KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT: TINJAUAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR

Keywords: kutipan zakat, saluran bayaran, keberhasilan pungutan zakat

Authors

  • Muhsin Nor Paizin Universiti Malaya
  • Suhaili Sarif Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v10i.2576

Abstract

Sistem pengurusan zakat kebiasaannya dipertanggungjawabkan kepada para pemegang amanah untuk menguruskan penyimpanan dan pengaliran harta zakat. Khususnya di Malaysia, tugas amil zakat dilaksanakan oleh pemerintah negeri dibawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Bagi meningkatkan hasil kutipan zakat, sesetengah MAIN telah menubuhkan syarikat mengutip zakat sebagai langkah mengoptimumkan keberhasilan. Pihak pelaksana khususnya pemerintah pula sewajarnya membantu masyarakat dengan menyediakan kemudahan yang dapat menyokong pelaksanaan berzakat antaranya dari sudut proses penerimaan bayaran. Kajian ini akan melihat saluran-saluran bayaran yang telah disediakan dan menilai sejauh mana saluran tersebut mampu menjana keberhasilan kepada institusi zakat itu sendiri. Bagi menilai saluran-saluran ini, kajian akan merujuk organisasi yang berpengalaman dalam pengoperasian kutipan zakat iaitu PPZ dan LZS. Melihat kepada isu yang timbul, kajian ini akan menggariskan beberapa cadangan penambahbaikan berbentuk dasar untuk dipertimbangkan antaranya dari sudut penyelidikan, aktiviti promosi dan lain-lain.

Downloads

Published

2016-06-30

How to Cite

Paizin, M. N., & Sarif, S. (2016). KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT: TINJAUAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR: Keywords: kutipan zakat, saluran bayaran, keberhasilan pungutan zakat. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 10, 66–76. https://doi.org/10.51200/ljms.v10i.2576

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 1277 | Total Downloads: 1846