Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB

The Journal of Kajian Islam dan Turath Antara-Bidang (KITAB) is particularly interested in the study of Islam and interdisciplinary heritage, including Islamic teachings, comparative religion, discussions on turath in the Islamic tradition, and research on interdisciplinary fields that benefit Muslim society. The term "interdisciplinary" is applied to emphasise the broad range of topics covered in this journal, which extends beyond Islamic religious matters across historical and cultural settings.

This journal, administered by the Faculty of Islamic Studies (FIS) and published by Penerbit UMS, recognises any intellectual works and research findings in various formats, including research papers, concept papers, case reports, letters to editors, etc.
Penerbit UMSen-USJurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang3083-9483KONSEP TAUHID SEBAGAI SISTEM KURATORIAL MUZIUM ISLAM: ANALISIS LITERATUR
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/6899

Artikel ini membincangkan konsep tauhid sebagai asas kepada pembangunan sistem kuratorial muzium Islam. Pendekatan ini mencadangkan bahawa prinsip tauhid bukan hanya aspek akidah, tetapi juga berfungsi sebagai kerangka epistemologi dan etika dalam penyelidikan, pengurusan objek, pembinaan naratif dan pameran muzium. Dengan meneliti kelemahan pendekatan kuratorial Barat yang berasaskan falsafah Cartesian dan positivisme, artikel ini menyusun model kuratorial Islam yang berpaksikan nilai rububiyyah, ubudiyyah, amanah dan adab. Perbincangan ini disokong oleh sumber al-Qur’an, Sunnah dan pandangan sarjana Islam klasik serta kontemporari. Model ini diharapkan mampu menjadi asas kepada sistem pemuziuman Islam yang adil, beradab dan berorientasikan akhirat.
Ahmad Farid Abd JalalSiti Maimunah Hj KahalSyamsul Azizul MarinsahRahimin Affandi Abdul Rahim
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-10-302025-10-302211410.51200/kitab.v2i2.6899AL JAM’IYATUL WASHLIYAH AND THE TRANSMISSION OF RELIGIOUS SCIENCES IN INDONESIA FROM PRE-INDEPENDENCE TO THE REFORM ERA
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/6924

This study examines the strategies of Al Jam’iyatul Washliyah in strengthening Arabic language studies as the primary foundation for the transmission of religious sciences (‘ulūm al-dīn) from Pre-Independence to the Reform era. Employing a historical approach through library research, this study traces the madrasah curriculum at various levels—ranging from Tajhīziyyah, Ibtidā’iyyah, Thānawiyyah, Qism al-‘Ālī, to contemporary madrasahs—and explores Arabic-language texts as well as works of local scholars that were used as references. The findings indicate that Al Washliyah consistently positioned Arabic not merely as a linguistic skill but also as an epistemological instrument for understanding classical Islamic texts, preserving the Shāfi‘ī school, and reinforcing the tradition of Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. The curriculum was designed to emphasize the integration of linguistic sciences (‘ilm al-ālah such as naḥw, ṣarf, balāghah, and manṭiq), mastery of kitāb kuning, and the teaching of core religious disciplines including tafsīr, ḥadīth, fiqh, uṣūl al-fiqh, and taṣawwuf. This strategy was further reinforced through the role of Al Washliyah scholars (‘ulamā’) as teachers, authors of textbooks, and producers of scholarly discourse in Arabic, thereby safeguarding the continuity of the chain of transmission (sanad) across generations. The study concludes that Al Washliyah successfully developed a distinctive model of religious sciences transmission in Indonesia by integrating Arabic language proficiency, classical turāth, and the demands of modern education. Consequently, the strengthening of Arabic within Al Washliyah is positioned as both a cultural and intellectual strategy to preserve the continuity of the Islamic intellectual tradition in the Nusantara while simultaneously addressing contemporary challenges.
IrwansyahJa'farAmer Hudhaifah HamzahMannan
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-11-122025-11-1222152810.51200/kitab.v2i2.6924ISLAM RAHMATAN LIL ‘ALAMIN SEBAGAI KERANGKA KONSEPTUAL DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT MADANI
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7171

Artikel ini menganalisis konsep Islam Rahmatan lil ‘Alamin sebagai suatu kerangka konseptual dalam pembangunan masyarakat madani yang berteraskan kesejahteraan, keterangkuman dan nilai peradaban. Prinsip rahmat yang menjadi inti risalah Nabi Muhammad SAW dihuraikan sebagai asas normatif yang merangkumi dimensi akidah, syariah, akhlak, kemanusiaan dan hubungan sosial, sekali gus menafikan tanggapan yang mengaitkan Islam dengan ekstremisme atau kekerasan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen terhadap sumber primer, iaitu al-Quran dan al-Hadis, serta karya sarjana klasik dan kontemporari yang berkaitan. Hasil analisis menunjukkan bahawa konsep rahmah menekankan nilai keadilan, keseimbangan, toleransi, penghormatan terhadap hak asasi manusia dan kesejahteraan sejagat tanpa mengira perbezaan agama, etnik dan budaya. Nilai-nilai ini membentuk asas penting bagi pembinaan masyarakat madani, khususnya dalam konteks negara majmuk seperti Malaysia, melalui penerapan prinsip wasatiyyah, pengukuhan dialog antara agama dan usaha memperkasa kesejahteraan sosial. Kajian ini merumuskan bahawa Rahmatan lil ‘Alamin bukan sekadar wacana teologi, tetapi suatu kerangka pembangunan yang komprehensif yang boleh membimbing perumusan dasar awam, sistem pendidikan, tadbir urus pentadbiran serta hubungan antara komuniti. Oleh itu, penghayatan terhadap konsep ini wajar diperkukuh melalui pendidikan nilai, pengukuhan institusi keagamaan dan pendekatan dakwah yang berteraskan hikmah, agar Islam difahami dan dihayati sebagai agama yang membawa keamanan, belas kasih dan kemajuan kepada seluruh manusia.
Zaifuddin Md RasipMaslikhahHajar Opir
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-272025-12-2722294610.51200/kitab.v2i2.7171FLEKSIBILITI SIFAT DAN PERANAN DALAM GAGASAN ILMU TARANNUM
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7214

Al-Quran merupakan mukjizat utama Nabi Muhammad SAW, dan pembacaan, pemahaman serta pengamalannya merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dalam konteks ini, bacaan al-Quran secara tarannum berfungsi sebagai medium pengindahan suara yang menyokong penghayatan makna dan adab tilawah. Artikel ini meneliti secara kritikal sifat, gaya dan peranan beberapa maqam utama dalam ilmu Tarannum, iaitu Bayyati, Saba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah dan Jiharkah, dengan memberi tumpuan kepada keanjalan aplikasinya dalam bacaan ayat-ayat al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun setiap maqam memiliki karakter dan kecenderungan fungsi tertentu, penggunaannya tidak terikat secara mutlak kepada tema ayat tersebut. Sebaliknya, kesesuaian tarannum lebih bergantung kepada keupayaan qari dalam mengolah teknik, kawalan suara dan struktur melodi bagi menjiwai maksud ayat yang dibaca. Kajian ini turut memperlihatkan bahawa sebahagian maqam kekal diamalkan secara meluas, manakala yang lain mengalami kepupusan atau berasimilasi ke dalam bentuk irama tradisi lain. Kesimpulannya, ilmu Tarannum bersifat dinamik dan fleksibel, mencerminkan keluasan tradisi tilawah al-Quran yang menuntut keseimbangan antara pemeliharaan kaedah tradisional dan keanjalan pengolahan seni bacaan.
Muhammad Lukman IbrahimMohd Azhar Abdullah
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-302025-12-3022475610.51200/kitab.v2i2.7214PERBEZAAN STRUKTUR BAHASA ARAB STANDARD MODEN (MSA) DAN BAHASA ARAB KLASIK (CA): PENSTRUKTURAN SEMULA NAHU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEDAGOGI SERTA PENILAIAN KEFASIHAN
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7238

Bahasa Arab Standard Moden (MSA) berfungsi sebagai bahasa bersama dalam dunia Arab kontemporari, namun kejayaannya tidak terletak semata-mata pada faktor sosiolinguistik, sebaliknya pada keupayaannya melakukan penyesuaian struktur terhadap keperluan komunikasi moden. Artikel ini menganalisis empat ciri distingtif MSA secara komparatif dengan Bahasa Arab Klasik (CA), iaitu peluasan idafah, fleksibiliti sistem isnad, kecenderungan kepada nominalisasi dan fi‘l mudari‘ yang tidak terikat masa, serta penggantian penandaan morfologi dengan penandaan relasional melalui harf jarr. Dapatan menunjukkan bahawa perubahan-perubahan ini membentuk satu pola penstrukturan semula sintaksis yang konsisten, melibatkan pemadatan maklumat, penyah-pemusatan agen, pengurangan subordinasi, dan peralihan daripada penandaan i‘rab kepada hubungan relasional. Perubahan ini bukan penyimpangan daripada norma klasik, tetapi pengembangan fungsional terhadap potensi struktur CA. Kajian ini turut menghuraikan implikasi perubahan tersebut terhadap pedagogi pengajaran bahasa Arab dan penilaian kefasihan, dengan menegaskan keperluan pembezaan konseptual yang jelas antara CA dan MSA dalam perkembangan pedagogi dan penilaian kefasihan bahasa.
Amer Hudhaifah Hamzah
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-312025-12-3122576710.51200/kitab.v2i2.7238PENGETAHUAN DAN PENGUASAAN NUN SAKINAH DAN TANWIN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7240

Al-Qur’an merupakan sebuah wahyu teragung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan kepada seluruh umat Baginda. Membaca al-Qur’an merupakan salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam agama islam. Setiap umat islam diwajibkan untuk mempelajari, menghayati, mengamalkan dan memahami setiap perkara yang telah diwahyukan oleh Allah SWT dalam kitab tersebut. Dalam pembacaan al-Qur’an dengan bertajwid juga adalah wajib bagi umat islam untuk membaca al-Qur’an dengan sebutan yang betul. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan penguasaan nun sakinah dan tanwin dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual yang dijalankan kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Induk Kota Kinabalu, Sabah. Hasil dapatan kajian ini dibuat secara statistik deskriptif yang lebih cenderung kepada jumlah frekuensi dan peratusan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan penguasaan nun sakinah dan tanwin setiap responden yang terlibat.
Nur Shafiqah ShahdanIssraq Ramli
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-312025-12-3122687710.51200/kitab.v2i2.7240KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN AKHLAK DI PUSAT BIMBINGAN ISLAM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7241

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) berperanan sebagai pusat bimbingan mualaf yang menyediakan pengajaran Fardhu Ain, termasuk mata pelajaran Akhlak, bagi membentuk kefahaman dan pengamalan Islam yang sahih. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Akhlak dengan menggunakan Model CIPP, khususnya komponen proses dan produk. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual bersemuka dengan tenaga pengajar serta soal selidik latihan kefahaman kepada 16 orang pelatih. Data dianalisis secara deskriptif bagi menilai pencapaian dalam domain kognitif dan afektif. Dapatan menunjukkan empat kaedah pengajaran utama digunakan, iaitu syarahan, soal jawab, pembentangan berkumpulan dan bercerita. Analisis latihan kefahaman mendapati 62.5% pelatih mencapai tahap cemerlang, 18.75% baik dan 18.75% lemah. Temu bual turut menunjukkan kesan positif terhadap domain afektif, khususnya dari segi minat, kesedaran, keseronokan dan kepekaan emosi. Kajian menyimpulkan bahawa pengajaran Akhlak di PUSBA berkesan dan wajar dikekalkan, dengan penambahbaikan khusus bagi pelatih lemah.
Syahrul Faizaz AbdullahSaudah AhmadArmanurah MohamadSyahrina AbdullahNoor Asma Jamaluddin
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-312025-12-3122788910.51200/kitab.v2i2.7241تصوير أثر الحرب الجائر في رواية "النداء الخالد" لنجيب الكيلاني: دراسة وصفية تحليلية
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7244

يتميز الفن الروائي في الوقت الحاضر بأنه تعبير للواقع الإنساني بكل تفاصيله وتجلياته السياسية والاجتماعية. وقد شاعت الكتابات الروائية الإسلامية المبدعة في الأدب الإسلامي بجميع مجالاته الرائعة والجذابة التي تتطرق إلى أحوال المسلمين وقضاياهم السلمية والحربية؛ لذا جاءت هذه الدراسة لتقف على حياة الأديب الإسلامي نجيب الكيلاني ومساهماته في عالم الأدب الإسلامي. ثم تقوم الدراسة بتحليل الإبداع التصوير الحربي في روايته النداء الخالد من خلال الأثر الاستعماري، وسوف تنهج هذه الدراسة المنهجين الوصفي والتحليلي من خلال جمع المعلومات اللازمة ووصفها حول الأديب نجيب الكيلاني وإبداع الأدب الحربي خاصة عند ملازمة نجيب أحوال مصر عند الحرب من خلال تحليل الرواية النداء الخالد. وتكمن أهمية هذه الدراسة في معرفة إسهامات الأديب نجيب الكيلاني خاصة في الدراسات الأدبية الروائية الإسلامية، خاصة في حقول الإبداع التصوير الحربي لدى الأديب والتي تُعد جزءا من حياته. وانتهت الدراسة بنتائج مهمة، منها: بيان أثر الحرب في كتابات الأديب نجيب الكيلاني الروائية، وأثرها في المجتمع المصري، وبذله في إصلاح المجتمع والعالم الإسلامي بالقلم، والكشف عن الإبداع التصويرى الحربي في روايته النداء الخالد.
Abdul Halim SallehNurul Hidayah Rosly
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-312025-12-3122909810.51200/kitab.v2i2.7244EFIKASI KENDIRI GURU SEBAGAI TERAS PEDAGOGI TERBEZA BERASASKAN ELEMEN PROSES DALAM PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN: SEBUAH SINTESIS KONSEPTUAL
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7245

Pengajaran Tilawah al-Quran dilaksanakan dalam bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian tahap bacaan dan penguasaan tajwid, namun amalan pengajaran masih cenderung bersifat seragam dan berpusatkan guru. Keadaan ini mengehadkan keberkesanan bimbingan, pembetulan dan maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Literatur sedia ada menunjukkan bahawa pedagogi terbeza sering menumpukan penyesuaian kandungan dan hasil pembelajaran, sedangkan elemen proses PdP masih kurang dihuraikan secara konseptual. Selain itu, faktor dalaman guru yang mempengaruhi keupayaan menyesuaikan proses pengajaran turut belum diberi perhatian yang mencukupi. Oleh itu, artikel ini bertujuan membina satu sintesis konseptual yang meletakkan efikasi kendiri guru sebagai teras kepada pelaksanaan pedagogi terbeza berasaskan elemen proses dalam pengajaran Tilawah al-Quran. Pendekatan analisis konseptual dan sintesis teori digunakan terhadap literatur terpilih yang berkaitan dengan pedagogi terbeza, amalan proses PdP serta teori efikasi kendiri berasaskan pemikiran Bandura (1997) dan al-Ghazali (1988). Sintesis konseptual ini menghasilkan satu Model Konseptual Integratif yang meletakkan efikasi kendiri guru sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dalam menjelaskan variasi amalan proses PdP, khususnya dari segi penyesuaian tempo pengajaran, bentuk interaksi dan strategi pembelajaran. Model yang dicadangkan menawarkan peluasan konseptual terhadap kerangka pedagogi terbeza sedia ada dengan memusatkan elemen proses sebagai manifestasi langsung efikasi kendiri guru. Pada peringkat amalan, artikel ini menekankan keperluan pembangunan profesional guru yang memfokuskan pengukuhan efikasi kendiri bagi menyokong pengajaran Tilawah al-Quran yang lebih responsif dan bermakna.
Nurul Hamimi Awang JapilanJahidih Saili
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-312025-12-31229911010.51200/kitab.v2i2.7245KEBERKESANAN PROGRAM MADINATUL ILMU DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN SPM DI TAWAU DAN LAHAD DATU, SABAH
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/KITAB/article/view/7246

Kajian ini menilai keberkesanan Program Madinatul Ilmu dalam meningkatkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di daerah Tawau dan Lahad Datu, Sabah. Pendekatan kajian gabungan digunakan, melibatkan analisis kuantitatif pencapaian SPM Pendidikan Islam tahun 2023 dan 2024 serta tinjauan kualitatif melalui refleksi program dan maklum balas guru. Seramai 430 orang murid dan 43 orang guru Pendidikan Islam dari dua daerah tersebut terlibat sebagai sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi SPM 2024 berbanding 2023. Peratusan calon cemerlang meningkat (contohnya, di peringkat negeri Sabah, calon gred A dalam Pendidikan Islam bertambah dari 17.9% pada 2023 kepada 19.6% pada 2024, sementara kadar gagal menurun daripada 16.4% kepada 13.6%). Dapatan kualitatif pula mendapati guru-guru menyambut baik program ini – mereka melaporkan peningkatan motivasi, pengetahuan dan kemahiran pedagogi hasil penyertaan dalam bengkel program. Perbincangan kajian merumuskan bahawa intervensi berfokus melalui Program Madinatul Ilmu berupaya menyumbang kepada penambahbaikan keputusan akademik, sejajar dengan dapatan kajian lepas dan inisiatif peningkatan kualiti pendidikan oleh Kementerian Pendidikan. Kajian ini mencadangkan agar program diteruskan dan diperluas, disertai penambahbaikan tertentu, bagi memastikan keberlanjutan impak positif terhadap pencapaian Pendidikan Islam SPM.
Mohd Nizam TahirMohd Azmal JalaludinMohd Farhan Hafiz Ag Buntar
Copyright (c) 2025 Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara - Bidang
2025-12-312025-12-312211112410.51200/kitab.v2i2.7246