TASAWUF KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PEMIKIRAN RADIKALISME BERAGAMA: ANALISIS LITERATUR UTAMA
Keywords:
Tasawuf kontemporari, Pemikiran radikalisme beragama, Peranan agama, Pengaruh media massa, Perilaku keganasanAbstract
Kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat Islam merupakan suatu perkembangan yang sangat baik terhadap sesuatu kelompok masyarakat di sesebuah negara. Namun terdapat juga di satu sisi perkembangan ini menimbulkan masalah sekiranya tidak diawasi dengan baik, iaitu pengaruh media massa menyebar-luaskan fahaman radikalisme beragama. Justeru, berangkat dari situasi tersebut artikel ini merungkai persoalan dan isu mengenai pemikiran radikalisme beragama dan peranan pendekatan tasawuf kontemporari dalam menangani isu tersebut. Secara khususnya, artikel ini merupakan sorotan literatur menumpukan berkenaan dengan kajian terdahulu yang meliputi permasalahan sikap radikalisme yang berlaku di Malaysia khususnya di Sarawak. Artikel ini secara khusus berobjektifkan untuk mengkaji peranan agama dalam kehidupan manusia, mengkaji pengaruh media massa dalam penyebaran pemikiran radikal beragama, menganalisis pendekatan tasawuf kontemporari dapat menangani pemikiran radikal beragama, menganalisis fahaman radikalisme dan kecenderungan perilaku keganasan dalam mencorakkan amalan keberagamaan, dan menilai kesan pengamalan tasawuf kontemporari dalam menangani pemikiran radikal beragama khususnya di Sarawak. Rumusan dapatan kajian dalam artikel ini menunjukkan bahawa sorotan literatur lepas menjurus kepada kaedah pemulihan yang dilakukan bagi mengatasi gejala-gejala yang sedia ada. Kaedah pemulihan adalah dengan menggunakan elemen-elemen tasawuf. Ia adalah untuk menjelaskan berkenaan keberkesanan kaedah tasawuf dalam mencegah dan memulihkan. Di samping itu juga sumber literatur lepas ini tidak menolak keperluan untuk membuat penambahbaikan terhadap konsep tasawuf yang sedia ada dengan menekankan beberapa perkara seperti penekanan terhadap adab dan akhlak, pembersihan hati, latihan kerohanian, pembinaan strategi bagi melahirkan generasi ulu al-albab yang menguasai ilmu-ilmu turath serta menterjemahkan hal tersebut ke dalam individu generasi sekarang sebagai generasi ulu al-albab iaitu generasi bijak pandai yang berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kesungguhan dalam melaksanakan elemen-elemen tasawuf dalam pendidikan merupakan usaha berterusan untuk mengekang daripada perkembangan pemikiran yang bercanggah dengan aliran Islam sebenar serta usaha mengekang aliran pemikiran ekstrim yang sudah membudaya dalam masyarakat yang akan merugikan umat Islam di Malaysia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.