Konflik Dan Menangani Konflik Identiti Seksual Dalam Kalangan Gay Di Malaysia

Authors

  • Carmella E. Ading Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Masyarakat di Malaysia secara umumnya tidak menerima golongan gay. Ini adalah kerana larangan agama mahupun budaya yang dipegang oleh masyarakat heteronormatif.  Malah isu ini boleh menjadi satu isu yang panas sehingga mampu mencederakan perasaan individu yang baru sahaja menyedari dirinya lebih tertarik dengan individu sama jantina. Identiti seksual gay tidak berlaku sekelip masa. Individu ini akan melalui satu proses perkembangan awal identiti seksual sehingga ke peringkat mereka mengesahkan identiti seksual mereka. Sepanjang proses perkembangan identiti seksual, individu ini akan mengalami konflik dalam diri mereka kerana mereka tahu orientasi seksual sama jantina adalah salah dari perspekstif agama mahupun masyarakat heteronormatif. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka konflik yang dialami dan bagaimana individu gay di Malaysia menangani konflik identiti seksual mereka. Temubual secara mendalam dengan menggunakan soalan separa berstruktur ke atas 6 orang subjek kajian yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Pendekatan teori Grounded  digunakan untuk menganalisis data. Melalui analisis data ini, konflik yang dialami oleh subjek kajian adalah agama, budaya, keluarga dan Masyarakat. Untuk menangani konflik tema yang dapat dikesan adalah mengabaikan sahaja, berfikiran positif dan lali (immune) dengan situasi negatif.

 

Downloads

Published

2024-12-26

How to Cite

Ading , C. E. (2024). Konflik Dan Menangani Konflik Identiti Seksual Dalam Kalangan Gay Di Malaysia . Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 8(1), 190–194. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/5875
Total Views: 155 | Total Downloads: 14