Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS
Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPKS) merupakan jurnal yang merangkumi dua disiplin ilmu iaitu psikologi dan kesihatan sosial. Jurnal ini diterbitkan sekali setahun iaitu pada bulan Disember tahun penerbitan. Bilangan terbitan jurnal iaitu sekali setahun merupakan kriteria minimum yang telah ditetapkan oleh Malaysian Citation Index (MyCites). Manuskrip diterbitkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris. JPKS kini tersenarai dalam Indeks MyJurnal.
eISSN: 2600-7819
en-US rbhalan@ums.edu.my (Balan Rathakrishnan) jpsiks@ums.edu.my (Cheif Editor) Mon, 05 Jan 2026 08:08:50 +0800 OJS 3.3.0.8 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Emotional Intelligence Personal and Social Competence Scale Psychometric: Single Mother in Sabah, Malaysia https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7015
This study aims to identify the validity, reliability, and factor analysis of the Personal and Social Competence Scale (PCSC) in measuring emotional intelligence among single mothers in the context of Sabah, Malaysia. A total of 170 respondents were involved in this study. The Kaiser-Meyer-Olkin test showed a value of 0.716, and Bartlett’s test of sphericity indicated a significant value (p ≤ 0.001). The overall reliability of the instrument, measured using Cronbach's Alpha, was 0.960. Exploratory Factor Analysis (EFA) was conducted using the Principal Component Analysis method, and it was found that six factors were extracted based on the criterion of eigenvalues greater than 1 (Kaiser’s Criterion). The first factor accounted for 33.288% of the total variance, followed by the second factor with 11.000%, the third with 9.734%, the fourth with 6.443%, the fifth with 5.372%, and the sixth with 4.980%. Cumulatively, these six factors explained 70.817% of the total variance. The findings of this study indicate that this scale has high reliability and good validity, making it suitable as a measurement tool for emotional intelligence in terms of personal and social competence among single mothers..
Laila Wati Madlan@Endalan Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7015 Wed, 10 Dec 2025 00:00:00 +0800 Persepsi Ibu Bapa terhadap Kes Buli di Sekolah: Satu Perbandingan antara Budaya Dusun dan Melayu https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7010
Fenomena buli di sekolah merupakan sebuah isu sosial yang semakin mendapat perhatian sebagai satu permasalahan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam sistem pendidikan moden. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, perbezaan latar sosio-budaya ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan cara memahami, mentafsir dan menguruskan tingkah laku buli yang dialami anak-anak mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi ibu bapa terhadap kes buli di sekolah melalui perbandingan antara budaya Dusun dan Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perbezaan persepsi ibu bapa terhadap definisi serta bentuk-bentuk buli berdasarkan latar budaya Dusun dan Melayu, mengenal pasti perbezaan pendekatan penyelesaian yang diambil oleh ibubapa dalam menangani isu buli serta kebimbangan anak-anak dan meneroka cabaran utama yang dihidapi oleh ibu bapa dalam menguruskan kebimbangan anak-anak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang mendalam dengan penglibatan ibu bapa daripada kedua-dua latar budaya tersebut. Analisis tematik telah digunakan untuk mengenal pasti tema-tema utama kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa daripada kedua-dua budaya mengiktiraf isu buli sebagai satu permasalahan yang serius. Namun demikian, terdapat juga perbezaan dari segi tahap toleransi terhadap tingkah laku buli serta pendekatan intervensi oleh ibubapa yang dianggap wajar berdasarkan latar budaya masing-masing. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan peranan faktor budaya yang signifikan dalam mempengaruhi persepsi ibu bapa terhadap kes buli di sekolah. Justeru itu, hal ini menuntut pendekatan dan pelaksanaan dasar pencegahan buli yang bersifat sensitif budaya.
Hon Kai Yee Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7010 Wed, 10 Dec 2025 00:00:00 +0800 Job Role Differences In Psychosocial Risk Perceptions: A Comparative Study of Oil And Gas Industry Personnel https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7017
Chua Bee Seok Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7017 Wed, 10 Dec 2025 00:00:00 +0800 Kepercayaan, Amalan dan Rutin Tidur Kanak-Kanak Umur 1 hingga 3 Tahun dalam Kalangan Ibu Bapa Budaya Bugis dan Bajau di Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7024
Tidur merupakan keperluan asas yang penting dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, khususnya bagi kanak-kanak berumur antara satu hingga tiga tahun, kerana kualiti tidur yang baik berkait rapat dengan perkembangan fisiologi dan psikologi mereka. Kajian ini bertujuan untuk memahami secara holistik kepercayaan tradisional, pantang larang, dan amalan keibubapaan yang berkaitan secara langsung dengan pengurusan tidur kanak-kanak, di samping membuat perbandingan persamaan dan perbezaan rutin tidur harian berdasarkan latar budaya kedua-dua etnik. Selain itu, kajian ini turut meneliti bagaimana adat resam, nilai, dan amalan budaya spesifik membentuk serta mempengaruhi rutin tidur kanak-kanak dalam konteks berhadapan dengan cabaran gaya hidup moden masa kini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan melibatkan seramai empat orang responden ibu bapa daripada etnik Bugis dan Bajau bagi meneroka secara mendalam pengalaman serta amalan pengasuhan mereka. Hasil dapatan kajian terdapat tiga tema yang utama, iaitu 1) spiritual dan pantang larang waktu tidur, 2) aktiviti fizikal dan penyusuan dan 3) pengamalan lagu tradisi dan intervensi moden untuk strategi pengamalam rutin tidur yang konsisten. Tradisi ini, meskipun berdepan arus pemodenan, membuktikan bahawa kasih sayang ibu bapa sering kali diterjemahkan melalui bahasa budaya yang diwarisi secara turun-temurun.
Hon Kai Yee Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7024 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Psychometric Evaluation of the Cognitive Fusion Questionnaire Among Malaysia University Students https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7030
The Cognitive Fusion Questionnaire (CFQ) is designed to assess individuals’ tendency to become entangled with their thoughts and the extent to which such cognitive fusion influences their behaviour. The original CFQ consists of 42 self-report items assessing daily thinking patterns and emotional experiences, although only the short version of seven items CFQ have been consistently supported by previous validation studies. The current study aimed to evaluate the psychometric properties of the short version 7-items CFQ among Malaysian university students. Using convenience sampling, a total of 343 students from five universities in Malaysia participated by completing the CFQ through Microsoft Forms and Google Forms. Results indicated acceptable internal consistency, with a Cronbach’s alpha of .70. Item analysis showed strong item–total correlations (r = .633 to r = .766). Evidence of convergent validity was demonstrated through a strong positive correlation (r = .760) with the Acceptance and Action Questionnaire–II (AAQ-II) score. Concurrent validity was supported by a significant negative correlation with the Positive Mental Health Scale (PMHS; r = –.401). Overall, the findings provide preliminary support for the reliability and validity of the CFQ in assessing cognitive fusion among Malaysian university students.
Chua Bee Seok Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7030 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Aplikasi Konsep Kecerdasan Sosial Ibnu Khaldun dan Daniel Goleman dalam Kalangan Pentadbir Akademik di Sebuah Universiti Awam Malaysia https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7034
Azlan Awang Rahimi MD Saad Copyright (c) 2025 Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7034 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 The Relationship Between Emotional Intelligence and Self-Control among Secondary School Students in West Coast of Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7036
The primary aim of this study is to identify the relationship between emotional intelligence and self-control among secondary school students in west coast of Sabah. Emotional Intelligence in this study refers to the survey of emotional intelligence experienced by the students, measured using the Goleman Emotional Scale (GES). Meanwhile, Self-Control is measured using the Self Control Scale (SCS). The survey on Emotional Intelligence was carried out with 381 respondents selected through simple random sampling. These students were identified as respondents based on registration records from selected secondary schools. The finding was analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The results show a significant relationship between the dimensions of emotional intelligence, Personal Competence, Social Competence, Self-Awareness, Self-Regulation, Self-Motivation, Empathy, and Social Skill with Self-Control. These findings are essential as they are able to directly contribute in enhancing the process of teaching and learning. At the same time, they contribute in enhancing students' overall development, particularly in aspects of physical, emotional, spiritual, and intellectual development (JERI), aligning with the National Education Philosophy.
Azahar Che Latiff Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7036 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Perilaku Buli Dalam Kalangan Pelajar Universiti ”Satu Tindakan, Satu Perbezaan” https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7047
Kajian ini adalah berkaitan tentang perilaku buli dalam kalangan pelajar unversiti. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tingkahlaku buli yang paling lazim dalam kalangan pelajar university dan juga meneroka maklumbalas pelajar terhadap pengalaman buli. Responden kajian terdiri daripada pelajar universiti seramai 30 orang dan soal selidik di edar melalui Google Form. Alat kajian yang digunakan adalah victimization, perpetration, bystander behaviour, perceived norms, social support & coping dan wellbeing & safety. Hasil kajian mendapati tinglahlaku buli yang sering dialami oleh responden adalah buli verbal, fizikal, pemerasan, buli sosial, buli ditempat kerja dan juga sindiran. Manakala maklumbalas daripada pelajar yang dibuli adalah seperti berdiam atau menahan diri, melawan atau memberi tindak balas, mengelak dan mencari sokongan sosial.
Laila Wati Madlan@Endalan Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7047 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Community-Based Learning and Intercultural Competence: Fieldwork Experiences of Psychology Students in Multicultural Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7048
This study examines how community-based learning (CBL) enhances intercultural competence and learning outcomes among final-year psychology students in Sabah, Malaysia. A total of 72 students conducted parenting talks in Kampung Bolong, Tuaran, engaging with a culturally diverse rural community. Using a qualitative narrative design, data was gathered through reflective journals, semi-structured interviews, peer assessments, community feedback, and instructor observations. Reflexive thematic analysis revealed three main themes: (1) increased cultural awareness and sensitivity, (2) improved communication and public speaking skills, and (3) challenges related to cultural expectations, language barriers, and emotional responses when discussing sensitive topics. Community members expressed high satisfaction with the students’ presentations and emphasized the value of intercultural knowledge exchange. The findings highlight the effectiveness of experiential fieldwork in strengthening students’ confidence, cultural understanding, and community engagement. This study contributes to Malaysian scholarship on experiential learning, multicultural education, and applied psychology training.
Hon Kai Yee, Sabihah Johan Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7048 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Kepercayaan Amalan Waktu Tidur Zaman Kanak-Kanak: Satu Kajian dalam Kalangan Kaum Melayu dan Cina di Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7051
Kajian ini meneliti pengaruh kepercayaan budaya terhadap amalan waktu tidur semasa kanak-kanak dalam kalangan keluarga kaum Melayu dan Cina di Sabah. Walaupun kedua-dua kaum kaya dengan adat dan kepercayaan yang tersendiri berkaitan dengan rutin tidur, namun pemahaman tentang bagaimana kepercayaan tersebut membentuk persepsi dan keputusan ibu bapa masih terhad dalam literatur tempatan. Menggunakan pendekatan fenomenologi kualitatif, empat pelajar telah menjadi responden bagi kajian ini dan ditemubual secara bersemuka dan juga secara atas talian melalui temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pantang larang, amalan spiritua, dan kepercayaan kesihatan tradisional menjadi rujukan penting bagi kebanyakkan ibu bapa dalam menetapkan cara dan waktu tidur yang sesuai bagi anak-anak mereka. Namun, pengaruh gaya hidup moden seperti jadual keluarga yang berubah-ubah, tekanan masa, dan pendedahan kepada teknologi telah mengurangkan kesinambungan pematuhan terhadap amalan tradisional ini, serta mendorong kepada penyesuaian masa dan cara tidur berdasarkan keperluan semasa dalam sesebuah keluarga tersebut. Kajian ini menegaskan bahawa adat budaya dan kepercayaan masih memainkan peranan yang penting dalam membentuk tabiat tidur semasa kanak-kanak, tetapi faktor kontemporari turut mempengaruhi keberkesanan dan kelangsungannya pada masa kini. Implikasi dapatan kajian menekankan bahawa inisiatif berasaskan keluarga harus dilaksanakan dengan lebih terperinci dan peka kepada budaya masing-masing
Vivyena Voon Xien Tze, Hon Kai Yee Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7051 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 The Relationship Between Emotion Regulation, Social Support and Mental Health among University Students https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7053
Kajian ini meneliti hubungan antara strategi pengawalan emosi, sokongan sosial, dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Seramai 150 pelajar berumur 18 hingga 25 tahun terlibat, terdiri daripada 62% pelajar universiti awam dan 38% universiti swasta. Data dikumpul melalui soal selidik atas talian menggunakan tiga instrumen: Emotion Regulation Questionnaire (ERQ) untuk menilai strategi pengawalan emosi (cognitive reappraisal and expressive suppression), Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) untuk mengukur sokongan sosial, dan Depression Anxiety Stress Scales-21 (DASS-21) untuk menilai tekanan psikologi. Analisis korelasi Spearman menunjukkan tiada hubungan signifikan antara penilaian semula kognitif (cognitive reappraisal) dan tekanan psikologi, manakala penekanan ekspresi (expressive suppression) mempunyai hubungan positif yang lemah tetapi signifikan. Sokongan sosial juga tidak menunjukkan hubungan signifikan dengan tekanan psikologi. Dapatan ini menekankan kepentingan fleksibiliti dalam penggunaan strategi pengawalan emosi serta keperluan intervensi yang disesuaikan bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar universiti.
Beddu Salam Baco Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7053 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community) https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7059
Konsep komuniti merupakan teras utama dalam psikologi komuniti kerana peranannya dalam membentuk hubungan sosial, sokongan bersama, dan kesejahteraan psikologi individu. Dalam konteks masyarakat moden yang semakin individualistik dan terdigital, kebimbangan terhadap kemerosotan hubungan sosial menjadikan konsep perasaan kemasyarakatan semakin relevan sebagai kerangka analitikal. Artikel ini bertujuan menghuraikan pemahaman komuniti daripada perspektif perasaan kemasyarakatan dengan meneliti definisi komuniti, jenis dan tahap komuniti, serta Model Perasaan Kemasyarakatan McMillan–Chavis. Perbincangan memfokuskan kepada empat elemen utama model tersebut, iaitu keahlian, pengaruh, integrasi dan pemuasan keperluan, serta perkaitan emosi yang dikongsi. Selain itu, aplikasi konsep perasaan kemasyarakatan dianalisis dalam pelbagai konteks, termasuk kumpulan self-help, komuniti agama dan spiritual, kejiranan, serta komuniti digital kontemporari. Artikel ini turut menilai sumbangan konsep perasaan kemasyarakatan dalam memperkukuh pemahaman tentang kohesi sosial dan kesejahteraan psikososial, di samping membincangkan limitasinya, khususnya berkaitan isu sempadan komuniti, konflik dalaman, dan cabaran teknologi maklumat. Secara keseluruhan, artikel ini menegaskan bahawa perasaan kemasyarakatan kekal sebagai konsep teras yang relevan dalam psikologi komuniti, dengan keperluan penyesuaian teori dan amalan agar selari dengan realiti sosial dan digital semasa
Mazni Mustapha Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7059 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Apakah yang Dilakukan oleh Pekerja Sosial Dadah? https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7060
Kertas kerja ini merupakan satu kertas konsep yang berkongsi pengalaman penulis sebagai Ahli Lembaga Hakim Pelawat di Sekolah Henry Gurney Keningau dan Penjara Kota Kinabalu serta pengalaman mengajar kursus PS31803 Kerja Sosial di Institusi Pemulihan dan Pengawalan. Kursus PS31803 merupakan kursus pengkhususan yang ditawarkan kepada pelajar tahun akhir Program Kerja Sosial di Universiti Malaysia Sabah. Penghuni di Sekolah Henry Gurney Keningau terdiri daripada kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang terlibat dalam pelbagai kesalahan sosial seperti mencuri, merompak, lari dari rumah, rogol serta penglibatan dalam kes dadah. Kanak-kanak ini diletakkan di bawah pengawasan pegawai akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dilantik. Kanak-kanak warganegara  yang didapati bersalah dan tidak selamat untuk terus tinggal bersama keluarga akan diperintahkan oleh Mahkamah Kanak-Kanak untuk ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, manakala kanak-kanak bukan warganegara pula akan ditempatkan di Penjara Muda, Penjara Kota Kinabalu. Sepanjang tempoh penahanan, kanak-kanak ini akan menjalani proses pemulihan dadah di samping hukuman  yang dikenakan. Kertas kerja ini membincangkan pengambilan dadah sebagai tingkah laku devian, sikap sosial terhadap dadah, makna dan proses penagihan serta peranan pekerja sosial dadah atau pekerja sosial di institusi pemulihan dan pengawalan.
Risalshah Latif Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7060 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Amalan Gaya Hidup Sihat dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7061
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka pengalaman dan pemahaman terhadap gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyelidikan ini juga memberi focus terhadap mengenal pasti faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat dan cabaran untuk mencapai gaya hidup sihat. Beberapa aspek seperti aktiviti fizikal, diet yang seimbang, kesejahteraan mental, corak tidur, motivasi, cabaran harian dan pengurusan tekanan juga diambil kira. Kajian ini Adalah mustahak berikutan kebimbangan gaya hidup tidak aktif dan tingkah laku berkaitan kesihatan yang lemah di kalangan pelajar akibat kekangan masa, tekanan akademik, isu kewangan dan pergantungan terhadap teknologi. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kualitatif menggunakan temu bual separa berstruktur. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Data yang dikumpul telah dianalisis secara tematik. Dapatan penyelidikan menyarankan kepentingan sokongan institusi dan strategi intervensi yang sesuai untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. Dapatan daripada kajian ini amat bermanfaat kepada pihak universiti untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.
Teoh Jia Long Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7061 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Relationship Between Parent-Child Attachment Style and Emotional Regulation in Young Adults https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7062
Kajian kuantitatif ini meneliti hubungan antara gaya perapatan ibu bapa–anak dan strategi pengawalan emosi dalam kalangan dewasa awal di Malaysia. Seramai 105 orang responden terlibat, dengan pengalaman perapatan semasa zaman kanak-kanak diukur menggunakan Parental Bonding Instrument (PBI), manakala strategi pengawalan emosi semasa dinilai melalui Emotion Regulation Questionnaire (ERQ) yang memfokuskan kepada penilaian semula kognitif dan penindasan ekspresi emosi. Analisis korelasi Pearson dan ANOVA satu hala telah dijalankan menggunakan SPSS Versi 29. Dapatan menunjukkan bahawa dimensi penjagaan ibu bapa, khususnya penjagaan bapa, mempunyai hubungan signifikan dengan penggunaan penilaian semula kognitif, manakala penjagaan ibu menunjukkan hubungan negatif yang signifikan dengan penindasan emosi. Tiada hubungan signifikan ditemui antara dimensi perlindungan berlebihan dan pengawalan emosi. Keputusan ANOVA turut menunjukkan perbezaan signifikan dalam skor penilaian semula kognitif antara gaya perapatan bagi kedua-dua ibu bapa, dengan gaya perapatan selamat dikaitkan dengan penggunaan strategi tersebut yang lebih tinggi, namun tiada perbezaan signifikan ditemui bagi penindasan emosi. Secara keseluruhan, kajian ini menekankan kepentingan perapatan awal ibu bapa dalam pembentukan pengawalan emosi yang adaptif semasa dewasa awal.
Agnis Sombuling Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7062 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7063
Kajian ini bertujuan untuk memahami pengaruh amalan sogit dan pamali terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak di Sabah dan Indonesia. Amalan sogit dan pamali merupakan sebahagian daripada sistem nilai budaya masyarakat tempatan yang berfungsi sebagai mekanisme sosial dalam mendidik dan membentuk disiplin moral sejak usia awal. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat di Sabah dan Indonesia mengenai amalan sogit dan pamali, menjelaskan perbandingan dan persamaan amalan sogit dan pamali, dan meneliti sejauhmana amalan sogit dan pamali masih relevan dan diamalkan oleh masyarakat Sabah dan Indonesia sehingga kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan peserta daripada komuniti tempatan di Sabah dan beberapa wilayah di Indonesia. Analisis tematik digunakan bagi mengenalpasti tema-tema utama kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sogit dan pamali berperanan penting dalam membentuk tingkah laku patuh, hormat, dan berdisiplin dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran dalam mengekalkan kefahaman terhadap amalan ini dalam konteks moden yang semakin terdedah kepada pengaruh luar. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan kepentingan pemeliharaan nilai budaya tradisional sebagai asas kepada pembentukan moral dan identiti sosial kanak-kanak di kedua-dua negara.
Hon Kai Yee Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7063 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Mental Health and Quality of Life in Keningau, Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7064
Youth mental health is an increasingly important public health issue, particularly in rural and semi-urban settings such as Sabah. However, empirical evidence on youths’ psychological well-being in this region remains limited. This study aims to assess mental health status and quality of life among youths in Keningau District, Sabah. This quantitative study involved 93 youths and employed descriptive analysis. Mental health indicators included stress, anxiety, depression, and suicide risk, while quality of life was assessed across physical, psychological, social relationship, and environmental domains. The results indicate that most youths experienced low to moderate levels of psychological distress and generally good quality of life. However, social relationships emerged as the weakest
domain, and a small proportion of youths were identified as having significant suicide risk. These findings underscore the importance of holistic mental health interventions that strengthen social support and community environments.
Balan Rathakrishnan Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7064 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Peranan Kecerdasan Buatan (Ai) dalam Memperkasa Perkembangan Bahasa dan Budaya dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7068
Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (Articial Intelligence, AI) telah membawa perubahan besar dalam bidang pendidikan global, khususnya dalam bidang pembelajaran bahasa dan pemahaman budaya. Dalam konteks pendidikan tinggi, AI bukan sahaja berfungsi sebagai alat teknologi, malah telah menjadi medium pembelajaran yang mempengaruhi cara pelajar berfikir, berkomunikasi dan membina kefahaman terhadap pelbagai budaya. Penggunaan platform AI seperti ChatGPT, Perplexity dan Bing AI semakin meluas dalam kalangan pelajar universiti sebagai sokongan dalam penulisan akademik, penterjemahan bahasa, pembinaan ayat serta pemahaman konteks sosial dan budaya sesuatu bahasa. Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan AI dalam memperkasa perkembangan bahasa dan budaya dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu, kajian ini turut menilai sejauh mana AI membantu pelajar memahami nilai budaya lain tanpa mengabaikan budaya tempatan yang menjadi asas identiti mereka. Kajian ini melibatkan seramai 6 orang pelajar universiti yang selalu guna platform AI. Pendekatan kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian kes digunakan bagi memperoleh gambaran yang mendalam dan holistik. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti pola, tema dan makna yang berkaitan dengan penggunaan AI. Hasil dapatan kajian ini mempunyai tema yang dibentuk adalah pengalaman, pandangan, cabaran dan strategi. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih jelas tentang penggunaan AI secara bijak dan seimbang.
Hon Kai Yee Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7068 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 Application of the ABC Model of Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) in Challenging Self-Anxiety and Perfectionistic Demands https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7101
This study aims to evaluate the effectiveness of the ABC Model of Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) in addressing self-anxiety and perfectionistic demands experienced by a client. The client, an undergraduate student who holds the role of eldest child and Academic Bureau Leader, reported experiencing high levels of pressure to perform well and appear strong consistently.. This pressure stemmed from rigid beliefs such as “I must always be strong and successful so that I will not disappoint those around me”. Six sessions were conducted over 2 months. The intervention applied the ABC (A-B-C-D-E-F) Model, focusing primarily on the Disputing (D) process, alongside other cognitive techniques such as Rational Emotive Imagery (REI) and reflective journaling as homework assignments. The goal was to help the client challenge and restructure irrational beliefs underlying her anxiety. The results revealed that the client successfully developed a more Effective New Philosophy (E) that was rational and adaptive, leading to a reduction in self-critical thoughts. This study demonstrates that REBT is a practical approach in modifying irrational belief systems to enhance psychological well-being
Syafiqah Syahirah , Patricia Joseph Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7101 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800 The Effect of Psychological and Non-Psychological Support on Relationship Satisfaction In Close Friendship https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7102
Friendships play a crucial role in university students’ well-being, particularly in their relationship satisfaction. This is more prominent when physical distance from family limits access to emotional and practical supports. To explore this phenomenon, a study was conducted to examine the effects of both types of support on relationship satisfaction among close friends in a university setting. A total of 203 undergraduate students took part in this study. Most participants were female (n=138, 68%), while the remaining are male (n=65, 32%). The study found that both psychological and non-psychological support contributed significantly and positively to relationship satisfaction. The more students received both supports, the more satisfied they were with their satisfaction in friendships. This study showed a combination of empathy, encouragement, and helpful actions contributes to stronger and more fulfilling friendships. The results can help guide peer support initiatives and encourage students to offer and seek various types of support to maintain healthy and satisfying friendships.
Siti Nur Fatihah , Getrude Cosmas Copyright (c) 2025 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/7102 Mon, 29 Dec 2025 00:00:00 +0800