BACAAN INTERTEKSTUAL TERHADAP TAFSIR NUR AL-IHSAN: SATU KAJIAN MENURUT KAEDAH PARALLEL
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.v7i.3011Keywords:
Dialogisme, Sejarah, Tafsir Nur Al-Ihsan, Bacaan Intertekstual, Kaedah ParallelAbstract
Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat di dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan bacaan intertekstual dengan memberi tumpuan kepada kaedah parallel. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir al-Tha’labi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jalalyn.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2013 Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.