Penilaian Koswer Multimedia Interaktif Dengan Pendekatan Koperatif Masteri Dalam Meningkatkan Pencapaian Respirasi Sel

  • Fazzlijan Mohamed Adnan Khan

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan koswer multimedia interaktif bagi topik Respirasi Sel peringkat Matrikulasi terhadap skor pencapaian pemikiran aras tinggi (HOT). Satu koswer multimedia interaktif telah dibangunkan dan diaplikasikan melalui strategi yang dinamakan Pembelajaran Masteri berbantukan Multimedia (PMM) dan Pembelajaran Koperatif Masteri berbantukan Multimedia (PKMM). Pendekatan PMM melibatkan penggunaan koswer yang disematkan komponen-komponen masteri di dalamnya dan dijalankan melalui pembelajaran individu sementara PKMM dilaksanakan secara pembelajaran berkumpulan. Pembolehubah tidak bersandar adalah koswer multimedia interaktif dengan strategi PMM dan PKMM. Manakala pembolehubah bersandar yang dikaji ialah skor pencapaian ujian pra dan ujian pasca Respirasi Sel yang mengukur kesemua domain kognitif taksonomi Bloom baharu (mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta). Kajian eksperimental kuasi digunakan dengan melibatkan 145 pelajar. Ujian ANCOVA satu hala dilakukan terhadap skor ujian pasca respirasi sel. Hasil analisis kajian ini mendapati pelajar yang melalui PKMM memperoleh pencapaian skor pencapaian lebih baik secara signifikan berbanding PMM. Hal ini dapat dijelaskan bahawa komponen-komponen pembelajaran masteri yang dipersembahkan melalui elemen animasi grafik dan teks telah memainkan peranan penting dalam mengstruktur langkah-langkah pengajaran yang lebih sistematik sebagai panduan kepada pelajar. Kombinasi pembelajaran koperatif pula telah mengukuhkan lagi peranan pembelajaran masteri untuk menguasai pembelajaran secara bersepadu.

Section
Articles