IDENTITI BUDAYA: DALAM KONTEKS KUIH TRADISIONAL ETNIK BRUNEI DI SABAH

CULTURAL IDENTITY:IN THE CONTEXT OF SABAH BRUNEI ETHNIC TRADITIONAL KUIH

Authors

  • Surayah Hj Bungsu Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
  • Musnin Misdih Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
  • Dayang Damit @ Saidah Mohd Yassin Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

DOI:

https://doi.org/10.51200/jobsts.v0i0.2158

Keywords:

Identity, traditional kuih, Brunei ethnic, thinking, Identiti, budaya, kuih tradisional, etnik Brunei, pemikiran

Abstract

 

Product efficiency of the Brunei ethnic traditional kuih is highligted through the priceless knowledge inherited from their ancestors. The manufacturing of these traditional kuih is closely related to its culture or rites such as the celebration of marriage, birth or respecting deaths. These traditional kuih are very unique in the Brunei ethnic context because it was produced through innovative thinking. This way of thinking hence produces kuih-muih that comes in various functions and shapes that represents the heart and identity of a culture. This research is conducted to explore the cultural identity of the Brunei Ethnic kuih-muih production in Beaufort district. These kuih-muih include Kuih Jalurut, Kuih Tilapam, Kuih Lamban Udang, Kuih Tapai, Katupat Lupas and Bikang. This research involved two Brunei ethnic village; Kampung Weston and Kampung Lubuk; situated in Beaufort district, Sabah. This research applied Visualisation Technique and discussed several aesthetical elements like packaging designs, manufacturing ingredients and packaging methods. Every element discussed will be able to explain the role of these traditional Brunei ethnic kuih-muih in the context of identifying its culture identity and ancient rites. This is a qualitative research that utilises field research data that was obtained from interviews, observations and researcher’s direct involvement. The informants were chosen based on their age, expertise and experiences in making traditional kuih-muih and this also includes those who were in the know of the rites and culture of the Brunei ethnic. This research concluded that the making of traditional kuih-muih showcased identity, aesthetical values and culture as a treasure that is worthy to be preserved.

 

ABSTRAK

Kearifan produk kuih tradisional dalam komuniti etnik Brunei diserlahkan melalui warisan turun-temurun yang amat tinggi nilainya. Pembuatan kuih-muih tradisi amat berkait rapat dengan perlakuan budaya atau upacara adat seperti keramaian, kenduri-kendara, perkahwinan, kelahiran atau kematian dalam etnik Brunei. Keunikan kuih tradisi dalam konteks budaya Brunei adalah akibat pemikiran yang inovatif sehingga terjelmanya kuih-muih tradisi dalam pelbagai fungsi dan bentuk yang menjelaskan jati diri dan identiti budaya. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap identiti budaya yang menjurus kepada pembuatan kuih-muih tradisional bagi etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kuih-muih tradisi yang dimaksudkan terdiri daripada Kuih jalurut, kuih tilapam, kuih lamban udang, kuih tapai, katupat lapas dan bikang. Kajian ini melibatkan dua buah perkampungan etnik Brunei iaitu di Kampung Weston dan Kampung Lubuk yang terletak di daerah Beaufort, Sabah. Kajian ini menggunakan teknik visualisasi dan membincangkan beberapa elemen estetika seperti reka bentuk pembungkusan, bahan pembuatan dan kaedah pembungkusan. Setiap elemen yang dibincangkan dapat menjelaskan peranan kuih-muih tradisi dalam konteks identiti adat dan budaya etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan data-data kajian daripada lapangan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan tahap usia, kepakaran dan pengalaman mereka dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta mereka yang arif tentang adat dan upacara budaya etnik Brunei. Kajian ini mendapati bahawa kerencaman pembuatan kuih tradisi memaparkan identiti, nilai estetika dan budaya sebagai khazanah yang perlu dipelihara.

 

Published

2019-12-30

How to Cite

Hj Bungsu, S., Misdih, M., & Mohd Yassin, D. D. @ S. (2019). IDENTITI BUDAYA: DALAM KONTEKS KUIH TRADISIONAL ETNIK BRUNEI DI SABAH: CULTURAL IDENTITY:IN THE CONTEXT OF SABAH BRUNEI ETHNIC TRADITIONAL KUIH. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 5(1). https://doi.org/10.51200/jobsts.v0i0.2158
Total Views: 2216 | Total Downloads: 6549