MAHARAJA OVERBECK: SATU PANDANGAN MENGENAI HAK DAN KEDUDUKAN PEMERINTAH BORNEO UTARA (1877-1881)

MAHARAJAH OVERBECK: A VIEW ON THE RIGHTS AND POSITIONS ON THE GOVERMENT OF NORTH BORNEO (1877-1881)

Authors

  • Yusry Sulaiman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Bilcher Bala Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jobsts.v0i0.2427

Keywords:

Overbeck, Konsesi, Koloni, Maharaja Sabah, Concession, Colony, Sabah Emperor

Abstract

Gustavos Overbeck adalah seorang saudagar, pengembara, dan diplomat. Apabila beliau memajak seluruh wilayah Borneo Utara pada tahun 1877, Sultan Brunei telah melantik beliau sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan. Tujuan Overbeck pergi ke Borneo Utara hanya untuk berniaga demi mencari keuntungan. Pada tahun 1854, beliau menjadi ejen perdagangan kepada sebuah syarikat British, iaitu Dent & Company di Hong Kong. Pada tahun 1864-1866, beliau pernah dilantik sebagai konsul Austria. Pada awal tahun 1876, Overbeck telah membeli hak konsesi syarikat American Trading Company yang memiliki konsesi ke atas Borneo Utara. Overbeck bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pemerintahan koloni. Pada bulan November 1877, beliau belayar ke Borneo Utara dengan tujuan untuk memperoleh hak wilayah dan eksploitasi sumbernya. Beliau menghadap Sultan Brunei untuk memperbaharui konsesi yang hampir tamat tempoh pada ketika itu. Pada 29 Disember 1877, satu perjanjian konsesi ke atas Borneo Utara dengan Sultan Abdul Momin telah termeterai. Perjanjian tersebut memberi hak sepenuhnya kepada Overbeck untuk memerintah Borneo Utara. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan arkib. Makalah ini akan menjelaskan kejayaan dan kegagalan Overbeck untuk memanfaat kedudukan beliau sebagai pemerintah di Borneo Utara sehingga tahun 1881.

Gustavos Overbeck was a merchant, traveler, and diplomat. When he occupied the whole province of North Borneo in 1877, the Sultan of Brunei appointed him as Maharaja of Sabah, and Raja of Gaya and Sandakan. Overbeck's intention to go to North Borneo was only to do business for profit. In 1854, he became a trading agent for a British company, the Dent & Company in Hong Kong. In 1864-1866 he was appointed as consul of Austria. In early 1876, Overbeck purchased the concession rights of the American Trading Company, which had concessions over North Borneo. Overbeck aspired to establish a colony. In November 1877 he sailed to North Borneo with the aim of securing territorial rights and exploiting its resources. He met the Sultan of Brunei to renew the concession that was about to expire. On December 29, 1877, a concession agreement for North Borneo was been signed with Sultan Abdul Momin. The agreement gives Overbeck full rights to govern North Borneo. This paper will utilize library and archival research methods. This paper will explain the success and failure of Overbeck to leverage his position as ruler of North Borneo until 1881.

Published

2019-12-30 — Updated on 2021-11-18

Versions

How to Cite

Sulaiman, Y. ., & Bala, B. . (2021). MAHARAJA OVERBECK: SATU PANDANGAN MENGENAI HAK DAN KEDUDUKAN PEMERINTAH BORNEO UTARA (1877-1881): MAHARAJAH OVERBECK: A VIEW ON THE RIGHTS AND POSITIONS ON THE GOVERMENT OF NORTH BORNEO (1877-1881). Journal of Borneo Social Transformation Studies, 5(1). https://doi.org/10.51200/jobsts.v0i0.2427 (Original work published December 30, 2019)
Total Views: 781 | Total Downloads: 1083