Asal Usul Dan Fungsi Persembahan Tarian Sayau Moginum Etnik Dusun Tatana
DOI:
https://doi.org/10.51200/jobsts.v11i1.7285Keywords:
Asal usul, Fungsi Tarian, Sayau Moginum, Etnik TatanaAbstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada tarian Sayau Moginum yang merupakan salah satu warisan budaya penting bagi etnik Tatana yang lazimnya menetap di daerah Kuala Penyu, Sabah dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti budaya mereka melalui pelbagai tradisi, termasuk tarian. Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan asal usul serta mengenal pasti fungsi tarian Sayau Moginum yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Tatana. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif yang melibatkan kerja lapangan (field work) di empat buah kampung utama di Kuala Penyu. Data diperoleh melalui kaedah temu bual mendalam bersama informan berautoriti seperti penari tradisional, ketua adat, dan penduduk tempatan selain pemerhatian langsung terhadap persembahan tarian yang dirakam melalui teknik video dan fotografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sayau Moginum telah wujud sejak zaman awal kewujudan etnik Tatana dan berkembang sebagai satu bentuk ekspresi budaya yang penting. Tarian ini bukan sahaja berfungsi dalam konteks upacara ritual tetapi juga sebagai hiburan dan medium sosial bagi menjalin hubungan sesama komuniti. Keunikan gerak tari yang dipersembahkan dalam bentuk berkumpulan serta penggunaan busana tradisional menambah nilai estetika dalam setiap persembahan. Oleh itu, dokumentasi ini diharap dapat membantu usaha pemuliharaan tarian Sayau Moginum agar tidak pupus ditelan arus pemodenan. Kajian ini juga menyumbang kepada pengkayaan khazanah seni tari etnik di Malaysia serta menjadi rujukan penting dalam bidang antropologi dan kajian budaya tempatan.
References
Abbas, I., & Shaong, C. (1984). Tarian-tarian tradisional negeri Sabah. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Adshead-Lansdale, J., & Layson, J. (1994). Dance history: An introduction. London & New York: Routledge.
Bascom, W. R. (1965). Four functions of folklore. Dalam A. Dundes (Ed.), The study of folklore (hlm. 279–298). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Cass, J. (1993). Dancing through history. New York: Paperback Press.
Dundes, A. (1980). Interpreting folklore. Bloomington, IN: Indiana University Press.
Jazuli, M. (1994). Gerak tari: Tinjauan dari pelbagai dimensi. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.
Low, K. O. (2005). Membaca mitos dan legenda Kadazandusun. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rust, F. (1969). Dance in society. London: Routledge & Kegan Paul.
Sachs, C. (1963). World history of the dance. New York: W. W. Norton & Company.
Soedarsono. (1978). Pengantar pengetahuan dan komposisi tari. Yogyakarta: Akademi Seni Tari Indonesia (ASTI).
Sri Ningsih Sukirman. (2020). Asal usul tarian tradisional pelbagai budaya di luar dan di Sabah. Gendang Alam, 10(2), 1–15.
Taylor, D. (2003). The archive and the repertoire: Performing cultural memory in the Americas. Durham, NC: Duke University Press.