Analisis Bibliometrik: Penyelidikan Terhadap Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak di Asia Tenggara (2014-2024)

Authors

  • Isma Syafitri Eddy Muhartono Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Roslan Bin Rosli Universiti Malaysia Sabah
  • Nur Adimah Binti Adilon Universiti Malaysia Sabah
  • Dewy Syahirah Universiti Malaysia Sabah
  • Nur Nadiah Nabilah Binti Japanis @ Osman Universiti Malaysia Sabah
  • Wanda Kiyah George Albert Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Haazik Mohamed Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Isu kesihatan mental kanak-kanak telah menjadi perhatian global yang mendesak kerana kesannya terhadap kualiti hidup individu dalam jangka masa panjang. Di rantau Asia Tenggara, penyelidikan dalam bidang ini masih terhad akibat stigma sosial, kekurangan sumber, dan akses yang rendah kepada perkhidmatan kesihatan mental kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis secara saintifik trend penyelidikan mengenai kesihatan mental kanak-kanak di Asia Tenggara sepanjang tempoh 2014 hingga 2024. Data diperoleh daripada pangkalan data Scopus, dan perisian VOSviewer digunakan untuk memvisualisasikan corak penerbitan dan kolaborasi dalam topik ini. Sebanyak 103 artikel telah dikenal pasti, dengan Amerika Syarikat menerbitkan artikel terbanyak (n=26), diikuti oleh Australia (n=18) dan United Kingdom (n=15). Hasil ini mencerminkan dominasi negara maju dalam penyelidikan global berbanding dengan sumbangan negara serantau. Dari segi pengarang, Peltzer, Karl dan Pengpid, Supa dikenalpasti sebagai penulis paling prolifik, masing-masing dengan 5 artikel dan 161 sitasi, menunjukkan pengaruh mereka yang signifikan dalam bidang ini.  Kata kunci utama seperti "Kesihatan Mental" (n=17), "Remaja" (n=7), "Kemurungan" (n=7), "Kemurungan" (n=4) mencerminkan fokus utama penyelidikan terhadap isu-isu kesihatan mental yang kritikal. Hasil dapatan dibincangkan berdasarkan analisis kata kunci dan trend penerbitan yang telah dikenalpasti.

Downloads

Published

2024-12-30

How to Cite

Eddy Muhartono, I. S. ., Rosli, M. R. ., Adilon, N. A. ., Dewy Syahirah, Japanis @ Osman, N. N. N. ., George Albert, W. K. ., & Mohamed, M. H. . (2024). Analisis Bibliometrik: Penyelidikan Terhadap Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak di Asia Tenggara (2014-2024). Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 8(1), 206–215. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/5904
Total Views: 32 | Total Downloads: 32