INISIATIF PERBANKAN BERASASKAN NILAI DI BIMB: KAJIAN KES SADAQA HOUSE
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.v19i1.6268Keywords:
Bank Islam Malaysia Berhad, Kajian kes, Perbankan Islam, Kewangan sosial, Pengantaraan berasaskan nilaiAbstract
Inisiatif Sadaqa House oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan contoh pelaksanaan Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation, VBI) yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyokong pembangunan mampan dalam sektor perbankan Islam. Kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan Sadaqa House sebagai inisiatif utama VBI di BIMB serta mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kes, analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur bagi tujuan pengumpulan data. Data primer dianalisis menggunakan analisis kandungan dan bertema. Hasil kajian mendapati Sadaqa House telah memberi sumbangan penting kepada sektor pendidikan, kesihatan, dan pemeliharaan alam sekitar. Namun demikian, Sadaqa House menghadapi cabaran dalam aspek komitmen penerima manfaat dan kekurangan promosi awam bagi tujuan kutipan dana. Kajian ini turut menekankan kepentingan tadbir urus yang kukuh serta strategi pengurusan dana yang lebih berkesan bagi memastikan kesinambungan program Sadaqa House dalam jangka panjang.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.

