PUNCA DAN KESAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR TERHADAP SOSIOEKONOMI ISI RUMAH DI KAMPUNG KESUAPAN, PULAU GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Atira Anissa Rosli UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  • Jalihah Md Shah UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

DOI:

https://doi.org/10.51200/jobsts.v10i1.5964

Keywords:

Perkahwinan Bawah Umur, Kanak-Kanak, Syariah, Budaya, Emosi

Abstract

Perkahwinan bawah umur merupakan masalah global. Isu ini dianggap sebagai satu bentuk pencabulan terhadap hak asasi kanak-kanak dan lazimnya melibatkan kanak-kanak perempuan. Untuk itu, kajian ini berfokuskan kepada punca dan kesan perkahwinan bawah umur terhadap sosioekonomi isi rumah di Kampung Kesuapan, Pulau Gaya. Data kajian kualitatif ini dikutip menggunakan kaedah temu bual secara mendalam dan kajian perpustakaan yang kemudiannya dianalisis secara tematik. Seramai sembilan orang informan yang terdiri daripada wanita yang berkahwin bawah umur, ibu bapa, wakil masyarakat setempat, pemimpin komuniti dan pegawai NGO telah ditemu bual. Kajian ini mendapati lima faktor utama yang memicu perkahwinan bawah umur terus berlaku dalam masyarakat yang dikaji iaitu faktor ekonomi, budaya, perlindungan dan keselamatan, akses pendidikan serta kehendak sendiri. Perkahwinan bawah umur mempunyai implikasi ke atas sosioekonomi isi rumah yang berbentuk negatif dan positif. Secara negatifnya, amalan ini menyebabkan perkembangan pendidikan kanak-kanak terjejas, tidak dapat bersaing dalam bidang pekerjaan dan kurang kemahiran mengurus emosi dan keluarga. Sebaliknya, kesan positif pula adalah membina sikap tanggungjawab, mengekalkan kesimbangan adat, nilai dan norma masyarakat serta mengawal gejala sosial.

References

Abdul Jalil Hj. Mohd. Hassan. (1982). The Islamic Concept of Marriage, Islamika II, Jabatan Pengajian Islam. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Ali A. Izadparast. (1974). Position of Women in Muslim Arab Societies. University of Utah. United States.

Amelia Elyani. (2016). Realiti Perkahwinan Bawah Umur. Universiti Malaya.

B. Suresh Lal. (2015). Child Marriage in India Factors and Problems. University India.

Kakatiya. (2015). Child Marriage. https://data.unicef.org/wp-content/uploads/2015/12/Child-Marriage-Brochure-HR_164.pdf;

Astro Awani. (2018). Kahwin Bawah Umur Tidak Selesai Masalah Sosial. www.astroawani.com. (Diakses Pada 25/4/2019)

Fariza Khalid. (2014). Objektif Dan Persoalan Kajian. University Kebangsaan Malaysia.

Https://Www.Farizakhalid.Com/Uploads/3/0/7/7/30779151/Persoalan_Kajian_.Pdf 15.5.2024 (Diakses Pada 5 Jun 2024)

Fahmi Rusli. (2018). Bayan Linnas Siri Ke-141: Perkahwinan Kanak-Kanak Mengikut Perspektif Syariah.

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2512-bayan-linnas-siri-ke-141-perkahwinan-kanak-kanak-mengikut-perspektif-syariah (Diakses pada 20.5.2024)

Fuad Hj. Sam. (2013). Kawin Pada Usia Muda: Bahagia atau Derita. Karya Bestari Sdn.Bhd.

Hariati Azizan. (2013). Perkahwinan Bawah Umur Semakin Meningkat. Sumber Artikel. Berita www.Mstar.com.my. Star Media Group Berhad. (Diakses pada 29/4/2019)Https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sudah-kahwin-kerja-antara-faktor-calon-tidak-duduki-spm-472346

Https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Akta/Akta%20Kanak-Kanak%202001.pdf (Diakses pada 26/4/2019)

Jalihah Md Shah. (2015). Nelayan dalam Bandar dan Pembangunan Komuniti di Kg. Pulau Gaya, Sabah. Universiti Sains Malaysia.

M. F Badran. (1997). ‘Huda Sha’arawi and the Liberation of the Egyptian Woman. University of Oxford. London.

Muhammad Naim Fital. (2013). Buletin Persatuan Wanita UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor.

M.Shuid, A. (2011). Pembangunan dan Perubahan Sosioekonomi Suku Kaum Semai di Kampung Changkat Bintang, Slim River. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nor Dalilah Zakaria. Raihanah Azahari. Bahiyah Ahmad. (2023). Elemen Kebertanggungjawaban Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam. Jurnal Fiqh. Vol.20 No.2

Nor Nazmi, Jaffary Awang & Aminudin Basir. (2017). Teori Maslow Dan Kaitannya Dengan Kehidupan Muslim. Jurnal Hadhari 9 (2) (275-285). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosilayati. (2013). Persepsi Orang TuaTerhadap Perkahwinan Dini di Kelurahan Garuntang. Universiti Negeri Gontolo. Seokanto, Sorejono 2006. Sosiologi Suatu Pengantar. Jakarta.

Raj Grafindo Persada. Tahera Ahmed. (2015). Child Marriage: A Discussion Paper in Bangladesh https://www.researchgate.net/publication/284276993_Child_Marriage_A_Discussion_ (diakses pada 26 November 2018)

Uma Sekaran. (2003). Research Methods For Business: A Skill-Building Approach Fourth Edition. Southern Illinois University. Carbondale

United Nations Children’s Fund, Ending Child Marriage: Progress and Prospects. (2014).

https://www.unicef.org/publications/files/UNICEF_SOWC_2016.pdf (diakses pada 5 June 2024)

William A. Carsaro. (2005). The Sociology of Childhood. Indiana University. Bloomington.

Zanariah Noor. (2013). Perkahwinan Kanak-Kanak dan Tahap Minima Umur Perkahwinan Dalam Undang-Undang Keluarg Islam. Jurnal Syariah, Jil 2, Bil.2 (2013). Department of Islamic studies, Faculty of Human Science. Sultan Idris Education University

Published

2024-12-24

How to Cite

Rosli, A. A. ., & Md Shah, J. . (2024). PUNCA DAN KESAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR TERHADAP SOSIOEKONOMI ISI RUMAH DI KAMPUNG KESUAPAN, PULAU GAYA, KOTA KINABALU, SABAH. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 10(1), 19–35. https://doi.org/10.51200/jobsts.v10i1.5964
Total Views: 214 | Total Downloads: 394