Kepercayaan Amalan Waktu Tidur Zaman Kanak-Kanak: Satu Kajian dalam Kalangan Kaum Melayu dan Cina di Sabah
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7051Keywords:
kepercayaan budaya, amalan tidur, zaman kanak-kanak, kaum Melayu dan Cina, pendekatan kualitatifAbstract
Kajian ini meneliti pengaruh kepercayaan budaya terhadap amalan waktu tidur semasa kanak-kanak dalam kalangan keluarga kaum Melayu dan Cina di Sabah. Walaupun kedua-dua kaum kaya dengan adat dan kepercayaan yang tersendiri berkaitan dengan rutin tidur, namun pemahaman tentang bagaimana kepercayaan tersebut membentuk persepsi dan keputusan ibu bapa masih terhad dalam literatur tempatan. Menggunakan pendekatan fenomenologi kualitatif, empat pelajar telah menjadi responden bagi kajian ini dan ditemubual secara bersemuka dan juga secara atas talian melalui temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pantang larang, amalan spiritua, dan kepercayaan kesihatan tradisional menjadi rujukan penting bagi kebanyakkan ibu bapa dalam menetapkan cara dan waktu tidur yang sesuai bagi anak-anak mereka. Namun, pengaruh gaya hidup moden seperti jadual keluarga yang berubah-ubah, tekanan masa, dan pendedahan kepada teknologi telah mengurangkan kesinambungan pematuhan terhadap amalan tradisional ini, serta mendorong kepada penyesuaian masa dan cara tidur berdasarkan keperluan semasa dalam sesebuah keluarga tersebut. Kajian ini menegaskan bahawa adat budaya dan kepercayaan masih memainkan peranan yang penting dalam membentuk tabiat tidur semasa kanak-kanak, tetapi faktor kontemporari turut mempengaruhi keberkesanan dan kelangsungannya pada masa kini. Implikasi dapatan kajian menekankan bahawa inisiatif berasaskan keluarga harus dilaksanakan dengan lebih terperinci dan peka kepada budaya masing-masing