PEMBIAYAAN QARDHUL HASSAN BERASASKAN WAKAF DI SABAH, MALAYSIA

Authors

  • Putera Aliif Al'Ain Jasni

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v18i2.5409

Keywords:

Pembiayaan qardhul hassan, Kewangan sosial Islam, Wakaf, Pembangunan sosial, Tingkah laku penerima

Abstract

Kajian ini menilai penerimaan pengguna ke atas produk pembiayaan Qardhul Hassan berasaskan wakaf di Sabah, Malaysia. Model kajian ini menggunapakai mekanisma Teori Islam Tingkah Laku Pengguna (Islamic Theory of Consumer Behavior, ITCB). Reka bentuk/metodologi/pendekatan dalam kajian berasaskan kaedah kuantitatif dengan saiz sampel berjulah 845 responden. Aplikasi Statistical Package of Social Science (SPSS) instrumen analisis data yang digunapakai. Pengumpulan data bermula September hingga November 2023. Dapatan keputusan menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan pemboleh ubah tidak bersandar (Nilai Maqasid Syariah, Dasar atau Polisi Hutang Islam, Kewajaran Harga dan Keberagamaan) dengan pemboleh ubah tidak bersandar (Penerimaan). Jurang kajian adalah kajian yang dilaksanakan di lima daerah utama di Sabah: Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Keningau and Tawau. Implikasi praktikal adalah menggunakan pendekatan Model ITCB sebagai asas dalam membina kerangka kajian untuk tujuan kajian ini. Kajian ini sebagai penanda aras dalam usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) Produk Pembiayaan Berasaskan Wakaf Qardhul Hassan kepada Institusi Wakaf di Sabah. Implikasi Sosial dalam analisis penerimaan pengguna Produk Pembiayaan Berasaskan Wakaf di Sabah, Malaysia memberikan maklumat yang amat bernilai berhubung kecenderungan dan persepsi masyarakat Islam di Sabah terhadap amalan wakaf untuk kemudahan produk pembiayaan berasaskan wakaf Qardhul Hassan dalam usaha membangunkan kekuatan aktiviti seperti sektor ekonomi ummah. Ianya boleh digunakan sebagai teori asas untuk kajian masa depan untuk memperteguh hipotesis sedia ada.

Downloads

Published

2024-10-30

How to Cite

Jasni, P. A. A. (2024). PEMBIAYAAN QARDHUL HASSAN BERASASKAN WAKAF DI SABAH, MALAYSIA. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 18(2), 115–133. https://doi.org/10.51200/ljms.v18i2.5409

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 94 | Total Downloads: 86