KEBAJIKAN WARIS DHAWI AL-ARHAM SEBAGAI PENERIMA HARTA PUSAKA DAN CABARAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Authors

  • Zahari Mahad Musa Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.718

Abstract

Islam menetapkan panduan yang bersepadu melalui hukum faraid demi menjaga kebajikan
setiap waris seiring dengan matlamat perundangan faraid itu sendiri, iaitu memberi hak
kepada yang berhak. Hak pewarisan kepada waris dhawÄ« al-arhÄm merupakan perkara
yang tidak boleh dikesampingkan, bahkan menjadi perbincangan yang mendalam antara
pro dan kontra sebagai penerima pusaka. Artikel ini bertujuan menjelaskan kedudukan
waris dhawÄ« al-arhÄm dalam sistem pusaka Islam dan cabaran perlaksanaan tentang
agihan kepada mereka di Malaysia. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini berbentuk
kualitatif iaitu berdasarkan pengumpulan data yang memfokuskan metode kepustakaan.
Analisis data memfokuskan nas-nas syarak dan huraian ilmuan fiqh berkaitan waris dhawī
al-arhÄm. Hasil kajian mendapati ijtihad yang dinamik dikalangan fuqaha tentang
pendekatan terbaik dengan memberikan agihan pusaka kepada waris dhawÄ« al-arhÄm.
Kebajikan waris dhawÄ« al-arhÄm turut diperakui bagi membuktikan Islam mengiktiraf
keluarga luas (extended family) dalam sesebuah masyarakat.

Downloads

Published

2017-07-17

How to Cite

Mahad Musa, Z. (2017). KEBAJIKAN WARIS DHAWI AL-ARHAM SEBAGAI PENERIMA HARTA PUSAKA DAN CABARAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 11. https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.718

Issue

Section

Articles
Total Views: 240 | Total Downloads: 2727