ANALISIS TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK TENTANG KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SOSIOEMOSI TERHADAP MURID SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Amirah Mohd Tarmizi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Nik Rosila Nik Yaacob Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v13i1.4985

Keywords:

Keberkesanan, Pembelajaran Sosioemosi, Murid Sekolah Rendah, Kajian Literatur Sistematik

Abstract

Kajian tinjauan literatur sistematik (SLR) ini bertujuan untuk meninjau trend dan keberkesanan pembelajaran sosioemosi (PSE) terhadap murid sekolah rendah bermula dari tahun 2020 hingga 2024. Kajian ini dilakukan secara sistematik dengan berpandukan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta Analysis (PRISMA) yang melalui tiga fasa iaitu pengenalpastian, penyaringan dan pemilihan. Pengkaji telah melakukan carian menggunakan kata kunci di pangkalan data Scopus dan Web of Science. Hasilnya, sebanyak 17 artikel telah terpilih untuk dianalisis dan melalui proses bacaan teks penuh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program PSE amat berkesan terhadap kompetensi sosioemosi dan iklim bilik darjah. Hasil kajian tinjauan ini diharap dapat menjadi panduan kepada pengkaji seterusnya untuk mengenal pasti program PSE yang benar-benar efektif terhadap kompetensi sosioemosi dan iklim bilik darjah murid.

Published

2025-06-01
Total Views: 50 | Total Downloads: 20