The Relationship Between Emotion Regulation, Social Support and Mental Health among University Students
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7053Keywords:
pengawalan emosi,, sokongan sosial, kesihatan mentalAbstract
Kajian ini meneliti hubungan antara strategi pengawalan emosi, sokongan sosial, dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Seramai 150 pelajar berumur 18 hingga 25 tahun terlibat, terdiri daripada 62% pelajar universiti awam dan 38% universiti swasta. Data dikumpul melalui soal selidik atas talian menggunakan tiga instrumen: Emotion Regulation Questionnaire (ERQ) untuk menilai strategi pengawalan emosi (cognitive reappraisal and expressive suppression), Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) untuk mengukur sokongan sosial, dan Depression Anxiety Stress Scales-21 (DASS-21) untuk menilai tekanan psikologi. Analisis korelasi Spearman menunjukkan tiada hubungan signifikan antara penilaian semula kognitif (cognitive reappraisal) dan tekanan psikologi, manakala penekanan ekspresi (expressive suppression) mempunyai hubungan positif yang lemah tetapi signifikan. Sokongan sosial juga tidak menunjukkan hubungan signifikan dengan tekanan psikologi. Dapatan ini menekankan kepentingan fleksibiliti dalam penggunaan strategi pengawalan emosi serta keperluan intervensi yang disesuaikan bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar universiti.