HUBUNGAN GAYA KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN KEPUASAN KERJA GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM

Authors

  • Windy Anjilus Universiti Malaysia Sabah
  • Roslee Talip Universiti Malaysia Sabah
  • Soon Singh Bikar Singh Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.vi1.2540

Abstract

Teachers who experience job dissatisfaction tend to lose their joy and happiness in their work that leads to low motivation, performance, committment and eventually results in leaving their job. This brings long-term negative effects to the organization and provides opportunity for rivalry. Hence, a study on the practice of appropriate organizational culture need to be carried out to increase the level of the teachers' job satisfaction to enhance the performance of the organization. Recent studies in organizational culture, which involve three dimensions namely bureaucratic culture, innovative culture and supportive culture portrays the potential in influencing the teachers' job satisfaction. This study delves into the influence of the practice of these three dimensions in organizational culture towards the teachers' job satisfaction in the aspects of promotion, pay, supervision, working procedures and co-workers. This study is based on the Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) by Bass and Avolio (2004), to measure the transformational leadership style and the combination of two instruments of questionnaire to measure job satisfaction, which are Job Satisfaction Survey (JSS) by Spector (1985) and Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) by Weiss, Dais, England and Lofquist (1967). Quantitative analysis is done using Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 24.0 towards 50 academic teachers in the Form Six centres. The findings show that transformational leadership style in particular has a significant relationship towards job satisfaction among the academic teachers in the Form Six Centres.

Abstrak

Guru yang tidak dapat mengalami kepuasan kerja akan menyebabkan mereka hilang keseronokan dan kegembiraan untuk meneruskan sesuatu pekerjaan yang antara lain akan menyebabkan berlakunya penurunan motivasi, prestasi, komitmen, dan berniat untuk berhenti kerja. Perkara ini akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada organisasi seperti kemunculan pesaing-pesaing baharu dan sedia ada. Oleh itu, pengamalan gaya kepemimpinan transformasi adalah perlu diterapkan untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja guru demi mencapai matlamat organisasi. Kajian terkini yang telah dilakukan mendapati gaya kepemimpinan transformasi yang terdiri daripada empat dimensi iaitu pengaruh karismatik, menginspirasikan motivasi, merangsang intelektual dan pertimbangan individu, mempunyai potensi untuk mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kajian ini akan mengkaji hubungan pengamalan gaya kepemimpinan transformasi pengetua terhadap kepuasan kerja guru. Terdapat lima faktor kepuasan kerja guru dalam kajian ini iaitu peluang kenaikan pangkat, gaji, penyeliaan, prosedur kerja, dan rakan sekerja. Kajian tinjauan ini berdasarkan soal selidik ‘Multifactor Leadership Questionnaire’ (MLQ), untuk mengukur gaya kepemimpinan transformasi, dan gabungan dua instrumen soal selidik untuk mengukur kepuasan kerja iaitu ‘Job Satisfaction Survey’ (JSS), dan ‘Minnesota Satisfaction Questionnaire’ (MSQ). Analisis kuantitatif dilakukan dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 24.0, terhadap 50 orang guru akademik di Pusat-pusat Tingkatan Enam. Dapatan yang diperolehi menunjukkan tahap pengamalan gaya kepemimpinan transformasi pengetua mengikut persepsi guru akademik adalah tinggi secara keseluruhannya. Manakala dimensi rakan sekerja mencatatkan faktor kepuasan kerja yang tertinggi. Analisis korelasi gaya kepemimpinan transformasi didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru akademik di Pusat-pusat Tingkatan Enam.

Downloads

Published

2019-02-28

How to Cite

Anjilus, W., Talip, R., & Bikar Singh, S. S. (2019). HUBUNGAN GAYA KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN KEPUASAN KERJA GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), (1), 1–16. https://doi.org/10.51200/ljms.vi1.2540

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 2655 | Total Downloads: 2151