MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU

MANU is published annually in June and December by the MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. With its inaugural issue printed in 1998, the Journal witnessed the publication of Volume 34 in 2023. MANU invites the submission of articles and book reviews in academic disciplines related to Humanities, such as Modern Languages, Literature, History, Philosophy, Religion, Visual and Performing Arts, Communication Studies, and Cultural Studies. We particularly welcome manuscripts that focus on Malaysia and Southeast Asia issues. Only manuscripts written either in Bahasa Melayu or the English Language will be considered for publication. MANU is indexed by the Malaysian Citation Index (MYCITE). MANU is also aiming to be indexed in SCOPUS in the near future.

ISSN: 1511-1989 / e-ISSN: 2590-4086

Penerbit UMSen-USMANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)2590-4086
All right reserved. No part of this publication can be reproduced without prior written permission of the copyright holder. The written permission of the copyright holder must be obtained before any parts of this publication is stored in a retrieval system of any nature.

Requests for permission to duplicate an article, review or part of this journal should be addressed to the Chief Editor, MANU, Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
THE TRANSFORMATIVE ROLE OF SPORTS DIPLOMACY IN SOUTHEAST ASIA: FROM COLD WAR UNITY TO REGIONAL CONFLICT MITIGATION
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/7325

Abstract This study examines the role of sports diplomacy in fostering unity and resolving conflicts in Southeast Asia, with a focus on the Cold War era and the SEA Games. During the Cold War, the Southeast Asian Peninsular (SEAP) Games enabled nations with differing ideologies to engage constructively, emphasizing shared values. In the post-Cold War era, the SEA Games played a critical role in mitigating conflicts, such as the Indonesia-Malaysia Confrontation and the Thailand-Cambodia Preah Vihear Temple dispute, by promoting dialogue and cultural exchange. While challenges like economic disparities and hyper-nationalism persist, this research highlights the enduring potential of sports as a diplomatic tool for peace and regional cohesion. By analysing historical and contemporary contexts, the study provides insights into innovative approaches for regional integration and conflict resolution, emphasizing the importance of leveraging ASEAN’s cultural and athletic traditions for unity.
RAYMOND MENG HUI TOHASMADY IDRIS
Copyright (c) 2026
2026-01-272026-01-2737111710.51200/manu.v37i1.7325KEPENTINGAN PEMAKANAN SEIMBANG BAGI ASNAF FAKIR MISKIN: SATU KAJIAN DALAM KERANGKA MAQASID SYARIAH.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/6671

Pemakanan seimbang merupakan aspek penting dalam kesejahteraan manusia yang ditekankan dalam Islam. Namun, dalam kalangan asnaf fakir miskin, akses kepada makanan yang berkhasiat sering menjadi cabaran akibat keterbatasan ekonomi dan sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti kepentingan pemakanan seimbang bagi asnaf fakir miskin dalam kerangka Maqasid Syariah iaitu lima prinsip utama yang menjadi asas kepada syariat Islam: hifz al-din (pemeliharaan agama), hifz al-nafs (pemeliharaan jiwa), hifz al-aql (pemeliharaan akal), hifz al-nasl (pemeliharaan keturunan), dan hifz al-mal (pemeliharaan harta). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap sumber Islam seperti al-Quran, hadis, dan prinsip Maqasid Syariah, serta kajian kepustakaan berkaitan pemakanan dan status pemakanan dalam kalangan asnaf fakir miskin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemakanan seimbang bukan hanya berkait dengan aspek kesihatan fizikal, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menjaga akal (hifz al-aql) dan keturunan (hifz al-nasl), kerana pemakanan yang sihat menyumbang kepada perkembangan mental dan kesejahteraan generasi masa depan. Selain itu, pemakanan yang baik juga memastikan pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs), di mana individu yang mendapat pemakanan seimbang lebih berdaya tahan dalam menghadapi tekanan hidup. Dari sudut ekonomi, pemakanan yang sihat juga membantu meningkatkan produktiviti kerja, selaras dengan prinsip pemeliharaan harta (hifz al-mal). Kesimpulannya, pemakanan seimbang perlu diangkat sebagai salah satu hak asasi dalam konteks kebajikan Islam. Institusi zakat, baitulmal, dan NGO Islam perlu memperkasa usaha dalam memastikan keperluan pemakanan seimbang bagi asnaf fakir miskin dipenuhi, selaras dengan objektif utama Maqasid Syariah dalam menjaga kesejahteraan ummah.
SHARIFAH HAMZAH SARIP ADULAHMAD MUNAWAR ISMAIL
Copyright (c) 2026
2026-01-302026-01-30371183010.51200/manu.v37i1.6671FEDERALISME ASIMETRI: SATU PERBANDINGAN TERHADAP SABAH DAN SEPANYOL DARI TAHUN 1963 HINGGA 2023.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/5934

Abstrak Kajian ini akan mengkaji konsep federalisme asimetri dari tahun 1963 hingga 2023, dengan membuat perbandingan di antara Sabah (Malaysia) dengan Sepanyol. Kajian ini akan meneroka konteks perkembangan sejarah dan politik yang mempengaruhi pembentukan federalisme asimetri di kedua-dua entiti. Bahkan kajian ini juga akan meneliti pelaksanaan, menilai kejayaan dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua entiti. Pada masa yang sama, kajian juga memberikan lebih penekanan pada Sabah, dengan tujuan untuk memberikan pandangan tentang bagaimana federalisme asimetri telah mempengaruhi landskap politik dan ekonominya sambil membuat perbandingan dengan pengalaman Sepanyol untuk digunakan sebagai saranan dan pengajaran. Kajian menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua entiti telah mendapat manfaat daripada federalisme asimetri, cabaran terhadap rundingan politik, autonomi, dan pengiktirafan budaya terus mempengaruhi perkembangan federalisme asimetri mereka. Kajian ini diakhiri dengan menawarkan cadangan dasar untuk menambah baik amalan federalisme tidak asimetri, dengan tumpuan khusus pada perkembangan masa depan Sabah politik Sabah.
MOHD ASYRAF HAMDAN
Copyright (c) 2026
2026-01-302026-01-30371317110.51200/manu.v37i1.5934PEMBAHARUAN PERUNDANGAN TANAH OLEH PENTADBIR BRITISH DI PERAK DAN KESANNYA KE ATAS PEMILIKAN TANAH ORANG MELAYU: KAJIAN KES DI KINTA, 1874-1941.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/5732

Abstrak  Artikel ini membincangkan mengenai pembaharuan sistem pemilikan tanah negeri Perak dan kesannya ke atas orang Melayu di Kinta. Sebelum British memperkenalkan perundangan tanahnya, orang Melayu di Perak telah pun memiliki undang-undang tradisionalnya yang tersendiri. Namun, terdapat dalam kalangan pentadbir kolonial yang menolak kewujudan peraturan-peraturan tanah dalam undang-undang tradisional ekoran tidak terdapat sebarang dokumen pendaftaran tanah secara bertulis yang dapat mengesahkan peraturan-peraturan tanah ini benar-benar diamalkan oleh orang Melayu di Perak. Kesimpulan-kesimpulan yang muncul daripada tafsiran pentadbir-pentadbir kolonial ini kemudiannya telah mendorong British untuk memperkenalkan perundangan tanah baharu yang lebih sesuai dengan sistem ekonomi British. Namun, selepas pelaksanaan perundangan tanah British, telah timbul isu kehilangan tanah dalam kalangan orang Melayu. Isu ini sering kali dikaitkan dengan sikap orang Melayu suka berhutang. Hal ini menyebabkan British menguatkuasakan Enakmen Tanah Simpanan Melayu (TSM) 1913. Di Kinta, enakmen ini dikuatkuasakan pada tahun 1915 bagi menyelesaikan isu kehilangan tanah dalam kalangan orang Melayu. Sungguhpun demikian, didapati bahawa isu kehilangan tanah orang Melayu masih berlaku sekali pun selepas penguatkuasaan TSM oleh pentadbir British. Kegagalan ini telah menimbulkan persoalan, apakah isu hutang orang Melayu merupakan punca utama kehilangan tanah orang Melayu di Kinta. Kajian ini mendapati punca utama kepada isu ini bukanlah kerana sikap orang Melayu suka berhutang. Sebaliknya, isu ini berpunca daripada peraturan sewa tanah yang termaktub di bawah perundangan tanah British. Artikel ini telah menggunakan pendekatan sejarah berdasarkan analisis sumber-sumber primer yang terdiri daripada rekod rasmi British seperti The Perak Government Gazette, Federated Malay States Government Gazette, dan Laporan Banci.
NUR AIN MOHAMMAD MOKHTARSITI NOOR HAFIZAH MOHAMED SHARIF
Copyright (c) 2026
2026-01-302026-01-30371728610.51200/manu.v37i1.5732PENGURUSAN PERKAHWINAN PELARIAN MUSLIM FILIPINA DI SABAH: SATU TINJAUAN UMUM
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/6584

Abstrak Pelarian Filipina telah menetap di Sabah selama lebih daripada lima dekad sejak awal tahun 1970an. Namun, kerajaan Malaysia masih tetap dengan pendirian untuk tidak menjadi ahli kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Rentetan itu, mereka tidak mendapat pengiktirafan status secara rasmi di sisi undang-undang yang menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai kesukaran serta keterhadan akses termasuklah akses terhadap pendaftaran dan pengiktirafan perkahwinan. Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji prosedur pengurusan perkahwinan pelarian muslim Filipina yang sedia ada di Sabah beserta isu dan cabaran dalam pengaplikasiannya. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan temu bual separa berstruktur terhadap beberapa informan kajian yang dipilih secara bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa golongan pelarian yang diberikan akses terhadap permohonan kebenaran dan pendaftaran perkahwinan hanyalah mereka yang memegang dokumen jenis IMM13. Sementara, dokumen jenis Sijil Banci dan Resit Pengenalan Sementara tidak diterima untuk berurusan di bahagian Pentadbiran Syariah, JHEAINS kerana dokumen tersebut hanyalah dokumen penentuan status pelarian yang tidak mempunyai sandaran undang-undang. Kekangan ini menyebabkan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pelarian Filipina di Sabah melangsungkan perkahwinan tanpa kawal selia daripada pihak berkuasa. Suatu bentuk garis panduan yang khusus wajar dimuktamadkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan agar perkahwinan golongan pelarian dapat dikawal selia secara lebih teratur dan terpelihara mengikut tuntutan syarak serta perundangan negara.
SITI FATIMAH AZZAHRAA M RASID RIDAMOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN
Copyright (c) 2026
2026-01-302026-01-30371879810.51200/manu.v37i1.6584MALAYSIA’S REGIONALISM WITH HUMANITARIAN IMPERATIVES IN THE PHILIPPINES AND TIMOR LESTE: APPLYING LESSONS FROM REGIONAL HUMANITARIANISM INTO DOMESTIC IMPERATIVES
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/6439

Abstract In the decades leading to Malaysia’s formation the young country had to confront existential threats from domestic and external sources. These threats included diplomatic embargoes and covert incursions from Indonesia and the Philippines, compounded by complex effects from long-standing cross-border migration and economic exchange. Fortunately, these pressures were eased through counter‑insurgency under the Anglo‑Malaysia Defence Agreement and the restoration of diplomatic ties. However, there remains complexly intertwined problems of economic, security, and demographic dilemmas. Rather than adopt restrictive, exclusionary measures, Malaysia pursued a conciliatory statecraft that combines de‑escalation diplomacy, regionalism, humanitarian assistance, and peace mediation to build trust, goodwill, and cooperative ties. This paper examines Malaysia’s use of peace mediation and humanitarian diplomacy, with case studies in the Philippines and Timor‑Leste, and draws thematic conclusions. First, Malaysia has leveraged sophisticated regionalism and humanitarian diplomacy to advance regional peace and shared prosperity. The outcome from such an adept statecraft includes both material gains and accumulation of sovereign intangible assets such as trust, political and reputational mileage. Second, protecting regional interests requires accumulating tangible and intangible assets through coordinated humanitarian and traditional diplomacy, involving state and non‑state actors in a sustained humanitarian‑driven statecraft that can turn crises into mutual benefits. Finally, lessons from regional humanitarianism should inform domestic policy. Particularly urgent, concrete responses to socioeconomic neglect, resource imbalance, and security risks in East Malaysia.
MOHD HASIM UJANGRIZAL ZAMANI IDRIS
Copyright (c) 2026
2026-01-302026-01-303719912010.51200/manu.v37i1.6439STRATEGI PENINGKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEKOLAH AGAMA RAKYAT DALAM MENGEKALKAN IDENTITI KURIKULUM UTAMA KAJIAN DI KEDAH DAN KELANTAN
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/6631

Abstrak Sekolah Agama Rakyat (SAR) terkenal dengan kaedah pembelajaran berpusatkan guru atau juga dikenali sistem ‘talaqqi’ iaitu, bersemuka dengan guru dalam penyampaian dan pengamalan ilmu. Peranan sistem ‘talaqqi’ ini bukan sekadar menjadikan guru sebagai penyampai ilmu, bahkan sebagai pembimbing sahsiah pelajar. Namun begitu, kaedah pembelajaran berpusatkan guru atau ‘talaqqi’ mengalami cabaran apabila dunia pendidikan telah beralih kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). PdP merupakan wahana yang penting dalam pembangunan pendidikan yang berperanan dalam penyaluran, pemahaman dan pengamalan ilmu yang melibatkan guru dan pelajar. Kaedah PdP ini didapati lebih memudahkan dan meningkatkan kualiti pendidikan pelajar. Seiring dengan kemajuan teknologi pendidikan, pihak SAR dilihat bersifat terbuka dan kompeten dalam pembangunan pendidikan mereka dengan membuat modifikasi terhadap PdP. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis PdP yang sesuai bagi SAR di Kedah dan Kelantan bagi meningkatkan mutu pendidikan tanpa mengkompromi identiti kurikulumnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan tematik yang mana ianya melibatkan temu bual dengan enam orang informan daripada dua kumpulan sasaran. Pemilihan informan adalah penting bagi memastikan hasil dapatan memenuhi objektif kajian untuk menjelaskan strategi peningkatan pengajaran dan pembelajaran SAR di Kedah dan Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun SAR menghadapi pelbagai cabaran dalam kaedah PdP, namun SAR di Kedah dan Kelantan telah berusaha dengan mengambil beberapa strategi untuk meningkatkan PdP di sekolah mereka termasuklah pengintegrasian teknologi dalam PdP, penambahbaikan kandungan kurikulum SAR dan peningkatan pedagogi dan pembangunan profesional guru. Justeru, kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan strategi pengajaran serta pembelajaran yang lebih berkesan dan kontekstual selain menambahkan literatur kajian lanjutan berkaitan SAR dalam usaha mengekalkan identiti kurikulum utama mereka.
NORAZILAH BUHARINOR AZLILI HASSANNIK NORAZIRA ABD AZIZMOHD SYUJA SAEDIN
Copyright (c) 2026
2026-02-122026-02-1237112113510.51200/manu.v37i1.6631PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK SEJARAH PRAUNIVERSITI
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/7383

Abstrak Kajian ini meneroka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah di peringkat prauniversiti dengan meneliti strategi pedagogi yang diaplikasikan oleh guru serta faktor yang menyokong keberkesanan pelaksanaannya dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan sepuluh orang pelajar prauniversiti yang mengambil subjek Sejarah bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua. Kajian dijalankan di Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan, Penampang, Sabah. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian bilik darjah dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru Sejarah mengaplikasikan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar melalui penggunaan pelbagai strategi seperti integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), pembentangan berkumpulan, penggunaan peta minda serta penerapan kaedah sejarah lisan dalam pelaksanaan kerja kursus. Selain itu, pengurusan bilik darjah yang terancang serta kecekapan guru dalam merancang dan mengendalikan pengajaran dikenal pasti sebagai faktor sokongan utama yang mempengaruhi kelancaran dan keberkesanan proses pembelajaran. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian strategi pedagogi yang disokong oleh pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat meningkatkan minat dan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran Sejarah di peringkat prauniversiti.
JAITUN BANGGUDG. NORIZAH AG. KIFLEE@DZULKIFLI
Copyright (c) 2026
2026-02-182026-02-1837113614510.51200/manu.v37i1.7383