Journal of Borneo Social Transformation Studies
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts

The Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS) is an annual, peer-reviewed, and multidisciplinary research journal of social sciences and humanities will be INDEXED BY MyJOURNAL. This journal is jointly published by the Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS) and Universiti Malaysia Sabah Press.

BorIIS & UMS PRESSen-USJournal of Borneo Social Transformation Studies2462-2095Kesan Media Sosial Terhadap Interaksi Dan Aspek Pembelajaran Formal Dalam Kalangan Remaja: Tinjauan Literatur
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7267

Media sosial merupakan sebuah kemudahan teknologi yang menjadi pilihan para remaja samada di kawasan bandar dan luar bandar pada masa kini. Hal ini kerana media sosial memudahkan mereka untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman hidup atau mendapatkan maklumat. Namun, penggunaan media sosial dalam kalangan remaja juga perlu diberi perhatian kerana ia mampu memberi kesan dalam aspek interaksi sosial, identiti, imej diri dan dan kaedah pembelajaran formal mereka. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kesan penggunaan media sosial terhadap interaksi harian dan kaedah pembelajaran formal dalam kalangan remaja. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan sumber data sekunder seperti artikel jurnal atas talian, buku teks, sumber daripada internet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan dan perubahan yang berlaku terhadap interaksi bersemuka, bahasa pertuturan slanga harian remaja, identiti dan imej remaja akibat daripada penggunaan media sosial oleh remaja. Media sosial juga telah memberikan kesan yang baik terhadap kaedah pembelajaran formal secara atas talian. Manakala kesan kurang baik penggunaan media sosial ke atas remaja adalah seperti kurang fokus dalam kelas kerana kerap bermain media sosial. Justeru, kesan baik dan kurang baik media sosial ke atas remaja perlu suatu bentuk pemantauan dan kawalan yang berkesan oleh pemerintah secara berterusan.

Muhammad WazifMaine SuadikRosazman Hussin
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
https://doi.org/10.51200/jobsts.v11i1.7253
2025-12-312025-12-3111111710.51200/jobsts.v11i1.7267Kepuasan Pelancong Terhadap Aktiviti Pelancongan, Perkhidmatan Dan Fasiliti Di Suang Noh Homestay, Kundasang, Sabah
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7270

Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kepuasan pelancong terhadap perkhidmatan dan fasiliti fizikal yang disediakan di Suang Noh Homestay, Kundasang, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden yang dipilih secara rawak, menggunakan instrumen soal selidik yang merangkumi aspek perkhidmatan pelanggan, kemudahan asas, kebersihan, keselamatan, kemudahan internet serta pengurusan operasi homestay. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelancong berada pada tahap yang sangat tinggi dalam semua aspek yang dinilai. Majoriti responden menilai pengalaman mereka sebagai positif dan menepati jangkaan dari segi keselesaan, layanan mesra kakitangan, serta kemudahan moden yang disediakan. Dapatan ini membuktikan bahawa Suang Noh Homestay berjaya melaksanakan pengurusan yang cekap, berkualiti dan selaras dengan prinsip pelancongan komuniti. Kajian ini memberikan implikasi penting terhadap pembangunan pelancongan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh imej homestay sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti yang mampan dan autentik di Sabah.

Joevian TinusAndreas Pingking
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
2025-12-312025-12-31111184910.51200/jobsts.v11i1.7270Redefining Urban Identity Through Contemporary Iban Tattoo Culture In Sarawak
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7233

This study examines the resurgence and evolving significance of Iban tattoo practices among urbanised Iban communities in Sarawak, focusing on their role in preserving cultural heritage and shaping contemporary urban identities. Once integral to Iban spiritual and social practices, the tradition of Iban tattoos declined with the onset of modernisation, shifts in religious beliefs, and economic changes. Recently, however, a resurgence has gained momentum, largely driven by urban Iban youth who seek to reconnect with their heritage while integrating traditional tattoo motifs into contemporary aesthetics. Through ethnographic observations at international tattoo festivals across Sarawak between April and November 2024, alongside in-depth interviews with tattoo artists and cultural advocates, this research examines the transformation of Iban tattoos from ancestral symbols to expressions of modern identity. The findings underscore three key themes—heritage preservation, aesthetic adaptation, and identity reformation—that redefine the role of Iban tattoos in today’s urban culture. This study contributes to understanding the resilience of urbanised Iban identity and the ways in which cultural heritage is integrated into a globalised urban lifestyle.
Ringah KanyanMusdi ShanatJameel Muhammad KameelTarmiji MasronDaniel Ugih EchohRebecca Constance Richard
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
2025-12-312025-12-31111507210.51200/jobsts.v11i1.7233Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Aktiviti Ekopelancongan Dan Cabaran Di Kampung Melangkap, Kota Belud, Sabah, Malaysia
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7272

Isu utama penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti ekopelancongan adalah berkaitan tentang faedah sosio-ekonomi yang diperolehi yang berterusan dan penjagaan alam semulajadi yang mampan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti ekopelancongan serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pengusaha homestay di Kampung Melangkap, Kota Belud, Sabah, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian lapangan dan analisis data sekunder bagi mendapatkan gambaran tentang penglibatan komuniti dalam sektor ekopelancongan. Hasil kajian mendapati bahawa ahli komuniti tempatan memainkan peranan penting dalam mengurus dan memajukan aktiviti pelancongan berasaskan alam semula jadi seperti homestay, river tubing, lawatan dusun dan perkhemahan. Faktor utama yang mendorong penglibatan komuniti ialah peluang ekonomi, peningkatan permintaan terhadap penginapan serta pertambahan jumlah pelancong. Namun begitu, terdapat empat cabaran dikenal pasti termasuk kelemahan struktur pengurusan organisasi, kekurangan infrastruktur asas, kekangan modal kewangan, dan persaingan antara pengusaha homestay. Kajian ini mencadangkan agar perancangan strategik, peningkatan keupayaan komuniti, penambahbaikan kemudahan asas dan promosi secara bersepadu dilaksanakan bagi memastikan pembangunan ekopelancongan di Kampung Melangkap terus mampan dan berdaya saing.

Mohamad Khalif Fiqri Mohd Rusdy@SuisRosazman HussinAndreas Pingking
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
2025-12-312025-12-311117310210.51200/jobsts.v11i1.7272The Plant Mythologies Of The Paser Indigenous People Amidst IKN Development
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7273

The Paser indigenous people of East Kalimantan have intimate relationship with nature, particularly plants that has resulted in a distinctive tradition of plant mythology. However, the development of the Nusantara Capital City (IKN) in East Kalimantan brings new challenges for the Paser People, especially in sustaining and expressing their plant mythology. This study explores: (1) What types of plants hold mythological significance?; (2) How do plants with mythological significance function in the lives of Paser people; and (3) How does the development of IKN impact the social and cultural sustainability of the Paser people, especially the preservation of knowledge and practices related to mythological plants? The research was conducted in North Penajam Paser Regency using methods such as in-depth interviews, observation, literature review, and Focus Group Discussions. By employing a literary ethnobotany approach, the study examines how the Paser people interpret their natural environment through myth. The findings shows that numerous plants hold mythological significance, including kerembulu, yellow mangrove, sopang, temiang bamboo, nunuk, lumo, puti, ulin, durian layung, and dola loden. These plants serve essential functions for Paser people encompassing rituals and beliefs, food, medicine, and architecture. This knowledge is transmitted intergenerationally through oral traditions and community practices. Nevertheless the development of IKN presents multifaceted challenges, such as the loss of customary forests that harbor ethnobocanical and cultural knowledge, environmental degradation, social displacement, and disruption of cultural continuity. This study emphasizes the importance of integrating ethnobotanical knowledge and local culture into inclusive and sustainable IKN development planning.

Derri Ris RianaRissari YayukJahdiahDede hidayatullahEry Agus KurniantoEka Suryatin
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
2025-12-312025-12-3111110313010.51200/jobsts.v11i1.7273Pemuliharaan Pengetahuan Tradisional: Keterancaman Lagu Tradisional Dalam Komuniti Orang Asli Kensiu
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7274

Pengetahuan tradisional merupakan asas penting dalam komuniti Orang Asli yang diwarisi secara turun-temurun. Ia berfungsi sebagai medium interaksi dengan persekitaran serta hubungan dengan nenek moyang dalam mempraktikkan kehidupan seharian. Pengetahuan ini meliputi bahasa, lagu, cerita tradisional, upacara dan ritual yang mencerminkan sesebuah komuniti. Namun, arus pembangunan dan pemodenan telah menimbulkan perubahan yang memberi kesan terhadap kesinambungan pengetahuan tradisional. Kajian ini meneliti pemuliharaan lagu tradisional Orang Asli Kensiu di Baling, Kedah yang semakin diancam kepupusan. Kehilangan lagu tradisional bukan sahaja menjejaskan warisan budaya, malah memberi implikasi terhadap jati diri komuniti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan temu bual separa berstruktur bersama 15 orang peserta lelaki dan perempuan yang berusia 18 hingga 69 tahun. Reka bentuk fenomenologi diaplikasikan bagi memahami fenomena keterancaman kehilangan lagu tradisi dalam komuniti Kensiu serta perubahan yang berlaku terhadap kesinambungan warisan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan terhadap lagu tradisional mereka semakin berkurangan. Antara faktor yang menyumbang kepada ancaman kepupusan ialah pengaruh teknologi moden, perkahwinan campur dan penyusutan peranan tukang dalam menyampaikan lagu tradisional. Bagi menangani isu ini, langkah pemuliharaan seperti pendokumentasian, peningkatan kesedaran dalam kalangan komuniti Kensiu serta memperluas hebahan melalui platform media sosial adalah penting. Usaha-usaha tersebut diharap dapat memastikan kelangsungan pengetahuan tradisional, khususnya lagu tradisi, agar terus diwarisi oleh generasi muda dan dikekalkan sebagai sebahagian daripada identiti budaya komuniti Kensiu.

Nor Adilah Muhamad NizamHaris Abdul WahabRoshidah HassanSiti Nur Edlyn Nadia Zuraiju
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
2025-12-312025-12-3111113115510.51200/jobsts.v11i1.7274Geospatial Transformations And Cultural Resilience: A Proposed Communication Framework For The Lundayeh Community In Long Pasia, Sabah
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7275

This study investigates the complex interplay between large-scale development, environmental transformations and cultural resilience among Indigenous Peoples in Borneo. Using a mixed-methods design, it integrates geospatial analysis, ethnographic fieldwork and policy review to assess the socio-cultural implications of infrastructure and economic projects. Findings reveal that while development enhances regional economic integration, it often precipitates cultural conflicts such as land dispossession, erosion of Indigenous languages and threats to sacred sites. Prevailing top-down communication practices marginalize Indigenous voices, thereby weakening community agency. Conversely, cultural communication through rituals, arts and oral traditions emerges as a vital mechanism for identity preservation and negotiation of development pressures. The study highlights the urgent need for participatory communication frameworks, inclusive policy dialogues, and legal reforms that recognize customary land tenure. It underscores the critical role of Indigenous narratives in shaping development discourse and contributes insights for more equitable and sustainable development policies in Indigenous territories globally.

Violeta WilfredEstelle GeorgeAisha HossinKhairulanwar Edinin
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
https://doi.org/10.51200/jobsts.v11i1.7275
2025-12-312025-12-3111115616010.51200/jobsts.v11i1.7275Asal Usul Dan Fungsi Persembahan Tarian Sayau Moginum Etnik Dusun Tatana
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7285

Kajian ini memberi tumpuan kepada tarian Sayau Moginum yang merupakan salah satu warisan budaya penting bagi etnik Tatana yang lazimnya menetap di daerah Kuala Penyu, Sabah dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti budaya mereka melalui pelbagai tradisi, termasuk tarian. Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan asal usul serta mengenal pasti fungsi tarian Sayau Moginum yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Tatana. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif yang melibatkan kerja lapangan (field work) di empat buah kampung utama di Kuala Penyu. Data diperoleh melalui kaedah temu bual mendalam bersama informan berautoriti seperti penari tradisional, ketua adat, dan penduduk tempatan selain pemerhatian langsung terhadap persembahan tarian yang dirakam melalui teknik video dan fotografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sayau Moginum telah wujud sejak zaman awal kewujudan etnik Tatana dan berkembang sebagai satu bentuk ekspresi budaya yang penting. Tarian ini bukan sahaja berfungsi dalam konteks upacara ritual tetapi juga sebagai hiburan dan medium sosial bagi menjalin hubungan sesama komuniti. Keunikan gerak tari yang dipersembahkan dalam bentuk berkumpulan serta penggunaan busana tradisional menambah nilai estetika dalam setiap persembahan. Oleh itu, dokumentasi ini diharap dapat membantu usaha pemuliharaan tarian Sayau Moginum agar tidak pupus ditelan arus pemodenan. Kajian ini juga menyumbang kepada pengkayaan khazanah seni tari etnik di Malaysia serta menjadi rujukan penting dalam bidang antropologi dan kajian budaya tempatan.

Patricia JipohSri Ningsih Sukirman
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
2025-12-312025-12-3111116118010.51200/jobsts.v11i1.7285The Evolution of Crisis Communications In Sabah: From Traditional Media to Social Media Dominance and its Implications for PRN17
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/7287

Crisis communication in Sabah’s electoral politics has evolved substantially with the convergence of traditional media, digital platforms and interpersonal communication networks. PRN17, the 2025 Sabah state election, presents a significant case for understanding how crises manifest in a political environment shaped by real-time information flows, viral user-generated content and heightened public emotion. This study examines crisis communication across the pre-election, election-day and post-election phases of PRN17, analysing interactions among political actors, the Election Commission (EC), mainstream media, influencers and ordinary citizens. Using the Social-Mediated Crisis Communication (SMCC) model, Situational Crisis Communication Theory (SCCT), and the Integrated Crisis Mapping (ICM) framework alongside localised insights into Sabah’s media ecology, this study identifies a marked shift toward a hybrid crisis communication model. Findings show that traditional media continue to function as verification anchors, yet social media now dominate crisis emergence and public interpretation. Citizen documentation and influencer engagement accelerated misinformation risks while simultaneously enabling rapid narrative correction. Sabah’s cultural context that particularly interpersonal trust networks and long-standing sentiment regarding state autonomy has further shaped crisis dynamics. These elements intensified in the aftermath of PRN17 when GRS’s openness to working with a Peninsular-based party, despite earlier commitments to maintain a local-based coalition, triggered widespread digital debate and perceptions of expectancy violation across platforms. This extended the crisis beyond election night into the coalition formation period. The study concludes that crisis communication in Sabah has matured into a hybrid system requiring agile, emotionally attuned and multi-channel strategies grounded in local socio-political realities. Future electoral crises will demand sustained engagement across traditional media, digital environments and interpersonal networks to maintain trust, stability and democratic legitimacy.

Violeta WilfredAisha HossinEstelle GeorgeKhairulanwar Edinin
Copyright (c) 2026 Journal of Borneo Social Transformation Studies
2025-12-312025-12-3111118119410.51200/jobsts.v11i1.7287