KELESTARIAN PELANCONGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEPADUAN SOSIAL: KAJIAN KES KOMUNITI TEMPATAN BONGAWAN

Authors

  • Syafiqah Syuhada Samsul Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah
  • Suraya Sintang Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Jirey Kumalah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4764

Keywords:

Kelestarian pelancongan, kesepaduan sosial, komuniti tempatan

Abstract

Kelestarian pelancongan merupakan isu penting dalam era globalisasi kini kerana faedah eknomi dan sosial komuniti tempatan wujud daripada pertumbuhan industri pelancongan yang pesat. Walau bagaimanapun, tanpa kesepaduan sosial yang kukuh maka kelestarian pelancongan mungkin sukar dicapai terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar. Kesepaduan sosial melibatkan hubungan harmoni yang wujud daripada persefahaman dan saling hormat - menghormati dalam kalangan pemain industri pelancongan. Justeru, artikel ini membincangkan indikator kesepaduan sosial komuniti yang menjadikan pembangunan pelancongan di Kampung Seri Serbang, Bongawan lebih lestari. Pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif melalui pemerhatian dan temubual mendalam bersama informan terpilih di Kampung Seri Serbang. Hasil dapatan menunjukkan, wujud eleman dan indikator kesepaduan sosial yang terbina melalui penglibatan aktif aktiviti pelancongan seperti river cruise, persembahan tarian dan pakaian tradisional etnik iaitu sebagai usaha pembangunan homestay mampan di Kampung Seri Serbang. Oleh itu, melalui usaha meningkatkan kesepaduan sosial, ia diharap dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kelestarian pelancongan di Kampung Seri Serbang dicapai. Sekaligus, dapat memberikan faedah jangka panjang kepada komuniti tempatan, pelancong dan alam sekitar secara maksimum.

References

Artikel Jurnal

Ashley, C., Boyd, C. & Goodwin, H. 2000. Pro-Poor Tourism : Putting Poverty At the Heart of the Tourism Agenda. Significance. 5, 1-6

Jemmy Amanda Sipatau., Jabil Mapjabil., & Ubong Imang. (2020). Kesedaran dan Penglibatan Komuniti Tempatan dalam Membangunkan Produk Pelancongan Luar Bandar di Daerah Kota Marudu. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR). Volume: 3 Issues: 9

Muhammad Asri Ibrahim. & Novel Lyndon. (2021). Impak Penglibatan Komuniti dalam Pembangunan Pelancongan Luar Bandar. Special Issue: Vol 18. No.2 (2021). 40-55. ISSN: 1823-884x Theme: Society, Social Change and Development

Noraini Mohd Shah., Ridzwan Che Rus., Ramlee Mustapha., Mohd Azlan Mohammad Hussain. & Norwaliza Abdul Wahab. (2018). Kelestarian Pelancongan Peribumi: Satu Kajian Kes di tapah Perak. Sains Humanika 10: 3-3 (2018) 37–43

Omar, H. (2013). The Development Of Sustainable Cultural Heritage Tourism In Malaysia: Implication For Planning And Management Doctor Of Philosophy Newcastle University. (Doctoral dissertations, Newcastle University).

Shamsul A. B. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia sebagai work-in-progress. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Suraya Sintang., Budi Anto, M. T., Nur Farhana, A.R., Siti Aidah, H. L., & Halina Sendera. M. T. (2019). Kesepaduan Sosial dalam Hubungan antara Agama di Pendalaman Sabah. Borneo International JournaleISSN 2636-9826; Vol. 2(1); 5-15

Syafiqah Syuhada Binti Samsul. & Rosazman Hussin. (2021). Penglibatan Komuniti Dalam Program Homestay Berasaskan Ekopelancongan: Kajian Kes di Kampung Seri Serbang Bongawan, Papar, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), Vol. 7, Number 1,

Sumber Internet

United Nations World Tourism Organization (UNWTO). (1998). Sustainable Tourism Development: Guide for Local Planners. Retrieved from https://www.e-unwto.org/doi/pdf/10.18111/9789284400268

Persidangan

Haliza Abdul Rahman. (2023). Kelestarian Kemampanan Sektor Pelancongan. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-11, Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu.

Suhaya, S., Md Shafiin, S. & Norlida Hanim, M. S. (2013). Impak pembangunan industri pelancongan kepada komuniti di Pulau Langkawi. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII).

Temubual

Informan 1, Encik Jeffery Hossil (44 tahun) – Pengerusi Homestay

Informan 2, Wak Suratman Joyotono (68 tahun) – Ahli jawatankuasa homestay

Published

2023-12-20

How to Cite

Samsul, S. S. ., Sintang, S. ., & Kumalah, M. J. . (2023). KELESTARIAN PELANCONGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEPADUAN SOSIAL: KAJIAN KES KOMUNITI TEMPATAN BONGAWAN. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 9(1), 129–137. https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4764
Total Views: 110 | Total Downloads: 75