PENGUATKUASAAN BURSA MALAYSIA TERHADAP PELANGGARAN SYARAT PENYENARAIAN SYARIKAT PATUH SYARIAH

Authors

  • Ahmad Azam Sulaiman Universiti Malaya
  • Mohd Fadhli Khalid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Adib Mohd Zaki Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v13i.2529

Abstract

The enforcement action taken by Bursa Malaysia against listed companies in breach of the Listing Requirements is the most effective method of educating investors in the capital market. The objective of the study is to study the enforcement relationship with the characteristics of corporate governance in the Shariah-compliant companies listed on Bursa Malaysia. 10 samples of Shariah-compliant companies that are subject to regulatory violations are used in analyzing the relationship of enforcement actions with the characteristics of corporate governance ie the Board and the Audit Committee. The aspects studied are the size of the Board, Board Members Independence, Frequency of Board meetings, independence and expertise of Audit Committee Members. The findings show that the Board Size and independence show the results of the analysis which are not in line with the findings of previous studies and best practices recommendations. While the results of the analysis for the Frequency of Meetings are positive and parallel as the previous study findings and best practice recommendations. This means that the frequent meetings of the Board will create a low risk for the company to make a violation of the Listing Requirements. In addition, the results of the analysis to show the effectiveness of the structure of the Audit Committee ie the independence and expertise of the Audit Committee members.

Abstrak

Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh Bursa Malaysia terhadap syarikat tersenarai yang melanggar Syarat-syarat Keperluan Penyenaraian adalah satu kaedah yang paling berkesan bagi mendidik para pelabur dalam pasaran modal. Objektif kajian adalah untuk mengkaji hubungan penguatkuasaan dengan ciri-ciri tadbir urus korporat di syarikat-syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. 10 sampel syarikat patuh syariah yang dikenakan tindakan di atas pelanggaran peraturan digunakan dalam menganalisis hubungkait tindakan penguatkuasaan dengan ciri-ciri tadbir urus korporat iaitu Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit. Aspek-aspek yang dikaji ialah saiz Lembaga Pengarah, Kebebasan Ahli Lembaga Pengarah, Kekerapan mesyuarat Lembaga Pengarah, kebebasan dan kepakaran Ahli Jawatankuasa Audit. Hasil dapatan kajian mendapati saiz dan kebebasan Lembaga Pengarah menunjukkan hasil analisis yang tidak selari dengan dapatan kajian terdahulu dan cadangan amalan terbaik (best practices). Manakala hasil analisis bagi kekerapan mesyuarat adalah positif dan selari seperti dapatan kajian terdahulu dan cadangan amalan terbaik (best practices). Ini bermakna kekerapan mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah akan mewujudkan risiko yang rendah untuk syarikat membuat pelanggran terhadap Syarat-syarat Penyenaraian. Selain itu, hasil keputusan analisis bagi menunjukkan hubungkait keberkesanan struktur ahli-ahli Jawatankuasa Audit.

Downloads

Published

2019-06-30

How to Cite

Sulaiman, A. A., Khalid, M. F., & Mohd Zaki, M. A. (2019). PENGUATKUASAAN BURSA MALAYSIA TERHADAP PELANGGARAN SYARAT PENYENARAIAN SYARIKAT PATUH SYARIAH. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 13, 1–20. https://doi.org/10.51200/ljms.v13i.2529

Issue

Section

Articles
Total Views: 432 | Total Downloads: 397