Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7063Keywords:
sogit, pamali, tingkah laku, kanak-kanak, budaya, Sabah, IndonesiaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk memahami pengaruh amalan sogit dan pamali terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak di Sabah dan Indonesia. Amalan sogit dan pamali merupakan sebahagian daripada sistem nilai budaya masyarakat tempatan yang berfungsi sebagai mekanisme sosial dalam mendidik dan membentuk disiplin moral sejak usia awal. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat di Sabah dan Indonesia mengenai amalan sogit dan pamali, menjelaskan perbandingan dan persamaan amalan sogit dan pamali, dan meneliti sejauhmana amalan sogit dan pamali masih relevan dan diamalkan oleh masyarakat Sabah dan Indonesia sehingga kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan peserta daripada komuniti tempatan di Sabah dan beberapa wilayah di Indonesia. Analisis tematik digunakan bagi mengenalpasti tema-tema utama kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sogit dan pamali berperanan penting dalam membentuk tingkah laku patuh, hormat, dan berdisiplin dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran dalam mengekalkan kefahaman terhadap amalan ini dalam konteks moden yang semakin terdedah kepada pengaruh luar. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan kepentingan pemeliharaan nilai budaya tradisional sebagai asas kepada pembentukan moral dan identiti sosial kanak-kanak di kedua-dua negara.