FAKTOR KEPUASAN KERJA DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH AHLI KOMUNITI YANG BEKERJA DI GAYANA ECO RESORT
DOI:
https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4757Keywords:
Penglibatan komuniti, Kepuasan Kerja, Pulau Gaya, Pembangunan resortAbstract
Pelancongan merupakan salah satu industri yang amat penting kepada ekonomi Malaysia. Ini kerana, pelancongan merupakan salah satu sektor yang menjadi nadi penggerak ekonomi di beberapa buah negara terutamanya negara sedang mambangun. Sektor pelancongan telah banyak membuka peluang pekerjaan serta telah banyak mempengaruhi taraf hidup komuniti yang terlibat dalam pembangunan pelancongan. kewujudan peluang pekerjaan yang banyak ini telah menepati salah satu rangka mencapai kemajuan hidup dan pembangunan serta mempengaruhi kualiti hidup yang lebih baik. Fokus kajian ini berkenaan faktor kepuasan kerja dan cabaran yang di hadapi oleh komuniti yang bekerja di Gayana Eco Resort di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. kaedah kutipan data kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan menemu bual 15 orang informan yang bekerja di Gayana Eco Resort. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kepuasa kerja di Gayana Eco Resort kerana mempunyai perkhidmatan kebajikan yang baik disediakan untuk semua pekerja, jarak ketersampaian dekat dan mempunyai khidmat mengambil pekerja turun ke tempat kerja serta menghantar pekerja. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani bagi mewujudkan suasana kerja lebih baik iaitu keterbatasan berkomunikasi bahasa asing kerana ramai pengunjung dari luar negara. Cabaran dari segi kekurangan bilik untuk tetamu yang berkunjung pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah. Walaupun hal sedemikian, pelaksanaan dan pengoperasian resort ini masih diteruskan cabaran bukanlah satu yang menjadi penghalang. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi mengatasi cabaran-cabaran tersebut untuk menjadi pusat pelancongan ini lebih berjaya.
References
Abdul Rahman Embong. 2008. Cross-border cmmunities: Implications forbilateral relations and the ASEAN community. In Community in ASEAN: Ideas and practices, eds. S. Y. Tham, P. P. Lee and Norani Othman, 118‒135. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anas, R., Hussin, R., & Afrizal, T. (2018). Penyertaan komuniti dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana di Kampung Mesilou Kundasang, Sabah (Community participation in the tourism recovery programme post earthquake disaster in Mesilou Village of Kundasang, Sabah). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 14(3).
Creswell, J. W. (2005). Educational Research: Planning Conducting and Evaluating Qualitative, Quantitative Research. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education Inc.
Doxey, G. V. (1975, September). A causation theory of visitor-resident irritants: Methodology and research inferences. In Travel and tourism research associations sixth annual conference proceedings (Vol. 3, pp. 195-198).
Kreitner, R., & Angelo K. (2001). Organizational behavior, (5th ed.). Irwin McGraw-Hill.
Luthans, F. (2016). Perilaku Organisasi. Dalam D. J. Priansa, Perencanaan dan Pengembangan SDM. Bandung: Alfabeta.
Mohd Azman Bin Din. 2011. Pembangunan Pelancongan Dan Komuniti Setempat Di Pulau Duyung, Terengganu. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.
Norlinda Binti Mohd Nafis. 2008. Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Kegiatan Eko-Pelancongan: Kajian Kes Di Kampung Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.
Nur Atiqah Kamarus Zaman, Habibah Ahmad, Nur Amirah Kamarus etc al. 2014. Tahap Penglibatan Penduduk Dalam Pembangunan Pelancongan Putrajaya. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian. Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Pingking, A., & Hussin, R. (2020). Impak Penubuhan Imbak Canyon Conservation Area (Icca) Ke Atas Komuniti Setempat: Kajian Kes Di Kampung Imbak, Tongod, Sabah, Malaysia: The Impact Of Imbak Canyon Conservation Area (Icca) On Local Community: A Case Study Of Imbak Village, Tongod, Sabah, Malaysia. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 6(1), 289-308.
Robbins, S. P. & Judge, T. A., (2013). Organizational Behavior. 15 ed. New Jersey: Pearson Education.Rousseau, D. M. (1989). Psychological and implied contracts in organizations. Employee responsibilities and rights journal, 2(2), 121-139.
Rosazman Hussin. 2008. Ecotourism and Community Participation in the Homestay Programme of Sukau Village: Long Term or Limited Benefits? Jurnal Sarjana. 23: 72-86.
Saudah Binti Ibnu Hasim. 2016. Kepuasan pelancongan antarabangsa terhadap penginapan berasaskan komuniti: kajian kes di sukau greenview bed & breakfast kampung, sukau, hilir Kinabatangan, sabah. Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan. Universiti Malaysia Sabah.
Siaputra, H., Nugroho, A., Kartika, E. W., & Kaihatu, T. S. (2012). Komitmen Afektif Dalam Organisasi Yang Dipengaruhi Percieved Organizational Support Dan Kepuasan Kerja. Jurnal Manajemen Kewirausahaan, 14(2), 91-172.
Yahaya Ibrahim dan Fauwaz Hasbullah. 2008. Program Pelancongan Homestay dan Komuniti Desa Dalam Yahaya Ibrahim, Sulong Mohamad, Habilah Ahmad. Pelancongan Malaysia: Isu Pembangunan, Budaya, Komuniti dan Persetempatan: Universiti Utara Malaysia., hlm. 171-183.