FATWA-FATWA ZAKAT DI NEGERI PERAK : SATU ANALISA
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2989Keywords:
Fatwa, Zakat, Negeri Perak, Fatwa Zakat, Jawatankuasa Fatwa Negeri PerakAbstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat analisis terhadap fatwa-fatwa zakat bermula dari tahun 1986 hingga 2011 di Negeri Perak Darul Ridzuan. Pemilihan tempoh ini disebabkan fatwa-fatwa mengenai zakat sama ada yang diwartakan atau yang tidak diwartakan adalah terhimpun dalam tempoh dua puluh enam tahun yang terakhir ini. Kaedah yang digunakan dalam analisis adalah penyelidikan perpustakaan dan temubual. Secara umumnya, kajian ini mahu meneliti kaedah atau sandaran hujah yang diguna pakai oleh Jawatankuasa Fatwa di Negeri Perak untuk mengeluarkan sesuatu fatwa terutamanya berkaitan dengan hukum zakat sepanjang tempoh ini. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk-bentuk fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan pandangan jumhur dan pendapat minoriti ulama’ serta juga menerima pakai keputusan fatwa kebangsaan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2015 Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.