Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB) https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob
Jurnal Komunikasi Borneo diterbitkan sekali setahun oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah. Artikel-artikel yang dimuatkan dalam jurnal ini merupakan diskusi yang berkaitan dengan falsafah, teori dan interpretasi dalam bidang komunikasi serta bidang-bidang lain yang relevan pada masa kini. Jurnal ini bertujuan sebagai wadah utama dalam perkongsian hasil penyelidikan dalam bidang komunikasi dan bidang-bidang yang lain di antara penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan penyelidik dari universiti luar serta mana-mana institusi penyelidikan. Selain itu, jurnal ini boleh dijadikan sebagai alternatif rujukan terbaik kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dan pengkaji dari dalam dan luar negara untuk membuat rujukan yang berkaitan dalam pelbagai bidang khususnya komunikasi.
en-US norhudasalleh@ums.edu.my (Norhuda Salleh) mohd.azri@ums.edu.my (Mohd Azri bin Ahmad) Wed, 28 Jun 2023 10:07:28 +0800 OJS 3.3.0.8 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 SOCIAL MEDIA STRATEGY ADOPTION FOR BOOK MARKETING PERFORMANCE IN NIGERIA: A CONCEPTUAL FRAMEWORK https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4398
To ensure business growth, book publishing enterprises must explore and exploit available marketing opportunities. Towards this end, the adoption of digital marketing has become a common feature in book publishing houses across the globe. In the developing country of Nigeria, previous studies have established the adoption of digital marketing innovations, especially social media. However, at present, not enough is known about strategic social media adoption by SME book publishers in developing African countries, and the need is imperative because social media provide cost-effective and strategic channels for book promotion and marketing. Using the Diffusion of Innovation (DOI) and Technology, Organization and Environmental (TOE) Framework, this study develops a framework for investigating social media strategy adoption for enhancing the marketing performance of SME book publishers in Nigeria’s digital economy.
Abdulrasheed Adebola Afolabi, Izzal Asnira Zolkepli Copyright (c) 2023 Universiti Malaysia Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4398 Wed, 28 Jun 2023 00:00:00 +0800 THE 12TH SARAWAK STATE ELECTION: A STYLISTIC ANALYSIS OF BANNERS & POSTERS OF THE RULING AND OPPOSITION PARTIES https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4487
This study analysed selected election banners and posters in Kuching and Kota Samarahan areas during the 2021 Sarawak State Election. Crystal and Davy’s framework was used to analyse the graphetic, typographical, and textual features of the election poster and banners. A total of 20 posters and 12 banners were photographed, studied, and analysed. The results show that at the graphetic level, the ruling party used new colour and logo as a new identity. Whereas the opposition parties use many colours which confused the electorate. The ruling and opposition parties similarly utilize photos of the candidates and the logo of the party. Typographically, the opposition parties use more capital letters in their messages. The syntactic features of the ruling party are clear, precise, factual, and mostly in declarative moods. The stylistic analysis shows there are similarities in the strategies used in the election banners by the ruling and opposition parties. Nevertheless, they share differences in the strategies for election banners.
Siti Haslina Hussin, Jamilah Maliki, Malia Taibi Copyright (c) 2023 Universiti Malaysia Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4487 Wed, 28 Jun 2023 00:00:00 +0800 KAWASAN RUANG TERBUKA DAN PENGARUHNYA TERHADAP INTERAKSI KOMUNIKASI PENGHUNI FLAT SUNGAI PLAN, BINTULU https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4592
Kesejahteraan komunikasi ruang terbuka dalam jiran merujuk kepada kualiti dan keberkesanan komunikasi yang berlaku di ruang awam yang dikongsi dalam sesebuah kawasan kejiranan. Sebilangan golongan penduduk kurang mengambil berat berkenaan kesejahteraan komunikasi diantara penduduk apabila di kawasan terbuka. Objektif kajian adalah untuk melihat hubungan komunikasi di kawasan terbuka yang menjadi tumpuan berinteraksi sesama penghuni flat Sungai Plan, Bintulu. Kajian dijalankan secara tinjauan melibatkan 155 responden yang merupakan penduduk dalam kalangan B40. Dapatan kajian mendapati aktiviti riadah mempunyai hubungan yang signifikan dengan interaksi di ruang awam di komuniti kejiranan dalam mewujudkan kesejahteraan komunikasi. Perhubungan yang positif ini menunjukkan bahawa dalam populasi kajian ini, secara relatif ruang terbuka dan aktiviti yang dilakukan di kawasan terbuka di sekitar flat kejiranan mempunyai hubungan yang lebih tinggi. Keakraban di antara kejiranan mempengaruhi komunikasi komuniti setempat dengan kejiranan mereka. Hal ini kerana, keakraban yang wujud adalah melalui hubungan yang terhubung daripada komunikasi penduduk yang seterusnya menghasilkan kesejahteraan komunikasi dalam komuniti. Kaedah kajian ini tidak dapat digeneralisasikan di kawasan perumahan rumah teres mahupun banglo kerana lebih spesifik kepada flat. Oleh itu, pengkaji di masa hadapan dicadangkan untuk mengkaji kesejahteraan komunikasi di flat-flat kos rendah khususnya di Malaysia. Kesimpulannya, penduduk di kawasan padat seperti flat mampu mewujudkan suasana hubungan yang baik dan berkenalan dengan lebih akrab antara satu sama lain di dalam komuniti flat itu sendiri.
Syufiza Iskandar, Jamilah Maliki, Dayang Aizza Maisha Abang Ahmad Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4592 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 THE INFLUENCE OF CULTURAL INTELLIGENCE ON PERCEIVED EMPLOYABILITY AMONG UNDERGRADUATES IN MALAYSIA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4593
Cultural Intelligence (CQ) refers to the ability to adapt to a different environment by embracing diversity. In Malaysia, the government always strives to cultivate a better CQ, such as the introduction of a course on Ethnic Relations in universities. Research has shown, however, that Malaysian graduates are still lack this capability, which in turn contributes to high unemployment among Malaysian graduates. This study sought to extend the cultural intelligence literature by investigating the level of cultural intelligence among undergraduates, examine the difference of CQ between undergraduates who have and have not taken the Ethnic Relations course and measure the influence of CQ dimensions and perceived employability. Questionnaire collected from 286 undergraduates in Malaysia were analyzed using Independent Sample T-test and variance-based structural equation modeling (PLS-SEM). Results shown that more than half of the respondents have a CQ at intermediate level and that there is no significant difference in the CQ level between students who have and have not taken an Ethnic Relations subject. The results also indicated that all dimensions of CQ contribute significantly to perceived employability, with the behavioral CQ being the best predictor.
S Maartandan Suppiah, Noew Hooi San, Kok Shiong Pong, Lim Chai Lee Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4593 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN NELAYAN ASING: PERSPEKTIF EKONOMI DALAM ANALISIS TEORI PILIHAN RASIONAL https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4594
Perikanan haram, tidak mematuhi peraturan dan tidak dilaporkan ataupun diketahui sebagai Illegal, Unreported, And Unregulated (IUU) Perikanan telah menyebabkan kerugian sumber laut dunia berjumlah 11 ke 26 juta tan setahun, bersamaan dengan nilai 10 sehingga 23 billion United State Dollar (USD). Pelaku perikanan IUU menyasarkan negara yang mempunyai penguatkuasaan maritim yang lemah untuk mengeksploitasi hasil laut dan membuat pemindahan hasil perikanan ke pelabuhan asing. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan faktor-faktor berlakunya aktiviti perikanan perikanan dengan mengaplikasikan Teori Pilihan Rasional oleh James Coleman (1986) mengkhusus kepada perspektif ekonomi. Pelaku kepada perikanan IUU dalam artikel ini adalah merujuk kepada nelayan asing yang mempunyai kepentingan untuk menyertai ekonomi pasaran bebas bertujuan memenuhi tawaran dan permintaan dalam industri perikanan. Untuk menghasilkan makalah ini, penyelidik membuat kajian literatur data sekunder, dimana data dianalisis, dikod mengikut tema, dan seterusnya disintesis untuk menghasilkan tinjauan literatur yang komprehensif. Hasil analisis data mendapati, bersesuaian dengan teori pilihan rasional, faktor utama berlaku perikanan IUU adalah disebabkan oleh manfaat ekonomi hasil daripada aktiviti perikanan yang dijalankan. Subsidi wang dan minyak yang diberikan oleh kerajaan juga mendorong nelayan asing melakukan perikanan IUU diperairan negara serantau secara haram. Tambahan pula, perikanan IUU berlaku kerana nelayan berusaha meminimakan kos perlesenan dan dokumentasi. Hal ini kerana, kelulusan perlesenan memerlukan nelayan mematuhi piawaian seperti berbelanja peralatan keselamatan, radar dan jaket keselamatan yang memerlukan kos yang tinggi. Ketiadaan lesen ini memberi manfaat secara langsung kepada mereka untuk mengelak daripada membayar cukai hasil daripada penangkapan ikan. Rentetan itu juga, kegiatan perikanan IUU adalah satu cara menutup sindiket jenayah maritim seperti penyeludupan manusia dan dadah, ini merupakan mekanisma mereka mengukuhkan perniagaan disamping menjalankan aktiviti perikanan semata-semata.
Astri M Fadzli, Dayang Suria Hj Mulia, Syahruddin Awang Ahmad Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4594 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 ANALISIS HUBUNGAN SPATIAL JENAYAH KECURIAN KENDERAAN DAN FAKTOR PENDORONG: SATU KAJIAN LITERATUR https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4595
Dalam konteks negara Malaysia, jenayah harta benda adalah penyumbang kepada utama kepada indeks jenayah negara. Oleh itu, kertas kerja ini ingin mengkaji penggunaan Geography Information System (GIS) secara literatur berdasarkan kajian-kajian lepas dalam mengenalpastikan hubungan spatial antara kes kecurian kenderaan dengan faktor pendorongnya. Aplikasi GIS merupakan sebuah aplikasi yang mampu untuk digunakan dalam mengenalpasti kawasan berisiko tinggi berlakunya kes kecurian kenderaan serta mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti faktor yang signifikan dalam mendorong berlakunya kes kecurian kenderaan. Peta-peta kawasan tumpuan atau hotspot yang dihasilkan boleh menjadi penilaian yang cepat kepada para pembuat keputusan misalnya pihak polis untuk membuat langkah-langkah penjagaan yang sesuai bagi mengatasi kes kecurian kenderaan yang berlaku. Akhir sekali, diharapkan kertas kerja ini dapat menyumbang kepada penerokaan penggunaan GIS dalam bidang geografi terutamanya penggunaan GIS dalam ilmu disiplin geografi jenayah. Kajian literatur ini turut membincangkan penggunaan GIS dalam menganalisis hubungan spatial kes kecurian dengan faktor pendorongnya berdasarkan kajian-kajian lepas di dalam Malaysia mahupun di luar negara.
Teddismond Anak Nyanggai, Oliver Valentine Eboy Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4595 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 PEMODELAN LOKASI STRATEGIK PERNIAGAAN RESTORAN FRANCAIS MENGGUNAKAN APLIKASI GIS: SATU KAJIAN LITERATUR https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4596
Sistem Maklumat Geografi (GIS) ialah satu teknologi berasaskan komputer terkini yang membantu dalam pemprosesan data geografi untuk mencipta maklumat digital dan pemetaan, serta analisis item yang terdapat di permukaan bumi dan berkesan dalam mengkaji hubungan spatial dan data atribut yang tersedia. Aplikasi GIS ini mampu digunakan dalam pemilihan tapak atau lokasi strategik dengan mengambilkira beberapa parameter atau faktor yang dipertimbangkan untuk memilih premis perniagaan yang sesuai dan ideal. Hasil daripada analisis menggunakan aplikasi GIS ini akan menghasilkan peta yang dijadikan sebagai rujukan kepada pembuat keputusan seperti francaisor atau peniaga- peniaga dalam membuat keputusan perletakan premis perniagaan mereka bagi meningkatkan keuntungan perniagaan dan kualiti perniagaan. Perancang strategik dan pembuat keputusan memerlukan perisian yang boleh digunakan serta mudah bagi menyokong pembuatan keputusan lokasi spatial mereka. Oleh itu, aplikasi GIS ini diintegrasikan dalam pembuatan keputusan pemilihan lokasi perniagaan yang strategik. Mereka memerlukan aplikasi yang boleh menawarkan gambaran visual lokasi semasa dan cadangan sambil mengambil kira faktor seperti demografi, lokasi runcit, pasaran serantau dan faktor lain dengan menggunakan model regresi untuk mencari lokasi ideal yang berpotensi. Oleh itu, kajian literatur ini ingin dijalankan bagi mengkaji model analisis dalam aplikasi GIS dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi strategik perniagaan melalui kajian-kajian lepas yang sesuai digunakan.
Juniattie Sutim, Oliver Valentine Eboy Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4596 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 PEMBANGUNAN KEJIRANAN MAMPAN DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4597
Pembangunan mampan merupakan agenda utama bagi kebanyakan negara dunia termasuklah Malaysia dalam mengekalkan kemampanan alam sekitar, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Konsep pembangunan mampan penting untuk diterapkan di kawasan perumahan bagi mewujudkan sesebuah kejiranan yang terancang dan sejahtera didiami. Dalam usaha kearah pembangunan kejiranan mampan isu dan cabaran mewujudkan kejiranan mampan mampan wajar dikenalpasti dan difahami. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Isu dan cabaran pembangunan kejiranan mampan yang dibincangkan dalam kajian ini bersandarkan kepada data sekunder yang diperolehi dari pelbagai sumber termasuklah jurnal, buku, bahan bercetak kerajaan dan artikel dari surat khabar. Sumber elektronik pula menerusi platform penyelidikan seperti Scopus, Science Direct, Google Scholar, Academia dan sumber lain yang berkaitan digunakan untuk mencari maklumat berkaitan dengan isu dan cabaran pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Hasil kajian mendapati pembangunan kejiranan mampan di Malaysia berdepan dengan pelbagai isu kejiranan mampan dari segi aspek sosial, persekitaran fizikal dan ekonomi manakala dari segi cabaran pula adalah dari segi aspek profesional, ekonomi dan masyarakat. Sehubungan itu, bagi mewujudkan kejiranan yang mampan, selain kerajaan, pihak seperti pemaju dan komuniti kejiranan juga perlu memahami isu dan cabaran sedia ada supaya dapat memberi sokongan dalam mencapai pembangunan kejiranan mampan di Malaysia.
Catherine Anak Liom, Ubong Imang Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4597 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 PENILAIAN TERHADAP KUALITI AIR TUAIAN HUJAN DI CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4598
Pembukaan Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan sejak tahun 1888 telah menyebabkan kawasan ini terus menjadi tumpuan pelancong. Pembukaan kawasan industri, pelancongan, penempatan, pembandaran serta kawasan pertanian yang meningkat dengan mendadak jelas memberikan tekanan terhadap landskap fizikal dan mendatangkan pelbagai impak khususnya kepada alam sekitar, tidak terkecuali di kawasan seperti Cameron Highlands ysng merupakan kawasan pertanian. Pelbagai perubahan telah berlaku yang memberikan kesan negatif terhadap kandungan air hujan yang turun sehingga boleh mendatangkan impak yang buruk terhadap kesihatan penduduk yang masih menggunakan air hujan ini dalam kehidupan seharian. Air tuaian hujan dapat ditafsirkan sebagai air hujan yang dikumpul dan ditadah dalam sesuatu bekas untuk kegunaan luaran seperti membasuh dan penyiraman tanaman malah untuk kegunaan dalaman seperti air minuman. Justeru itu, kajian ini akan meneliti dan menilai tahap kualiti air tuaian hujan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Penilaian parameter kualiti air iaitu pH dan Pepejal Terampai (SS) turut dijalankan terhadap sampel air tuaian yang diambil di sekitar kawasan kajian. Pengambilan sampel dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu kawasan bandar, penempatan, dan pertanian. Hasil kajian menunjukkan, kandungan SS yang diperolehi adalah lebih tinggi di kawasan penempatan iaitu sebanyak 16mg/L dengan nilai pH 6. Tambahan lagi, sampel air juga diambil mengikut sela masa 3 minit. Hasilnya, kandungan SS adalah lebih tinggi pada minit ke-9 iaitu sebanyak 21mg/L dengan nilai pH 5. Manakala, sebanyak 70 set borang kaji selidik telah digunakan bagi mendapatkan persepsi dan pandangan penduduk terhadap kualiti air tuaian hujan di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian penduduk turut berpendapat bahawa peningkatan pembangunan yang dijalankan nyata memberikan kesan yang tidak baik terhadap kualiti air tuaian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kandungan SS dan pH bagi sampel air hujan kawasan kajian adalah berada dalam lingkungan yang sesuai dan berdasarkan standart yang disyorkan. Justeru itu, PBT perlulah menjalankan pemantauan secara kerap terhadap tahap kualiti sumber air di kawasan kajian supaya tahap kesihatan masyarakat tidak terjelas berikutan masih terdapat segelintir masyarakat yang masih menggunakan air hujan. Tambahan lagi, aspek perancangan pembangunan di Cameron Highlands juga harus dipantau supaya alam sekitar juga dapat dipelihara.
Roslaini Abdul Jalil, Nordin Sakke, Adi Jafar, Norcikeyonn Samuni Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4598 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 SPESIES TUMBUHAN DALAM MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BUGIS DI PULAU SEBATIK, MALAYSIA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4600
Kebergantungan manusia terhadap tumbuhan dapat dikenalpasti melalui penggunaan tumbuhan dalam kehidupan. Kertas kerja ini membincangkan nilai tumbuhan yang digunakan dalam makanan tradisi masyarakat Bugis di Pualu Sebatik, Malaysia, semasa menyambut perayaan Hari Raya Aidilfiitri. Kawasan kajian tertumpu di Wallace Bay, iaitu kawasan tumpuan masyarakat Bugis yang masih giat membuat makanan tradisi semasa perayaan. Pengumpulan data dilakukan melaui kaedah pemerhatian ikut serta di lapangan dan temubual. Maklumat yang dikumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat 15 spesies tumbuhan daripada 12 famili digunakan dalam makanan tradisi sebagai bahan utama, pembungkus makanan dan penambah perisa. Manakala analisis bentuk hidup dan kegunaan tumbuhan menunjukkan masyarakat Bugis sangat bergantung kepada spesies tumbuhan daripada famili Zingiberaceae dalam masakan tradisi. Kajian ini penting bagi mengenal pasti nilai spesies tumbuhan dalam kehidupan masyarakat Bugis dan memahami kaedah pengurusan spesies tumbuhan tersebut bagi tersebut bagi kelangsungna makanan tradisi.
Rosdiana Yandre, Jury Foo @ Jurry Bt. F. Michael Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4600 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 STUDIES OF URBAN LAND PRICES ON SCALE RESEARCH: A LITERATURE REVIEW https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4601
With more people paying attention to the development of the urban land market, the urban land price has become one of the main research subjects in recent years. Land price is always studied within a certain scale. In order to understand the research status of land prices based on the concept of scale, this paper analyzes the research situation in this direction through literature analysis. In addition to a lot of research on land price evaluation methods, the analysis of land price focuses on the time-space analysis of land price. After summarizing the literature, it is found that there are few comparative analyses and micro-scale analyses of land price, and the land price research mainly focuses on the analysis of distribution law and its influencing factors in a single macro-scale or middle-size scale. Therefore, we discuss the causes of this phenomenon and put forward some suggestions for follow-up solutions. In the future, the research on urban land price should be combined with the national conditions, combining theoretical construction with typical case studies, innovating research methods, and promoting the in-depth development of the research and practical application of urban land price under multi-scales.
Ma Hong Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4601 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 ASEAN’S ROLE IN THE MYANMAR COUP 2021 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4602
ASEAN as a regional organization has basic principles that underlie all activities carried out by member countries. This basic principle was recorded in the 1976 TAC (Treaty of Amity and Cooperation in South-East Asia). However, in February 2021, Myanmar's ASEAN member states faced a crisis as a result of Myanmar's military coup. ASEAN has a basic principle that keeps member states from intervening. The Myanmar crisis can affect other member states and cooperation in the ASEAN region. The aim is to find out how ASEAN's cooperation in dealing with the Myanmar crisis is based on the ASEAN principle. The study concluded that ASEAN's principles in contrast with the issues that have occurred have made it difficult for ASEAN to approach foreign policy making to deal with the issue of the Myanmar military coup. Furthermore, this analysis also concludes that ASEAN actively addresses regional problems through smooth ASEAN Way diplomacy, adhering to ASEAN Charter principles. The military coup in Myanmar violates international law, and ASEAN's actions promote non-corruption and non-violence. However, ASEAN's non-corruption principle faces challenges in Myanmar's implementation.
Andi Dwi Cahya Karuniawan, Hendra Maujana Saragih, Irma Indrayani Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4602 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 THE DILEMMA AND RECONSTRUCTION OF ASEAN’S CEBTRALITY: A NEOCLASSICAL REALIST PERSPECTIVE https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4603
Neoclassical realism (NCR) posits that the influence of international organizations on international politics is not merely an epiphenomenon arising from the political competition and cooperation of great powers, but rather uniquely autonomous conditioned feedback. The interaction of international organizations with domestic variables among these states within regions yields independent outcomes, and self-determining international political results are a distinguishing characteristic of NCR's research approach. Consequently, if a state's foreign policy preferences significantly impact international outcomes, international organizations may wield greater importance within the region than major powers. This article initiates by examining the historical roots of ASEAN's concept of "centrality" and subsequently explores its internal mechanisms for cooperation. Drawing upon the NCR theoretical framework and incorporating Strategic Culture as an intervening variable, this article aims to provide a comprehensive analysis of the Dilemma that ASEAN Centrality encounters at three distinct levels of growth in the present stage: Systemic, Domestic, and Unit-level. Moreover, drawing on the aforementioned analysis, the article puts forth efficacious approaches for revitalising ASEAN Centrality, with the objective of maintaining its significance in the face of intense power dynamics and rationalising the feasibility of the Hedging strategy.
Wang Yunqi Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4603 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 KONSEPTUAL KUALITI KERJA EKONOMI GIG DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA SEMASA PANDEMIK COVID-19: SATU ANALISIS SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4604
Kualiti pekerjaan ekonomi gig dapat dikonsepkan sebagai suatu kondisi pekerjaan yang tidak teguh iaitu kurang jaminan dari aspek upah, keselamatan dan kesihatan menyebabkan pekerja berdepan dengan kemerosotan kualiti pekerjaan. Namun begitu, konsep yang mengambil kira senario pandemik masih kurang dibincangkan dalam kajian kontemporari. Hal ini disebabkan bentuk kualiti pekerjaan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Oleh itu, analisis sorotan sistematik ini dilaksanakan bagi meneroka konsep dan faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan ekonomi gig dengan kira pandemik COVID-19, menggunakan kaedah PRISMA. Kaedah ini adalah suatu analisis menerusi proses inclusion, exclusion, dan eligibility berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hasil analisis yang dilaksanakan, terdapat tujuh tema yang dibincangkan mengenai konseptual kualiti pekerjaan ekonomi gig semasa pandemik iaitu (1) ketidaktentuan pendapatan; (2) persekitaran pekerjaan tidak selamat; (3) tiada jaminan pekerjaan; (4) autonomi dan fleksibiliti terbatas; (5) tiada penghormatan pekerjaan; (6) tiada manfaat perlindungan sosial; dan (7) kandungan pekerjaan tidak menentu. Manakala terdapat lima tema ditemukan bagi faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan tersebut iaitu (1) kondisi ketidakteguhan pekerjaan; (2) sistem teknologi algoritma; (3) pasaran buruh; (4) peranan badan/institusi/kerajaan; dan (5) peranan pelanggan. Dapatan analisis ini diharap dapat dijadikan sumbangan bermakna dalam konteks kajian kualiti pekerjaan dan ekonomi gig.
Nurul Hafiza Labin, Dzurizah Ibrahim Copyright (c) 2023 Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB) https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4604 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 PENGLIBATAN PROGRAM UPSKILLING DAN KEBIMBANGAN KERJAYA TERHADAP KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4605
Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah memberi kesan yang tragis buat seluruh masyarakat global termasuklah masyarakat di Malaysia. Penularan wabak COVID-19 ini juga telah melumpuhkan sektor-sektor utama seperti sektor pendidikan, ekonomi dan perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, penawaran pekerjaan menjadi terhad ekoran daripada persaingan dalam mendapatkan pekerjaan akibat daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 ini. Terdapat segelintir pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kerana mereka terlalu memikirkan persaingan yang sengit untuk medapatkan pekerjaan apabila mereka tamat pengajian kelak. Jumlah pengangguran yang meningkat dan tawaran pekerjaan yang terhad juga menyebabkan kerisauan dan kebimbangan pelajar tahun akhir IPT semakin meningkat. Untuk mendepani cabaran ini, Pelajar tahun akhir hendaklah lebih bersedia dengan melibatkan diri dalam program upskilling. Dengan menyertai program tersebut, pelajar dapat meningkatkan beberapa kemahiran mereka seperti kemahiran berkomunikasi, berfikiran kritis, kreativiti dan kemahiran dalam kumpulan. Makalah ini membincangkan tentang pengaruh penglibatan program upskilling dan kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen bagi kajian ini mengandungi 41 jumlah item. Seramai 345 orang responden dalam kalangan pelajar tahun akhir IPT di Sabah terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis mendapati penglibatan pelajar dalam program upskilling membantu pelajar untuk lebih bersedia dalam pencarian pekerjaan yang selesa dan lebih baik. Disamping itu, kajian ini juga mendapati semakin tinggi kebimbangan kerjaya masa hadapan pelajar, maka semakin tinggi kesediaan mereka untuk bekerja. Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir dengan melibatkan diri dalam program upskilling agar lebih bersedia dalam pencarian pekerjaan kelak.
Mohd Faqhrullah Khamis, Getrude Cosmas Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4605 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK MENGENAI FAKTOR PENGELUARAN SIMPANAN PERSARAAN SEMASA PANDEMIK COVID 19 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4606
Kajian ini membincangkan tentang faktor pengeluaran simpanan persaraan semasa pandemik COVID 19 melalui tinjauan literatur sistematik. Kebolehpasaran kerja telah terjejas secara mendadak akibat daripada SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik yang dinamakan COVID 19 yang melanda seluruh dunia pada penghujung tahun 2019 sehingga menyebabkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan daripada awal tahun 2020 bagi mencegah penyakit yang membawa maut tersebut. Golongan pekerja paling terjejas kerana ada yang telah dibuang kerja mahupun mengalami pengurangan mendadak dari segi pendapatan sehingga menyebabkan kerajaan dan penggubal polisi setiap negara di dunia untuk menawarkan bantuan kewangan bagi membantu mereka yang terjejas. Keselamatan sosial yang baik sebenarnya penting sebagai jaminan kepada pekerja untuk mendapatkan faedah apabila berlakunya perkara yang tidak terduga seperti pandemik COVID 19. Maka, ada negara yang membenarkan pengeluaran awal wang simpanan persaraan semasa pandemik dengan tujuan membantu golongan yang terjejas. Namun demikian, keputusan tersebut sebenarnya cuma penyelesaian jangka masa pendek yang membawa kepada risiko jangka masa panjang. Analisis tematik digunakan untuk mengnalpasti dan menerangkan hasil kajian berkaitan dengan faktor pengeluaran wang simpanan persaraan menggunakan sorotan kajian lepas terbitan tahun 2020 sehingga 2023. Justeru, kajian mengenai faktor pengeluaran awal wang simpanan persaraan semasa pandemik adalah penting bagi membolehkan kajian masa depan melihat secara holistik faktor yang mendesak kepada pengeluaran wang simpanan persaraan semasa pandemik COVID 19.
Claudia Jiton, Dzurizah Ibrahim Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4606 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 STRATEGI SEMASA BERHADAPAN SITUASI PANDEMIK COVID-19 DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI KOTA KINABALU, SABAH https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4607
Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kelangsungan operasi sesebuah organisasi di mana sesetengah organisasi terpaksa menghentikan operasi harian dan mengalami kerugian sehingga terpaksa melakukan pengurangan tenaga kerja. Prestasi organisasi juga turut terjejas akibat pandemik COVID-19. Antara sektor perkhidmatan non-esesstial yang terjejas khususnya adalah industri perhotelan di Malaysia. Di samping itu, organisasi tersebut terpaksa menutup atau menghentikan sementara operasi organisasi ketika di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Berdasarkan senario semasa, di mana kertas kajian ini membincangkan dimensi dalam prestasi organisasi dari perpekstif prestasi bukan kewangan dalam organisasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu-bual dua orang Pengurus Sumber Manusia dalam sektor perhotelan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil dapatan kajian mendapati pihak pengurusan sumber manusia di organisasi hotel tersebut mengunakan pakai ketiga-tiga dimensi prestasi organisasi sebagai indikator kearah perubahan kestabilan selepas mengalami kejatuhan prestasi organisasi ketika (PKP) akibat pandemik COVID-19. Antara langkah-langkah yang diambil oleh organisasi adalah dengan melaksanakan dimensi dalam prestasi organisasi. Dimensi prestasi organisasi dari perpekstif prestasi bukan kewangan yang terdiri daripada tiga (3) dimensi iaitu: kepimpinan, komunikasi dan produktiviti organisasi. Penelitian awal ini memerlukan sokongan teoritikal, bagi melihat sejauh mana hala tuju organisasi dalam mengamalkan pendekatan dimensi prestasi organisasi dalam sesebuah organisasi semasa berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19.
Muhammad Aiman Danial Abu Bakar, Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4607 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP KESELAMATAN MANUSIA: GOLONGAN TANPA DOKUMEN DI MALAYSIA https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4608
Wabak penyakit berjangkit COVID-19 bukanlah merupakan satu isu yang asing lagi bagi masyarakat dunia sejak ia diisytiharkan sebagai satu pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2020. Penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus yang dikenali sebagai Koronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 atau lebih dikenali sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-COV-2) sememangnya telah memberi impak yang besar kepada warga dunia sehingga mengubah norma-norma hidup yang biasa dijalani sebelum ini. Meskipun begitu, golongan tanpa dokumen mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkesan dengan isu pandemik ini kerana status mereka sebagai individu yang tidak mempunyai dokumen atau memegang dokumen yang tidak sah di sisi undang-undang di negara yang mereka menetap. Hal ini mengakibatkan golongan tanpa dokumen ini, khususnya di Malaysia, tidak mempunyai peluang dan sumber yang mencukupi untuk melindungi keselamatan insan mereka. Justeru, objektif kertas ini adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh golongan tanpa dokumen semasa musim pandemik COVID-19 di Malaysia selain menganalisis impak pandemik COVID-19 ini terhadap keselamatan insan golongan tanpa dokumen di negara ini. Data yang diperolehi adalah berdasarkan sumber sekunder iaitu seperti artikel dalam jurnal, bab dalam buku, laporan rasmi kerajaan serta keratan surat khabar. Hasil kajian menunjukkan bahawa golongan tanpa dokumen ini lebih rentan kerana status mereka sebagai individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah menyebabkan ancaman terhadap keselamatan insan mereka pada waktu pandemik adalah lebih berat berbanding mereka yang berstatus warganegara atau mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Scholastica Esther Sibin Guntilie Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4608 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 KEPENTINGAN PENGURUSAN KOLAM PANCING BAGI TUJUAN AKTIVITI MEMANCING IKAN TERHADAP MASYARAKAT TEMPATAN: SATU KAJIAN LITERATUR https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4634
Pada masa ini, aktiviti memancing ikan telah menjadi satu aktiviti yang dikomersilkan dalam bentuk memancing di kolam pancing. Terdapat beberapa isu timbul sehingga berlaku kewujudan kolam pancing antaranya adalah pencemaran air laut dan air sungai, isu keselamatan, keperluan modal yang tinggi untuk melakukan aktiviti memancing ikan di laut, kekangan dalam mengakses ikan di laut yang memerlukan permit dan kebenaran seiring dengan peningkatan bilangan pemancing dan kini, harga ikan di pasaran yang bertambah mahal. Oleh itu, kertas kerja ini membincang tentang kepentingan aktiviti memancing ikan di kolam pancing dalam kalangan masyarakat tempatan agar dapat membuktikan potensi aktiviti memancing di kolam pancing terhadap penghidupan masyarakat tempatan. Maklumat dalam kertas kerja ini adalah dikumpul melalui rujukan kajian-kajian lepas yang akan digunakan untuk memahami fenomena dan isu perkembangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kolam pancing mampu memberi ruang kepada para pemancing untuk melakukan hobi mereka serta mereka juga mendapatkan sumber makanan yang berterusan. Pada masa yang sama, keadaan sedemikian turut memberi keuntungan kepada pengusaha kolam pancing sehingga mampu memperoleh pendapatan sampingan. Aktiviti memancing ikan juga memberi faedah dalam aktiviti pelancongan. Melalui aktiviti memancing ikan maka, ia mampu menarik pelancong ataupun orang luar untuk datang ke kolam pancing tersebut, Jadi, pengurusan ekosistem di kolam pancing sewajarnya perlu diberikan perhatian oleh semua orang kerana ia mampu memberi faedah dalam kehidupan manusia. Dengan keadaan tersebut maka, berlaku keseimbangan ekosistem yang sentiasa berterusan.
Favlyne Marvina Anak Stanley, Jurry Foo @ Jurry Bt. F. Michael Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4634 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 PENILAIAN KERENTANAN ZON PINGGIR PANTAI TERHADAP PERUBAHAN IKLIM MENGGUNAKAN GIS DAN PENDERIAAN JAUH: SATU KAJIAN LITERATUR https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4635
Sejak kebelakangan ini, perubahan iklim telah mendapat perhatian di seluruh dunia. Perubahan iklim bukan sahaja memberi impak negatif terhadap alam sekitar tetapi juga kepada aspek sosial dan ekonomi masyarakat, terutamanya kepada negara yang ingin mencapai pembangunan yang mampan. Kawasan pantai diklasifikasikan sebagai salah satu kawasan yang terdedah terutamanya kepada risiko semasa dan unjuran yang berkaitan dengan perubahan iklim. Oleh itu, berdasarkan kajian-kajian lepas, kertas kerja ini meneliti aplikasi GIS dan Penderiaan Jauh dalam menilai kesan perubahan iklim dan menggambarkan kawasan yang terdedah di zon pinggir pantai. Dalam hal ini, indikator khusus diperlukan untuk mengesan kawasan terdedah kepada impak perubahan iklim seperti Peningkatan Paras Laut, Purata Julat Pasang Surut, Ketinggian Ombak, Suhu, Halaju Angin, Ketinggian Zon Pantai, Cerun pantai, Perubahan Garis Pantai, Geomorfologi dan Jenis Guna Tanah dan Litupan Tanah. Sistem Maklumat Geografi atau dikenali sebagai Geographic Information System (GIS) merupakan sistem yang mampu menangkap, menyimpan, memeriksa, mengintegrasi, memanipulasi, menganalisis dan memaparkan data yang berkait dengan spatial atau ruang yang merujuk kepada bumi. Aplikasi GIS merupakan sebuah aplikasi yang mampu untuk digunakan dalam penilaian kawasan berisiko dan penilaian kesan bencana alam seperti perubahan iklim. Peta-peta risiko dan kerentanan yang dihasilkan boleh menjadi suatu penilaian yang cepat membantu para pembuat keputusan terhadap kesan potensi bencana alam agar segera memulakan langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasi kesan bencana alam yang sedang berlangsung, juga membantu setelah berlangsungnya proses bencana alam bagi menganggarkan jumlah kerugian dan kehilangan yang tidak dapat dielakkan. Akhir sekali, kertas kerja ini mencadangkan langkah-langkah mitigasi bagi mengatasi kesan perubahan iklim di kawasan pinggir pantai.
Leslie Anak Gerut, Oliver Valentine Eboy Copyright (c) 2023 Universiti Malaysia Sabah https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4635 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800 PERANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN PENGLIBATAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA DALAM PERNIAGAAN DIGITAL https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4717
Kertas kerja ini memperkatakan tentang penguasaan kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai salah satu aspek penting dalam membantu golongan orang kurang upaya (OKU) untuk terlibat dalam keusahawanan sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan. Penglibatan dalam keusahawanan merupakan salah satu pilihan yang ada kepada golongan OKU yang berdepan dengan masalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan, isu berkaitan dengan diskriminasi di tempat kerja, halangan fizikal yang tidak membolehkan mereka memenuhi syarat pekerjaan dan sebagainya. Kertas kerja ini adalah merupakan hasil kajian kajian yang dilakukan dalam kalangan 26 orang kurang upaya yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kualitatif. Data dikumpulkan melalui perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan yang rendah dalam kalangan golongan OKU kerana beberapa faktor. Namun begitu, golongan OKU yang terlibat dalam bidang keusahawanan mengakui kepentingan untuk kemhiran ICT sebagai salah satu pemangkin kepada keperluan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan terutama dalam era pandemik. Kertas kerja ini menyumbang kepada polisi berkaitan dengan komunikasi penyertaan dan kumpulan terpinggir.
Che Su binti Mustafa, Haslina binti Halim, Jasni bin Ahmad   Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/4717 Fri, 30 Jun 2023 00:00:00 +0800