Jurnal Pemikir Pendidikan
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan

Journal of Educational Thinkers is the official journal of the Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah. The abbreviation for the Journal of Educational Thinkers (Jurnal Pemikir Pendidikan) is EduThinkers. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal of Educational Thinkers) is a peer-reviewed journal devoted to the publication of original papers, serves as a forum for practical approaches to improving quality in issues pertaining to education and its related fields. Journal of Educational Thinkers aimed to develop as a journal with a focus on emerging issues pertaining to education. The journal is published in English or Bahasa Melayu (Malay language) and it is open to authors around the world regardless of their nationality.

Universiti Malaysia Sabahen-USJurnal Pemikir Pendidikan1985-3637Cabaran dalam Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5002

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan sekolah menengah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan protokol temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Kajian melibatkan tiga anggota kumpulan pelaksana kewangan sekolah (AKP) yang terlibat dalam pengurusan kewangan di sekolah Zon Tenggara Sabah. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian menunjukkan beberapa cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan. Cabaran utama melibatkan aspek guru, masalah beban tugas AKP kewangan, masalah dokumentasi kewangan dan perakaunan, kelemahan dari segi kemahiran, faktor usia AKP kewangan dan kekurangan dari segi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Cadangan kepada penyelesaian masalah termasuklah taklimat kewangan, kelengkapan TMK untuk pengurusan kewangan dan mempertingkatkan peranan pemimpin sekolah. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pihak berkepentingan dalam usaha untuk menambah baik pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.
Jessica Chin Yen YenRezlawani AbdullahLenny Yaqub
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berbantukan Peta Pemikiran Terhadap Motivasi Belajar Mata Pelajaran Ekonomi
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5004

Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan Peta Pemikiran (PP) sebagai perancahan melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam pembelajaran mata pelajaran Ekonomi tingkatan empat. Kajian mengunakan kaedah kuasi eksperimen dengan melaksanakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengukur motivasi pelajar dalam pembelajaran mata Pelajaran Ekonomi melalui konstruk intrinsik, ekstrinsik. Sampel kajian melibatkan 96 orang pelajar tingkatan empat daripada tiga sekolah menengah iaitu PBMPP (n=32), PBM (n=31) dan kumpulan tradisional (TDR) (n=33). Instrument soal selidik menggunakan instrument Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) (Duncan & McKeachie, 2005) untuk mengukur kesan PBMPP ke atas motivasi pelajar MSQL sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Ujian ANCOVA dan MANCOVA telah dilaksanakan pada ujian pacsa motivasi terhadap pembelajaran Ekonomi dengan menggunakan ujian pra sebagai kovariat. Hasil kajian menunjukkan kaedah PBMPP mengatasi kumpulan PBM dalam konstruk instrinsik, kawalan kepercayaan, efikasi dan nilai tugasan. Begitu juga, kumpulan PBMPP mengatasi kumpulan TDR dalam semua konstruk motivasi yang dikaji. Hasil kajian mencadangkan PBM menggunakan PP sebagai perancahan berkesan meningkatkan motivasi pembelajaran mata pelajaran Ekonomi dalam kalangan pelajar tingkatan empat.
Mazren Tikusan
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kebimbangan Matematik Sekolah Rendah
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5005

The Modified Abbreviated Mathematics Anxiety Scale (mAMAS) merupakan satu instrumen pengukuran kebimbangan matematik bagi murid sekolah rendah. Pengadaptasian mAMAS di Malaysia menjadi keperluan bagi memudahkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah. Kajian melibatkan 214 murid tahun lima di tiga buah sekolah rendah di Semporna. Kaedah terjemahan hadapan dan belakang digunakan untuk menterjemah soal selidik mAMAS oleh tiga orang penterjemah hadapan dan seorang penterjemah belakang. Dua pakar bertindak menyemak kesesuaian dan kesepadanan hasil terjemahan merentasi bahasa. Melalui Confirmatory Factor Analysis (CFA) mengesahkan dapatan Carey et al. (2017) iaitu terdapat dua domain dalam mAMAS melibatkan kebimbangan pembelajaran matematik dan kebimbangan pentaksiran matematik serta sembilan item dikekalkan. Analisis kebolehpercayaan mAMAS menggunakan pekali Alfa Cronbach mendapati mAMAS berupaya mengukur kebimbangan matematik murid sekolah rendah (α=0.884) serta mengukur kebimbangan pembelajaran matematik (α=0.857) dan kebimbangan pentaksiran matematik (α=0.8126). Implikasi kajian ini dapat mengembangkan kajian melibatkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah di Malaysia.
Sitti Sham AmirSiti Rahayu Mohd HashimKhairuddin Abdullah
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Realiti Berperantara (AR) dalam Pendidikan Prasekolah
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5006

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan persepsi penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan realiti berperantara (AR) dalam pendidikan prasekolah. Pengumpulan data menggunakan soal selidik dalam talian dan melibatkan 31 orang guru pelatih bidang pendidikan awal kanak-kanak. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan menunjukkan guru pelatih mempunyai persepsi positif bahawa penggunaan AR boleh memotivasikan, meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid prasekolah. Hasil kajian menunjukkan perbezaan signifikan antara persepsi guru pelatih lelaki dan perempuan terhadap keberkesanan AR untuk memotivasikan kanak-kanak dalam pembelajaran, t (29) = -2.063, P < .05, keberkesanan AR meningkatkan kreativiti, t (29) = - 2.767, P < .05. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan signifikan antara kepercayaan guru pelatih lelaki dan perempuan terhadap sumbangan AR untuk meningkatkan pengetahuan murid prasekolah dalam pembelajaran, t (4.543) = - 1.631, P > .05. perceived usefulness penggunaan AR, t(29) = -1.405, P > .05; perceived ease of use, t (29) = -1.339, P > .050; perceived enjoyment penggunaan AR, t (29) = -.591, P > .050. Hasil kajian ini telah membuka satu perspektif baru dalam mempromosikan penggunaan AR dalam pengajaran murid sejak di peringkat prasekolah lagi.
Maeve Judi
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121Mengintegrasikan Bioteknologi ke dalam Pendidikan Sejarah: Meningkatkan Kefahaman dan Penglibatan
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5007

Kertas Kerja ini membincangkan integrasi bioteknologi ke dalam pendidikan sejarah untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang asas sejarahnya dan memupuk penglibatan. Dengan mengkaji strategi, faedah, cabaran dan hasil yang berkesan yang berkaitan dengan memasukkan topik berkaitan bioteknologi ke dalam kurikulum sejarah, kajian ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara kemajuan saintifik bioteknologi dan konteks sejarahnya. Melalui kajian kes, tinjauan, temu bual dan pembangunan kurikulum, penyelidikan meneroka kesan ke atas kemahiran berfikir kritis pelajar, pembelajaran antara disiplin dan penglibatan keseluruhan. Penemuan ini akan menyumbang kepada pembangunan kurikulum dan menyediakan para pendidik dengan pandangan praktikal untuk mengintegrasikan bioteknologi ke dalam pendidikan sejarah, melengkapkan pelajar dengan pemahaman yang komprehensif tentang implikasi bioteknologi masyarakat.

Lee Bih NiNurulasyikin Binti Hassan
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121Cabaran Pembantu Tadbir Kewangan dalam Pengurusan Kewangan Sekolah
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5008

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dalam pengurusan kewangan kumpulan wang sekolah iaitu Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan Kumpulan Wang Sumbangan Awam (SUWA). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan dua orang pembantu tadbir kewangan sekolah yang dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan pembantu tadbir kewangan memerlukan latihan berterusan untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan. Cabaran yang dihadapi melibatkan kecuaian dalam membuat rekod dan penyelegaraan buku tunai, jumlah peruntukan PCG yang tidak mencukupi dan faktor guru yang membuat perbelanjaan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Hasil kajian ini menunjukkan pengurusan perakauanan sekolah berhadapan dengan cabaran yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya daripada pihak pengurusan sekolah.
Octarina KaharDeivy DaulinAin Safirah binti Sailun
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121Rangsangan Kemahiran Motor Halus dan Kognitif Murid Prasekolah Menggunakan Playdough
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5009

Kajian ini mengkaji keberkesanan kemahiran motor halus dan kognitif kanak-kanak menggunakan aktiviti bermain playdough. Dalam kajian ini, reka bentuk ujian pra-pasca satu kumpulan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental telah digunakan. Kumpulan rawatan terdiri daripada 15 orang murid prasekolah berumur 6 tahun sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan prosedur ujian pra, ujian pasca, dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan purata skor kemahiran motor halus daripada 60.53% peratus kepada 89.87% iaitu peningkatan sebanyak 27.47%. Kemahiran kognitif juga menunjukkan peningkatan purata skor daripada 66.53% kepada 95.20%. Hasil kajian ini menunjukkan aktiviti bermain playdough memberikan kesan positif kepada perkembangan Kemahiran motor halus dan kongitif kanak-kanak. Oleh yang demikian penggunaan playdough boleh diperluaskan sebagai salah satu aktiviti pembelajaran dalam kelas pendidikan prasekolah.
AMIZAHCHRISTINA ANDIN
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121Model Inkuiri 5E Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5010

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan dan kesan Model Inkuiri 5E dalam dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian melibatkan enam informan di Penampang. Metodologi kajian adalah kualitatif dengan memungut data secara temu bual dan analisis secara deskriptif ke atas enam orang informan. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru adalah menjurus kepada perbincangan, sumbang saran, pengumpulan bahan hand on, pemberian tajuk awal, aktiviti berpusatkan pelajar, penggunaan tablet, teknik IMBaKup dan pembinaan soalan pemahaman, telah meninggalkan kesan positif kepada pelajar di mana mereka berasa seronok, tidak bosan, mudah faham, dan senang mengingat fakta yang dipelajari. Rumusnya, secara keseluruhan kajian ini dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru, di mana kepenggunaan Model Inkuiri 5E menjadikan pengajaran guru lebih kreatif.
Musirin MosinConnie C. Ah Gang @ Christine
Copyright (c) 2024
2024-03-292024-03-29121