Efikasi Kendiri dan Motivasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam di Sabah

Authors

  • Abd Halim Tahir Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Efikasi kendiri dan motivasi merupakan antara dua elemen yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji  tahap efikasi kendiri dan motivasi akademik dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 200 pelajar daripada kolej tingkatan enam turut serta dalam kajian ini. Hasil kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan (SPSS) versi 25.0. Dapatan menunjukkan tahap efikasi kendiri pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi, dengan skor min 3.03, merangkumi 84.3% daripada responden. Dalam kajian ini, motivasi akademik  diukur berdasarkan kepada tiga konstruk utama, iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan amotivation. Motivasi intrinsik diukur berdasarkan tiga komponen, iaitu pengetahuan, penyempurnaan dan rangsangan. Kajian mendapati bahawa dua komponen dalam motivasi intrinsik, iaitu pengetahuan dan penyempurnaan berada pada pada tahap rendah, dengan skor min 3.51 (87.7%). Namun bagi komponen rangsangan berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.41 (92.7%). Selain motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik yang juga mempunyai tiga komponen (peraturan dikenal pasti, introjeksi & peraturan luaran) juga dikaji. Kajian menunjukkan peraturan yang dikenal pasti, berada pada tahap sederhana, dengan skor min 3.64 (79.0%), introjeksi pula adalah tahap tinggi iaitu skor min 3.75 (90.2%), manakala peraturan luaran berada pada tahap rendah dengan skor min 3.03 (74.7%).  Tahap konstruk amotivation pelajar adalah pada tahap tinggi, dengan skor min 4.44 (94.0%). Secara keseluruhannya, kajian mendapati efikasi kendiri dan motivasi pelajar  berada pada tahap  sederhana dan rendah. Oleh itu,  program intervensi dicadangkan bagi meningkatkan pembangunan aspek efikasi kendiri dan motivasi akademik pelajar, khususnya pelajar tingkatan enam.

Downloads

Published

2024-12-18

How to Cite

Tahir, A. H. . (2024). Efikasi Kendiri dan Motivasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam di Sabah. Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 8(1), 125–130. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/5817
Total Views: 0 | Total Downloads: 0