https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/issue/feed Journal of Borneo Social Transformation Studies 2023-12-20T01:07:22+08:00 Rosazman Hussin, Editor-In-Chief, Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS) jobsts_boriis@ums.edu.my Open Journal Systems

The Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS) is an annual, peer-reviewed, and multidisciplinary research journal of social sciences and humanities will be INDEXED BY MyJOURNAL. This journal is jointly published by the Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS) and Universiti Malaysia Sabah Press.

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4754 CABARAN PEMULIHARAAN HUTAN MELALUI PENDEKATAN PENGLIBATAN KOMUNITI DAN PIHAK BERKEPENTINGAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA: TINJAUAN LITERATUR 2023-12-19T15:50:40+08:00 Andreas Pingking reasand94@gmail.com Rosazman Hussin azzs@ums.edu.my
Hutan adalah salah satu sumber alam semula jadi yang sangat penting untuk kesejahteraan ekologi, ekonomi dan sosial manusia. Hal ini kerana hutan menyediakan produk kayu dan bukan kayu dan hutan juga menjadi penapis udara serta air yang bersih untuk kehidupan manusia. Jika hutan diuruskan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, maka mengoptimumkan pelbagai fungsinya, termasuk mitigasi perubahan iklim adalah selaras sepenuhnya dengan objektif pemuliharaan hutan untuk pertumbuhan yang mampan (Broadmeadow & Carnus 2009). Namun begitu, penglibatan daripada komuniti dan pihak berkepentingan juga dianggap sangat penting terutamanya dalam proses merancang strategi dan membuat keputusan. Peranan komuniti setempat pula secara jelas adalah untuk memberikan komuniti peluang menguruskan hutan dan memberikan mereka pendidikan berkaitan pengurusan. Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk melihat cabaran yang dihadapi oleh komuniti dan pihak berkepentingan (kerajaan, NGO, Swasta) dalam pemuliharan hutan. Kajian ini juga melihat pengurusan hutan daripada negara Malaysia dan Indonesia disebabkan kedua-dua negara mempunyai landskap serta geografi yang hampir sama. Usaha yang dilaksanakan juga berpandukan kepada Sustainable Development Goals (SDG) dan matlamat yang sama iaitu menjadikan hutan sebagai kawasan yang mampan
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4756 STRATEGI DAN CABARAN SEKTOR PENGUATKUASA DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) DALAM MENANGANI ISU SETINGGAN DI BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH 2023-12-19T16:09:55+08:00 Dayang Siti Noorafidah Datu Nordin dayangsitinoorafidah279@gmail.com Marsitah Md Radzi marsitah@ums.edu.my Rahimin Abdurahman rahiminabdurahman@gmail.com
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang strategi dan cabaran sektor penguatkuasa dalam menangani isu setinggan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Setinggan merujuk kepada apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai, sengkuap, tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa-apa sambungan atau binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan atau binaan lsin yang dibuat daripada apa-apa juga bahan sebagai tempat kediaman manusia. Objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti strategi sektor penguatkuasa dalam menangani isu setinggan serta apakah cabaran yang dihadapi oleh sektor penguatkuasa dalam menangani isu setinggan. Pendekatan utama kajian ini adalah pendekatan kualitatif yang bersandarkan kepada data primer dan data sekunder. Data sumber primer melalui pemerhatian dan temubual. Manakala data sumber sekunder adalah melalui artikel jurnal, buku rujukan akademik dan berita akhbar dalam talian digunakan secara meluas dalam penulisan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan sektor penguatkuasa telah berusaha untuk mengekang masalah ini daripada terus berleluasa dengan mengenalkan Program Sifar Setinggan. Namun begitu, isu setinggan ini perlu dipantau dari semasa ke semasa. Hal ini disebabkan oleh isu setinggan ini tidak boleh dihapuskan secara langsung tetapi boleh dikawal dari semasa ke semasa.

2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4757 FAKTOR KEPUASAN KERJA DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH AHLI KOMUNITI YANG BEKERJA DI GAYANA ECO RESORT 2023-12-19T16:20:48+08:00 Harhamsah Hairal harhamsah9503@gmail.com Jalihah Md Shah jalihah@ums.edu.my
Pelancongan merupakan salah satu industri yang amat penting kepada ekonomi Malaysia. Ini kerana, pelancongan merupakan salah satu sektor yang menjadi nadi penggerak ekonomi di beberapa buah negara terutamanya negara sedang mambangun. Sektor pelancongan telah banyak membuka peluang pekerjaan serta telah banyak mempengaruhi taraf hidup komuniti yang terlibat dalam pembangunan pelancongan. kewujudan peluang pekerjaan yang banyak ini telah menepati salah satu rangka mencapai kemajuan hidup dan pembangunan serta mempengaruhi kualiti hidup yang lebih baik. Fokus kajian ini berkenaan faktor kepuasan kerja dan cabaran yang di hadapi oleh komuniti yang bekerja di Gayana Eco Resort di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. kaedah kutipan data kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan menemu bual 15 orang informan yang bekerja di Gayana Eco Resort. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kepuasa kerja di Gayana Eco Resort kerana mempunyai perkhidmatan kebajikan yang baik disediakan untuk semua pekerja, jarak ketersampaian dekat dan mempunyai khidmat mengambil pekerja turun ke tempat kerja serta menghantar pekerja. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani bagi mewujudkan suasana kerja lebih baik iaitu keterbatasan berkomunikasi bahasa asing kerana ramai pengunjung dari luar negara. Cabaran dari segi kekurangan bilik untuk tetamu yang berkunjung pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah. Walaupun hal sedemikian, pelaksanaan dan pengoperasian resort ini masih diteruskan cabaran bukanlah satu yang menjadi penghalang. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi mengatasi cabaran-cabaran tersebut untuk menjadi pusat pelancongan ini lebih berjaya.
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4758 IMPLIKASI DAN PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM SEKTOR PELANCONGAN DI PULAU 2023-12-19T16:29:50+08:00 Mohd Jirey Kumalah mohdjirey@gmail.com Syafiqah Syuhada Samsul syafiqahsyuhada.shamsul@hotmail.com Rahmah Rashid rahmah@ums.edu.my Mastura Junairin masturajunairin@yahoo.com
Makalah ini bertujuan untuk menyelidik implikasi dan penglibatan komuniti dalam sektor pelancongan di pulau. Melalui tinjauan literatur, kajian ini menganalisis kaitan antara penglibatan komuniti dan pembangunan pelancongan di pulau. Implikasi positif termasuk peningkatan ekonomi, pembangunan sosial, dan pemeliharaan budaya tempatan. Penglibatan komuniti dalam perancangan dan pengurusan pelancongan juga dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dan pemuliharaan sumber semula jadi. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran seperti konflik kepentingan, kekurangan kemahiran, dan keupayaan pengurusan yang perlu diatasi. Kajian ini memberikan pandangan holistik tentang implikasi dan penglibatan komuniti dalam sektor pelancongan di pulau, memberi kesedaran tentang kepentingan melibatkan komuniti dalam pembangunan pelancongan yang mampan.
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4759 POTENSI PEMBANGUNAN AKTIVITI PELANCONGAN MELALUI PENGINAPAN INAP DESA BERASASKAN KOMUNITI DI KAMPUNG PULAU GAYA, KOTA KINABALU SABAH 2023-12-19T16:36:26+08:00 Rahimin Abdurahman rahiminabdurahman@gmail.com Rosazman Hussin azzs@ums.edu.my Dayang Siti Noorafidah Datu Nordin dayangsitinoorafidah279@gmail.com
Inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay merupakan salah satu daripada produk pelancongan desa yang terdapat di Malaysia. Program Inap desa ini bukan sahaja penting dalam pembangunan ekonomi negara malah juga dapat menyumbang dalam meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia serta dapat menjaga kelestarian alam sekitar. Sehubungan dengan itu, pembangunan Inap desa juga sering dikaitkan dengan isu pelaksanaan dan amalannya yang mapan. Bagi mencapai matlamat pelancongan yang mapan, maka pembangunan dan amalan perlaksanaan program Inap desa perlu juga harus mapan iaitu pembangunan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Kajian ini telah menggunakan kaedah kutipan data melalui kaedah temu bual mendalam dan survei temu bual bersemuka dengan borang soal selidik. Hasil kajian ini mendapati bahawa penduduk kampung bersetuju untuk membangunkan pelancongan melalui penginapan Inap desa dan penduduk di Kampung Pulau Gaya juga bersedia untuk saling bekerjasama dalam membangunkan Inap desa ini. Malahan perkara ini juga bertepatan dengan perancangan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk membangunkan produk pelancongan Inap Desa di perkampungan Pulau Gaya. Walaubagaimanapun, wujud cabaran atau masalah yang perlu dihadapi oleh ahli komuniti yang ingin terlibat dalam pembangunan Inap desa ini seperti masalah kewangan yang menjadi kekangan utama penduduk kampung yang rata-ratanya mempunyai pendapatan dalam RM1000 ke RM2000. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memberikan pendedahan yang terperinci kepada pelbagai pihak berkaitan dengan potensi aktiviti pelancongan alam semulajadi melalui inap desa berasaskan komuniti di Kampung Pulau Gaya
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4760 ANALISIS PARAMETER KUALITI AIR TUAIAN HUJAN KAJIAN KES: CAMERON HIGHLANDS, PAHANG 2023-12-19T16:40:13+08:00 Roslaini Abdul Jalil rosse234@gmail.com Nordin Sakke dinums@ums.edu.my Adi Jafar adi.jafar@ums.edu.my Mohamad Pirdaus Yusoh pirdaus@ums.edu.my
Penelitian terhadap kecukupan sumber air mentah merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan kesejahteraan kehidupan masyarakat yang berterusan. Sistem penuaian juga merupakan satu altenatif yang disarankan sebagai langkah untuk memastikan terdapat takungan bekalan air mentah bagi kegunaan masyarakat sama ada bagi kegunaan luaran mahupun kegunaan dalaman ketika bekalan air terawat terhenti. Sehubungan itu, bekalan air tuaian hujan yang berkualiti perlu diberikan perhatian. Air tuaian hujan dapat ditafsirkan sebagai air hujan yang dikumpul dan ditadah dalam sesuatu bekas untuk kegunaan luaran seperti membasuh dan penyiraman tanaman. Namun, pembangunan secara tidak seimbang yang berlaku pada masa kini telah memberikan impak yang besar terhadap tahap kualiti air tuaian hujan yang akan merugikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara untuk jangka masa panjang. Kajian lepas menunjukkan wujud keperluan untuk mengkaji dan meneliti tahap kualiti air tuaian hujan bagi menentukan tahap kesesuaian air hujan ini sebelum boleh digunakan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meneliti dan menilai tahap kualiti air tuaian hujan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kawasan Cameron Highlands, Pahang. Parameter kualiti air iaitu NH³N, BOD dan beberapa parameter Logam Berat (Cd, Pb, Fe, dan Mn) digunakan dalam analisis ini. Kajian ini telah menggunakan dua kaedah utama iaitu dengan mengambil sampel air hujan di tiga kawasan berbeza di kawasan kajian iaitu kawasan bandar, penempatan, dan pertanian. Kedua, tinjauan dan soal selidik telah dijalankan dengan melibatkan 70 orang responden yang terdiri daripada masyarakat setempat. Analisis parameter kualiti air bagi NH³N mendapati kesemua sampel air hujan yang diambil pada musim lembap sememangnya tidak selamat digunakan kerana kandungan NHзN yang sangat tinggi (>1.5mg/l) berbanding sampel yang diambil pada musim kering. Bagi analisis BOD pula, mendapati tahap kandungan BOD dalam sampel air adalah tinggi dan tidak sesuai digunakan sebagai sumber air minuman pada kedua-dua musim (>6 mg/l).  Manakala, hasil analisis terhadap persepsi masyarakat berkaitan kualiti air hujan mendapati penduduk setempat bersetuju dengan pembangunan yang tidak seimbang mampu menjejaskan kualiti air hujan. Justeru itu, pembangunan yang terkawal dan dirancang mampu membantu untuk memastikan air tuaian hujan pada masa akan datang akan lebih berkualiti.
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4761 PENTAKRIFAN “RITUAL AMPARAWAK” DI KALANGAN MASYARAKAT MURUT TAHOL DI SABAH: SOROTAN LITERATUR 2023-12-19T17:21:38+08:00 Rozaliza Rosly Rozaliza_rosly_ma21@iluv.ums.edu.my
Perbincangan berkaitan “ritual amparawak” ini sudah pernah dibahaskan dalam kajian-kajian terdahulu dalam kalangan ahli akademik. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian yang membincangkan mengenai “ritual amparawak” terus menjelaskannya secara spesifik berdasarkan kepada jenis aktiviti tanpa mendalami maksud amparawak secara umum menyebabkan penjelasan mengenai ritual ini agak sukar untuk dibahas secara umum tanpa sokongan daripada jenis aktiviti yang menyelitkan ritual ini. Tambahan pula,  upacara mahupun aktiviti yang menyelitkan ritual amparawak ini diamalkan bukan sahaja masyarakat Murut Tahol yang tinggal di daerah Nabawan tetapi juga di daerah lain seperti daerah Tenom. Perbezaan dari segi nama ritual dan cara pelaksanaan yang ditonjolkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di kawasan berbeza ini menambahkan lagi kesukaran dalam mencari tahu definisi bagi amparawak. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menjalankan sorotan literatur terhadap penulisan-penulisan berkaitan ”ritual amparawak” dan mengklasifikasikan semula pendefinisian ritual amparawak. Hasil dapatan kajian menunjukkan definisi amparawak ialah satu perbuatan mencalitkan darah binatang ”smearing animal blood” sama ada pada anggota badan, harta benda mahupun tumbuh-tumbuhan dan ritual ini bertujuan untuk menenangkan dunia spiritual dan inaning masyarakat Murut Tahol. Dengan ritual ini tentunya diharapkan oleh masyarakat Murut Tahol agar terlindung daripada sesuatu perkara yang buruk berbentuk musibah seperti kemalangan, penyakit, hasil tanaman yang tidak menjadi yang menyebabkan kepada kebuluran. Musibah ini dipercayai oleh masyarakat Murut Tahol sebagai kesan daripada bentuk kemarahan dunia spiritual akibat daripada pelanggaran adat yang telah ditetapkan oleh masyarakat ini.
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4762 IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19 KE ATAS PENIAGA KECIL B40 DI SEKTOR INFORMAL 2023-12-19T17:24:37+08:00 Siti Mariam Gulam sitimariamgulam96@gmail.com Dzurizah Ibrahim idzuri@ums.edu.m
Sektor informal merupakan satu kumpulan pengeluar atau peniaga kecil atau penjaja yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana mereka mengeluarkan sekurang-kurangnya satu barangan  atau perkhidmatan untuk jualan atau transaksi barter dan saiz pekerja kurang daripada 10 orang. Peniaga sektor informal biasanya tidak berdaftar di bawah perundangan yang ditetapkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti impak PKP COVID-19 ke atas golongan B40 di sektor informal berasaskan data sekunder daripada sumber sorotan literatur. Di Malaysia, sektor informal adalah salah satu sektor perniagaan kecil yang paling terkesan sepanjang tempoh PKP COVID-19 dilaksanakan sejak bulan Mac 2020 lagi. Ekoran daripada wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh negara, terutama di Malaysia pihak kerajaan telah mengenakan sekatan perjalanan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 daripada terus menular dalam kalangan masyarakat termasuk golongan B40 yang bekerja di sektor informal. Justeru,  artikel ini adalah berasaskan data sekunder seperti data dan maklumat daripada artikel jurnal, laporan berita akhbar online dan laporan rasmi kerajaan. Tujuan utama kajian literatur ini adalah untuk meninjau dan menganalisis kajian-kajian lepas berkenaan dengan impak PKP COVID-19 ke atas peniaga kecil B40 di sektor informal. Hasil tinjauan literatur ini mendapati bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19 telah memberi impak negatif ke atas peniaga kecil di sektor informal di Malaysia dan di negara lain di peringkat global.
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4763 PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES KAMPUNG PINAGON BARU, ULU KULU, TUARAN, SABAH. 2023-12-19T17:28:13+08:00 Siti Rahmah Galib sitirahmahgalib@gmail.com Jalihah Md Shah jalihah@ums.edu.my
Penulisan artikel ini adalah berasaskan penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah. Pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam homestay Ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti terutama sekali kepada komuniti setempat.  Secara umum, pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru dapat menarik minat komuniti setempat untuk terlibat. Hal ini demikian kerana, penglibatan komuniti merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, dalam setiap pembangunan yang dilakukan memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Selain itu, kaedah yang digunakan dalam memperoleh data adalah kualitatif. Seterusnya, dalam dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang mendorong ahli komuniti untuk terlibat dalam homestay berasaskan ekopelancongan. Secara keseluruhan, penulisan artikel ini cuba untuk memahami tahap penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru, Ulu Kiuli, Tuaran Sabah yang mempunyai tahap penglibatan komuniti yang sangat menyeluruh. Meskipun terdapat cabaran yang dihadapi namun perkara tersebut tidak menjadi halangan kepada pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli, Tuaran Sabah Dengan penglibatan dalam ekopelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat. Melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial.
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4764 KELESTARIAN PELANCONGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEPADUAN SOSIAL: KAJIAN KES KOMUNITI TEMPATAN BONGAWAN 2023-12-19T17:31:12+08:00 Syafiqah Syuhada Samsul syafiqahsyuhada.shamsul@hotmail.com Suraya Sintang suraya@ums.edu.my Mohd Jirey Kumalah mohdjirey@gmail.com
Kelestarian pelancongan merupakan isu penting dalam era globalisasi kini kerana faedah eknomi dan sosial komuniti tempatan wujud daripada pertumbuhan industri pelancongan yang pesat. Walau bagaimanapun, tanpa kesepaduan sosial yang kukuh maka kelestarian pelancongan mungkin sukar dicapai terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar. Kesepaduan sosial melibatkan hubungan harmoni yang wujud daripada persefahaman dan saling hormat - menghormati dalam kalangan pemain industri pelancongan. Justeru, artikel ini membincangkan indikator kesepaduan sosial komuniti yang menjadikan pembangunan pelancongan di Kampung Seri Serbang, Bongawan lebih lestari. Pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif melalui pemerhatian dan temubual mendalam bersama informan terpilih di Kampung Seri Serbang. Hasil dapatan menunjukkan, wujud eleman dan indikator kesepaduan sosial yang terbina melalui penglibatan aktif aktiviti pelancongan seperti river cruise, persembahan tarian dan pakaian tradisional etnik iaitu sebagai usaha pembangunan homestay mampan di Kampung Seri Serbang. Oleh itu, melalui usaha meningkatkan kesepaduan sosial, ia diharap dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kelestarian pelancongan di Kampung Seri Serbang dicapai. Sekaligus, dapat memberikan faedah jangka panjang kepada komuniti tempatan, pelancong dan alam sekitar secara maksimum.
2023-12-20T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023