KELESTARIAN AKAUN SEMASA: KAJIAN DI NEGERI SABAH DAN SARAWAK
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.vi.2973Keywords:
Akaun semasa, kelestarian, kekangan belanjawan semasa, Sabah, SarawakAbstract
Makalah ini dijalankan untuk menguji kelestarian akaun semasa melalui perhubungan yang wujud di antara eksport dan import di negeri Sabah dan Sarawak. Data tahunan diunjurkan selama 46 tahun bermula pada tahun 1960 sehingga 2005. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah berkenaan hanya mencapai
kepegunan dalam aras yang pertama. Sementara ujian Johansen dan Juselius (1990) membuktikan bahawa tidak wujud hubungan dalam jangka masa panjang di kedua-dua negeri. Ini menggambarkan bahawa akaun semasa adalah tidak mapan dalam jangka masa panjang. Seterusnya, ujian penyebab Granger menunjukkan bahawa eksport adalah
penyebab kepada import di kedua-dua negeri.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section

