognitif, emosi, dan tingkah laku pelajar. Dalam pendidikan muzik di peringkat pendidikan tinggi, mahasiswa muzik menghadapi tuntutan pembelajaran yang memerlukan tahap autonomi, disiplin, dan pengurusan kendiri yang tinggi, terutamanya dalam konteks latihan dan persembahan muzik. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk memperoleh maklumat mendalam mengenai konsep psikologi muzik, dengan merujuk kepada artikel jurnal, buku akademik, dan sumber dalam talian berkaitan dengan bidang psikologi muzik, efikasi kendiri, dan strategi latihan dalam pembelajaran alat muzik. Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan peranan efikasi kendiri dan strategi latihan sebagai dua konstruk utama dalam penguasaan persembahan muzik. Berdasarkan teori psikologi dan pendidikan muzik, artikel ini membincangkan bagaimana efikasi kendiri mempengaruhi penglibatan pelajar dalam latihan serta bagaimana strategi latihan berfungsi sebagai mekanisme yang menyokong perkembangan kemahiran dan prestasi muzik dalam persembahan. Artikel ini memberi pemahaman umum mengenai efikasi kendiri dan strategi latihan dalam persembahan muzik serta menyediakan landasan kajian untuk penguasaan persembahan muzik dalam kalangan mahasiswa muzik di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.

Abstract

Music psychology plays a crucial role in understanding the music learning process, which involves the interaction between cognitive, emotional, and behavioral aspects of students. In higher education music education, music students face learning demands that require a high level of autonomy, discipline, and self-management, particularly in the context of practice and musical performance. This study uses a literature review method to obtain in-depth information about the concept of music psychology, by referencing journal articles, academic books, and online sources related to the fields of music psychology, self-efficacy, and practice strategies in musical instrument learning. This article aims to explain the role of self-efficacy and practice strategies as two key constructs in mastering musical performance. Based on theories of psychology and music education, this article discusses how self-efficacy influences student engagement in practice and how practice strategies function as mechanisms that support the development of musical skills and performance. This article provides a general understanding of self-efficacy and practice strategies in musical performance and lays the foundation for further research on mastering musical performance among music students in public higher education institutions in Malaysia.
2026-04-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2026 Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial