KEPATUHAN PROSES GADAIAN DALAM SISTEM PAJAK GADAI ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Nurul Huda Binti Md Yusuff Pelajar Sarjana (Ekonomi Kewangan), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Azila Binti Abdul Razak Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Fidlizan Bin Muhammad Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2988

Keywords:

pajak gadai Islam, ar-Rahnu, kepatuhan, gadaian

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepatuhan prosedur penebusan dan lelongan yang dilaksana oleh institusi pajak gadai Islam di Malaysia. Kaedah kualitatif menggunakan soalan temu bual separa struktur dan berstruktur dilaksana melibatkan pemegang pajak gadai dan pelanggan. Tiga buah institusi ar-Rahnu beserta 10 orang responden terlibat dalam kajian ini. Terdapat 11 aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian (G1), timbang dan uji barang gadaian (G2), nilai barang dan upah simpan (G3), kelayakan pinjaman (G4), tempoh gadaian (G5), semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian (G6), pengembalian barang (G7), pelanjutan tempoh (G8), surat akuan gadaian baru (G9), pengedaran notis (G10), dan pemulangan lebihan hasil lelongan (G11). Hasil kajian menunjukkan bahawa kepatuhan proses G1, G2, G6, G7, adalah paling tinggi, manakala G3, G4, dan G5 pula adalah yang paling rendah. Implikasi kajian ini ialah keperluan bagi institusi pajak gadai Islam di Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai mengurus dan juga menyediakan carta alir serta manual bagi memastikan mereka mematuhi prosedur sebenar seperti yang tertulis dalam manual gadaian institusi masing-masing.

Downloads

Published

2015-06-30

How to Cite

Md Yusuff, N. H. B., Abdul Razak, A. B., & Muhammad, F. B. (2015). KEPATUHAN PROSES GADAIAN DALAM SISTEM PAJAK GADAI ISLAM DI MALAYSIA. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 9, 57–74. https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2988

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 938 | Total Downloads: 1903