PENILAIAN KESAN REFORMASI DASAR KEWANGAN KEATAS INSTITUSI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Noor Aznaim Abd Latib
  • Mohammad Taqiuddin Taqiuddin

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v12i.1351

Abstract

Perbankan Islam masa kini adalah kompenan penting dalam ekonomi dan sumbangannya kepada pertumbuhan negara. Sektor ini juga dijangka menjadi pendorong dan pemangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih penting dalam peralihan Malaysia ke arah mencapai status ekonomi maju pada tahun 2020. Sektor ini mampu memenuhi tuntutan ekonomi yang semakin bertambah dan memacu perubahan ekonomi ke fasa pembangunan seterusnya. Justeru itu, bagi menyediakan sektor perbankan Islam memenuhi keseluruhan matlamat tersebut, kerajaan Malaysia telah memperluaskan lagi perlaksanaan dasar liberalisasi kewangan pada 27 April 2009 yang mana dilihat lebih menjurus kepada sektor kewangan dan perbankan Islam. Namun, dalam konteks kewangan negara, dasar liberalisasi ini bukanlah sesuatu yang baru malah telah dilaksanakan sejak tahun 1970an lagi.Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan untuk mengetahui sejauhmana kesan perlaksanaan dasar liberalisasi kewangan terhadap perbankan Islam di Malaysia. Ini kerana pasaran yang kompetitif tidak mencerminkan kedudukan sebenar pasaran yang sedang berkembang. Artikal ini akan memperlihatkan perkembangan yang bermula daripada peralihan struktur ekonomi daripada pertanian kepada sektor kewangan. Dapatan kajian ini juga dapat menjelaskan secara terperinci berkaitan kesan serta tindak balas institusi perbankan Islam terhadap dasar yang telah dilaksanakan. Satu penilain terhadap dasar liberalisasi perlu dilaksanakan bagi menambah baik dasar sedia ada sebelum membuat beberapa strategi jangka panjang negara untuk mencapai matlamat memajukan institusi perbankan Islam di Malaysia.

Downloads

Published

2018-06-30

How to Cite

Abd Latib, N. A., & Taqiuddin, M. T. (2018). PENILAIAN KESAN REFORMASI DASAR KEWANGAN KEATAS INSTITUSI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 12, 69–88. https://doi.org/10.51200/ljms.v12i.1351

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 2654 | Total Downloads: 3140