PERSEKITARAN POLITIK SEBAGAI MOTIF EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.724

Abstract

Persekitaran politik di negara asal mahupun di negara tuan rumah sememangnya merupakan perkara penting yang perlu dilihat sebelum sesuatu keputusan untuk melakukan ekspatriasi dapat dilakukan. Keadaan politik yang stabil mahupun sebaliknya sama ada di negara asal ataupun tuan rumah akan menjadi daya penarik utama bagi akademik ekspatriat berdikari membuat keputusan bagi meneruskan kerjaya ke peringkat yang lebih baik. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat adakah motif persekitaran politik memainkan peranan penting sebelum keputusan untuk melakukan ekspatriasi dapat dibuat oleh akademik ekspatriat berdikari. Melalui penggunaan kaedah kualitatif menerusi kajian kes intrinsik ke atas tiga puluh
orang akademik ekspatriat berdikari di empat (4) buah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia yang terlibat secara sukarela untuk ditemubual dengan menggunakan kaedah temubual semi struktur, hasil kajian dapat diperolehi. Hasil dapatan penyelidikan mendapati bahawa motif persekitaran politik merupakan salah satu daripada isu utama yang dibincangkan oleh responden kajian yang mana ianya dapat dilihat melalui dua sub tema iaitu ketidakstabilan politik negara asal dan kestabilan politik di negara tuan rumah. Justifikasi yang dinyatakan oleh akademik ekspatriat berdikari dalam melakukan ekspatriasi ini adalah disebabkan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap peristiwa pahit yang berlaku di negara asal yang dikaitkan dengan perkaraperkara
negatif yang mana jika mereka terus berada di negara asal pastinya hidup mereka tidak
akan dapat mencapai keberjayaan dalam mencapai kejayaan kerjaya sebagai seorang ahli akademik.

Downloads

Published

2017-07-17

How to Cite

PERSEKITARAN POLITIK SEBAGAI MOTIF EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA. (2017). Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 11. https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.724

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 483 | Total Downloads: 645