KESEDARAN PELANGGAN TENTANG PRODUK DAN PERKHIDMATAN PERBANKAN ISLAM DI BINTULU, SARAWAK

CUSTOMER AWARENESS OF ISLAMIC BANKING PRODUCTS AND SERVICES IN BINTULU, SARAWAK

Authors

  • Malisah Latip Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan & Sains, Universiti Putra Malaysia
  • Salmah Omar Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia
  • Dayang Shobihah Abang Abai Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan & Sains, Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Kesedaran pelanggan, perbankan Islam, Sarawak, Malaysia, Syariah

Abstract

Islamic banking remains part of the mainstream financial services landscape as illustrated by the strong macro outlook and is at the core of the Islamic financial markets and assets. It is increasingly gaining acceptance as an alternative to building a comprehensive financial system. The demographic and economic growth in most Muslim countries has stimulated demand for Shariah-compliant banking products. Despite the increase in financial services institutions offering Islamic banking products leading to increased customer awareness, it has also increased competitive pressures in the market. This study was carried out as a measure to identify the level of customer awareness in Bintulu, Sarawak, of Islamic banking products and services. A total of 436 respondents were involved in the study. The data is collected using questionnaire forms and analyzed using SPSS version 23 software. As a result of the analysis, most respondents are aware of Islamic banking products such as savings accounts and during Al-Wadiah. The least popular product among the respondents was Sukuk which is an Islamic bond. The majority of respondents are also interested in maintaining/using Islamic banking products and services over the next two years. Therefore, the government and banks should work together to promote Islamic banking products to attract customers' attention using the use of Islamic banking products.

Abstrak

Perbankan Islam, kekal sebagai sebahagian daripada landskap perkhidmatan kewangan arus perdana seperti yang digambarkan oleh prospek makro yang kukuh dan menjadi teras kepada pasaran dan aset kewangan Islam. Ianya semakin diterima sebagai alternatif untuk membina sistem kewangan yang komprehensif. Pertumbuhan demografi dan ekonomi di kebanyakan negara-negara Islam telah merangsang permintaan untuk produk perbankan patuh Syariah. Walaupun terdapat peningkatan dalam institusi perkhidmatan kewangan yang menawarkan produk perbankan Islam yang membawa kepada peningkatan tahap kesedaran pelanggan, ia juga telah meningkatkan tekanan persaingan di pasaran. Kajian ini dilaksanakan sebagai langkah untuk mengenalpasti tahap kesedaran pelanggan di Bintulu, Sarawak berkenaan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Seramai 436 responden terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Hasil analisis mendapati, majoriti responden mengetahui produk perbankan Islam seperti akaun simpanan dan akaun semasa Al-Wadiah. Produk yang paling kurang popular dalam kalangan responden adalah Sukuk iaitu bon Islam. Majoriti responden juga berminat untuk mengekalkan/menggunakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dalam tempoh 2 tahun pada masa akan datang. Justeru, pihak kerajaan dan bank hendaklah bekerjasama mempromosikan produk perbankan Islam untuk menarik perhatian pelanggan menggunakan seterusnya mengekalkan penggunaan produk perbankan Islam. 

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Latip, M., Omar, S., & Abang Abai , D. S. . (2022). KESEDARAN PELANGGAN TENTANG PRODUK DAN PERKHIDMATAN PERBANKAN ISLAM DI BINTULU, SARAWAK: CUSTOMER AWARENESS OF ISLAMIC BANKING PRODUCTS AND SERVICES IN BINTULU, SARAWAK. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 16, 22–34. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/LJMS/article/view/3789

Issue

Section

Articles
Total Views: 473 | Total Downloads: 332