ANALISIS PARAMETER KUALITI AIR TUAIAN HUJAN KAJIAN KES: CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Authors

  • Roslaini Abdul Jalil Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah
  • Nordin Sakke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah
  • Adi Jafar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah
  • Mohamad Pirdaus Yusoh Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4760

Keywords:

Penuaian hujan, altenatif, parameter, IKA, NH³N, BOD, logam berat

Abstract

Penelitian terhadap kecukupan sumber air mentah merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan kesejahteraan kehidupan masyarakat yang berterusan. Sistem penuaian juga merupakan satu altenatif yang disarankan sebagai langkah untuk memastikan terdapat takungan bekalan air mentah bagi kegunaan masyarakat sama ada bagi kegunaan luaran mahupun kegunaan dalaman ketika bekalan air terawat terhenti. Sehubungan itu, bekalan air tuaian hujan yang berkualiti perlu diberikan perhatian. Air tuaian hujan dapat ditafsirkan sebagai air hujan yang dikumpul dan ditadah dalam sesuatu bekas untuk kegunaan luaran seperti membasuh dan penyiraman tanaman. Namun, pembangunan secara tidak seimbang yang berlaku pada masa kini telah memberikan impak yang besar terhadap tahap kualiti air tuaian hujan yang akan merugikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara untuk jangka masa panjang. Kajian lepas menunjukkan wujud keperluan untuk mengkaji dan meneliti tahap kualiti air tuaian hujan bagi menentukan tahap kesesuaian air hujan ini sebelum boleh digunakan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meneliti dan menilai tahap kualiti air tuaian hujan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kawasan Cameron Highlands, Pahang. Parameter kualiti air iaitu NH³N, BOD dan beberapa parameter Logam Berat (Cd, Pb, Fe, dan Mn) digunakan dalam analisis ini. Kajian ini telah menggunakan dua kaedah utama iaitu dengan mengambil sampel air hujan di tiga kawasan berbeza di kawasan kajian iaitu kawasan bandar, penempatan, dan pertanian. Kedua, tinjauan dan soal selidik telah dijalankan dengan melibatkan 70 orang responden yang terdiri daripada masyarakat setempat. Analisis parameter kualiti air bagi NH³N mendapati kesemua sampel air hujan yang diambil pada musim lembap sememangnya tidak selamat digunakan kerana kandungan NHзN yang sangat tinggi (>1.5mg/l) berbanding sampel yang diambil pada musim kering. Bagi analisis BOD pula, mendapati tahap kandungan BOD dalam sampel air adalah tinggi dan tidak sesuai digunakan sebagai sumber air minuman pada kedua-dua musim (>6 mg/l).  Manakala, hasil analisis terhadap persepsi masyarakat berkaitan kualiti air hujan mendapati penduduk setempat bersetuju dengan pembangunan yang tidak seimbang mampu menjejaskan kualiti air hujan. Justeru itu, pembangunan yang terkawal dan dirancang mampu membantu untuk memastikan air tuaian hujan pada masa akan datang akan lebih berkualiti.

References

Christoper, D., Farahbakhsh, K., & Leidl, C. (2009). Assesement of rainwater quality from rainwater harvesting systems in Ontario, Canada. Journal of water supply: research and technology- aqua, 58(2): 117- 125

Gerald, J.T, Johnson, R., & Hart, B.T. (1995). Microbiology: an introduction. (5th edition). Redwood City, California: The Benjamin Cunming Publising

Krishna, H. J. (2005). The Texas Manual on Rainwater Harvesting, Texas Water Development Board

Kumar, M.D, Patel, A., Ravindranath, R., & Singh, O.P. (2008). Chasing a mirage: water harvesting and artificial recharge in naturally water-scarce regions. Economic & Political Weekly

Kumar M.D, Patel A., & Singh O.P. (2009). Rainwater harvesting in the water-scarce regions of India: potential and pitfalls. IWMI-TATA Water Policy Programs, Beranas Hindu University: India

Mohammad Bakir & Liang, R.L. (2004). Rainwater techniques in Syrian desert (Badia Basin). College of water resources & environment. China: Hohai University

Mohamad Norhafis Ngamar. (2010). Impak pembangunan terhadap kualiti air sungai pontian kecil, Daerah Pontian, Johor. Tesis Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris yang tidak diterbitkan

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mazdi Marzuki & Hj. Abdul Jalil Hj. Ishak. (2001). Projek penyelidikan kajian impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nasir Nayan, Mohmadisa Hashim, Mohd Hairy Ibrahim & Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2009). Perubahan gunatanah dan tahap kualiti air sungai di Bandaraya Ipoh, Perak. Malaysian Journal of Environment Management, 10(2) (2009): 115-134

Nasir Nayan, Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Yazid Saleh & Kamarul Ismail. (2014). Analisis kualiti air tasik di Negeri Perak bagi aktiviti rekreasi sukan air. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nor Rohaizah Jamil, Mohd Ekhwan Toriman, Mushrifah Idris & Lim Wei Jing. (2010). Pengaruh kanopi hutan sekunder terhadap kadar pintasan bagi kitaran hidrologi di Tasik Chini, Pahang, Malaysia. Journal Sains Malaysia 39 (2) (2010): 181-187. Fakulti Sains & Teknologi. Bangi: UKM

Sharifah Haslinda. (2011). Analisis keberkesanan sistem penuaian air hujan di zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor. Fakulti Kejuruteraan Awam: Universiti Teknologi Malaysia

Spellman, F. R. (2008). The science of water: Concepts and applications. New York: CRC Press (Spellman, F.R)

Tamin, Y. & Gowland, D. (2008). Feasibility of rainwater harvesting BMP for stormwater management. Viginia: Final Report, Virginia Water resources research center

Wardah Tahir, Zaidah Ibrahim & Suzana Ramli. (2009). Goestationary meteorological satellite-based quantitative rainfall estimation (GMS-Rain) for flood forecasting. Malaysian Journal of Civil Engineering, Vol 21 (1): 1-16 (2009)

Zainal Abidin Md Yusof. (2005). Impak aktiviti guna tanah ke atas kualiti air di lembangan sungai Batu Pahat, daerah Batu Pahat, Johor. Projek penyelidikan Ijazah Sarjana Pengurusan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan

Zhang, Z. & Xu, Z. (2009). Rough set method to identify key factors affecting precipitation in Lhasa. Stochastis environmental research and risk assessment, Vol 23: 1181-6

Published

2023-12-20

How to Cite

Abdul Jalil, R. ., Sakke, N. ., Jafar, A. ., & Yusoh, M. P. . (2023). ANALISIS PARAMETER KUALITI AIR TUAIAN HUJAN KAJIAN KES: CAMERON HIGHLANDS, PAHANG. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 9(1), 78–89. https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4760
Total Views: 124 | Total Downloads: 90