KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v11i1.4884Keywords:
Ketahanan kendiri, kesediaan bekerja, IPT Sabah, Covid-19, pelajar tahun akhirAbstract
Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini mengundang rasa bimbang dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA/IPTS). Hal ini kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan ekoran berlakunya pandemik Covid-19. Semua ini memerlukan ketahanan kendiri yang tinggi khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. Dalam meneroka fenomena ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh tahap ketahanan kendiri terhadap kesediaan mereka untuk bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir di IPTA dan IPTS. Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dari segi ketahanan kendiri dan kesediaan mereka untuk bekerja dalam era pandemik. Seramai 345 orang pelajar tahun akhir di IPTA/IPTS di Sabah turut serta dalam kajian. Kajian mendapati, wujud pengaruh ketahanan kendiri terhadap kesediaan bekerja bagi pelajar IPTA dan IPTS di Sabah. Dari segi perbezaan ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pelajar tahun akhir bagi kedua kumpulan pelajar IPTA dan IPTS. Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir IPTA/IPTS untuk lebih bersedia dalam mendepani cabaran dalam memasuki dunia pekerjaan tidak kira dalam apa juga situasi yang berlaku di luar jangka.
References
Aiman Hazim. R., & Nor Aishah. B. (2021). Tahap Keinginan Keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta: Perspektif di Malaysia. Jurnal Dunia Perniagaan,3(2),1-6.
Angelkovski, R. (2016). Resilience in children: Educational significance, Journal of Student Engagement: Education Matters,6(1), 39-45.
Arango-Botero. D., Arias. M.L. B., Montoya. M. H., & Valencia-Arias. A. (2020). Determinants of Entrepreneurial Intention among Engineering Students Based on Structural Equation Modeling. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities. 28(4). 2623-2644
Azizi, Y., & Norlaily, A. (2010). Teori-teori Konsep Kendiri. Tidak diterbitkan.http://eprints.utm.my/id/eprint/10368/
Azmi, I. A. G., Hashim, R. C., & Yusoff, Y. M. (2018). The Employability Skills of Malaysian University Students. International Journal of Modern Trends in Social Sciences,1(3), 1-14.
Cosmas, G., Joseph Kimong, P., & George Albert, W.K. (2023). The Effect of Psychological SelfDefence on the Performance of Graduates Employed in Matched and Mismatched Roles. Postmodern Openings, 14(1), 00-00. https://doi.org/10.18662/po/14.1/
Diani Mardiana Mat Zain, Amirah Zainun & Farhana Abdul Razak (2017). Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah,1,108-118
Ebenezer, C. M., Swee Kee, L., Abraham, M. M., & Abdulrazzaq, J. M., (2020). Association between Perceived Stress and Resilience among University Students. Indian Journal of Public Health Research and Development,11(7),1316–1321. https://doi.org/10.37506/ijphrd.v11i7.10278
Graber, R., Pichon, F., & Carabine, E. (2015). Psychological Resilience. London: Overseas Development Institute.
Gull, M. (2018). Resilience Among Government and Private School Teachers: A Comparative Study. The International Journal of Research in Teacher Education,9(1),19-26.
Harsela, K., & Asih, E. C. 2020. The Level of Mathematical Resilience and Mathematical Problem-Solving Abilities of 11th Grades Sciences Students in a Senior High School. Journal of Physics Conference Series, 1521(032053).
Irmohizam Ibrahim & Muhammad Hussin (2016). Tahap Daya Tahan dalam Kalangan Pelajar IPTA di Malaysia dan di Luar Negara. Jurnal Personalia Pelajar,19(1),75-85.
Islam, M. A., Barna, S. D., Raihan, H., Khan, M. N. A., & Hossain, M. T. (2020). Depression and anxiety among university students during the COVID-19 pandemic in Bangladesh: A web-based cross-sectional survey. PLOS ONE,15(8), 1–12.
Iwu, C. G., Muresherwa, G., Nchu, R., & Eresia-Eke, C. E. (2020). University students’ perception of entrepreneurship as a career option. Academia, 0-21,177-201.
Mohd Shafry Mohd Rahim. (2020). Cabaran Kebolehpasaran Graduan Pasca COVID-19. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1847435
Muhammad Rafii. I., Lee. W. C., Lui. D., & Mohamad Izzuan. M. I. (2020). Kesedaran Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tentang Pengangguran di Malaysia Akibat daripada Revolusi Industri 4.0. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(8), 13 - 21
Nazriah Rasul, Rafiza Mohamed, Siti Nurhuda Abd Wahid, Yusmady Md Junus & Rosmiza Awang Noh. (2020). Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 5(11),85-94
Norwazli Abdul Wahab. (2022). Penempatan Pelajar dalam Industri Kurang Dapat Pendedahan. Dicapai daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2022/04/944961/penemp atan-pelajar-dalam-industri-kurang-dapat-pendedahan
Norasmah Othman. (2017). Daya Tahan Pelajar Universiti Awam dan Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia,42(1),77-86.
Nuramirah Nabila Zakaria & Norzaini Azman. (2021). Daya Tahan dan Motivasi Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid- 19 Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 6(10). 41- 53. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1092
Poh Li Lau, Ahmad Shamsuri Muhamad, Guan Teik Ee & Haslee Sharil Lim Abdullah. (2018). Kesediaan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Vokasional dan Teknikal. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asis Pasifik,6(2),32-41.
Quaratul ‘Aini. A., Norshima. H., & Melissa. S. (2020). Industry Revolution 4.0: The Readiness of Graduates Of Higher Education Institutions For Fulfilling Job Demands. Romanian Journal of Information Technology and Automatic Control, 30(2), 15-26.
Sarmila. M. S., Zaimah. R., & Nur Shafiqah. M. S. (2021). Kesediaan Graduan Memilih Keusahawanan Sebagai Bidang Kerjaya. Malaysian Journal of Society and Space,17(4),17-29 Siti Mahera. A. A., & Hartini. A. (2021). Persepsi Staf KUIM Terhadap Kebolehpasaran Graduan. Jurnal ‘Ulwan,6(2),50-60
Sri Nurhayati Selian, Fonny Dameati Hutagalung & Noor Aishah Rosli. (2020). Pengaruh Stres Akademik, Daya Tahan dan Adaptasi Sosial Budaya Terhadap Kesejahteraan Psikologi Pelajar Universiti. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.7(2),36-57
Wahid, H. A. 2013. Keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing dalam kalangan pelajar ipt di Malaysia.Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zhang, Q., Zhou, L., & Xia, J. (2020). Impact of COVID-19 on Emotional Resilience and Learning Management of Middle School Students. Medical Science Monitor, 26, 1–9. https://doi.org/10.12659/msm.924994