PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES KAMPUNG PINAGON BARU, ULU KULU, TUARAN, SABAH.
DOI:
https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4763Keywords:
penglibatan komuniti, tahap pengibatan komuniti, cabaran dalam homestayAbstract
Penulisan artikel ini adalah berasaskan penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah. Pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam homestay Ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti terutama sekali kepada komuniti setempat. Secara umum, pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru dapat menarik minat komuniti setempat untuk terlibat. Hal ini demikian kerana, penglibatan komuniti merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, dalam setiap pembangunan yang dilakukan memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Selain itu, kaedah yang digunakan dalam memperoleh data adalah kualitatif. Seterusnya, dalam dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang mendorong ahli komuniti untuk terlibat dalam homestay berasaskan ekopelancongan. Secara keseluruhan, penulisan artikel ini cuba untuk memahami tahap penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru, Ulu Kiuli, Tuaran Sabah yang mempunyai tahap penglibatan komuniti yang sangat menyeluruh. Meskipun terdapat cabaran yang dihadapi namun perkara tersebut tidak menjadi halangan kepada pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli, Tuaran Sabah Dengan penglibatan dalam ekopelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat. Melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial.
References
Rujukan Artikel
Bin Abdullah, M. S., Nor, M. M., Yusof, A. R. B. M., & Husain, F. B. C. (2017). Konsep komuniti dan perkembangannya: Suatu tinjauan kritikal terhadap penggunaannya. E- BANGI, 12(3), 1-15
Bogdan, R. C. (2003). Biklen., SK (2003). Qualitative research for education: An introduction to theories and methods, 4.
Ceballos-Lascurain H (1996) Tourism, ecotourism and protected areas. Gland, IUCN, Switzerland.
Kayat, K., & Nor, N. A. M. (2006). Penglibatan ahli komuniti dalam program pembangunan
komuniti: satu kajian ke atas program homestay di Kedah (Community Members Involvement in Community Development Programme: Homestay Programme in Kedah). Akademika, 67(1)
Rosazman Hussin dan Velan Kunjuraman (2014). Pelancongan mapan berasaskan komuniti (CBT)melalui program homestay di Sabah, Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 3 (160-174)
Tosun, C. (2000). Limit to Community Participation in the Tourism; Development Process in Developing Countries. Tourism Management. 21: 613-633.
Timothy, D. J. (Ed.). (2017). Managing heritage and cultural tourism resources: Critical essays, Volume one. Routledge
Spicker, P. (1995). R. Smith, J. Raistrick (eds.), Policy and Change, School for Advanced Urban Studies, Bristol, 1994, ix+ 442 pp., paper£ 14.95. Journal of Social Policy, 24(2), 294-295.
Yong Pauline Pau Lin (2010) Penyartaan kominiti dalam aktiviti pelancongan dan homestay
di kampung Pukak, Kiulu, Sabah.
Chapter dalam buku
Kalsom Kayat dan Nor Ashikin. 2005. Penglibatan Komuniti Dalam Pelancongan. Kedah:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Scheyvens, R. 2002. Tourism for Development: Empowering Communities. London: Pearson
Education Limeted.
Stewart, A. (2014). Qualitative methodology: A practical guide. Thousand Oaks, CA.
Temu Bual
i. Martin Lotupas, 55 Tahun, ketua kampung dan ketua homestay kampung Pinagon Baru Ulu, Kiulu, Tuaran, Sabah. 23 Feb 2020.
ii. Saidin Lotupas, 54 Tahun, field coordinator, penyelaras lapangan homestay kampung Pinagon Baru Ulu, Kiulu, Tuaran, Sabah. 23 Feb 2020.
iii. Jobita, 45 Tahun, Peserta homestay kampung Pinagon Baru Ulu, Kiulu, Tuaran, Sabah. 23 Feb 2020.
iv. Loimon Lotupas, 58 Tahun. Penduduk kampung Pinagon Baru Ulu, Kiulu, Tuaran, Sabah. 23 Feb 2020.