KEBOLEHAN BERADAPTASI INDIVIDU DAN KEBAHAGIAAN: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA MALAYSIA DAN INDONESIA
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v9i2.5095Keywords:
Adaptasi, Kebahagiaan, Malaysia, Indonesia, PelajarAbstract
Kebolehan beradaptasi dalam kalangan mahasiswa kurang mendapat perhatian sedangkan ianya penting bukan sahaja ketika menuntut ilmu bahkan dalam menempuh alam pekerjaan juga. Ianya juga penting untuk memahami keadaan sebenar yang dihadapi mahasiswa ketika ini berikutan perubahan drastik sistem pendidikan yang tertumpu kepada interaksi atas talian. Turut menjadi perhatian tentang isu kesihatan mental yang dilihat meningkat dalam kalangan pelajar universiti bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia sehingga menjadi tanda tanya tentang tahap kebahagiaan mahasiswa pada ketika ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang kebolehan beradaptasi dan kebahagiaan dalam kalangan mahasiswa di negara Malaysia dan Indonesia.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan seramai 120 responden dari Malaysia dan Indonesia telah terlibat dengan kajian ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah I-Adapt Measure dan positive and negative affective schedule (PANAS). Keputusan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara adaptasi dan subskala krisis, budaya, interpersonal,pembelajaran, fizikal, kreativiti dan ketidakpastian antara pelajar Malaysia dan Indonesia. Namun begitu terdapat perbezaan dari segi subskala tekanan antara Malaysia dan Indonesia. Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan kebahagian dari segi subskala emosi negatif antara Malaysia dan Indonesia. Keputusan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kebahagian dari segi subskala emosi positif antara Malaysia dan Indonesia. Namun dilihat bahawa mahasiswa Indonesia mempunyai tingkat kebahagiaan yang lebih tinggi kerana kurang memiliki emosi negatif. Dilihat bahawa kebolehan beradaptasi juga mempunyai hubungan signifikan terhadap kebahagiaan. Kajian seperti ini perlu dilakukan dengan memperluaskan lagi lokasi kajian iaitu melibatkan mahasiswa dari negara-negara Asia yang lain. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.
References
Abdullah, M. C., Elias, H., Mahyuddin, R., & Uli, J. (2006). Masalah penyesuaian: Punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian di universiti. National Student Development Conference (NASDEC), Kuala Lumpur: Malaysia.
Demirtas, A. S. (2018). The predictive roles of emotion regulation strategies and self-esteem on happiness. Journal of Turkish Study. 13(11), 487-503.
Diener, E. (1984). Subjective well-being. Psychological Bulletin. 95, 542–575.
Eva, N. Hidayah, N., & Shanti, P. (2020). Model kesejahteraan psikologis mahasiswa Indonesia dan Malaysia. Universitas Negeri Malang: Indonesia.
Flynn, D. M., & MacLeod, S. (2015). Determinants of happiness in undergraduate university students. College Student Journal, 49, 452–460.
Gao, W., Ping, S., & Liu, X. (2020). Gender differences in depression, anxiety, and stress among college students: A longitudinal study
from China. Journal of Affective Disorders, 263, 292-300.
Gebhard, J. (2012). International students' adjustment problem and behavior. Journal of International student. 2162-3104.
Helliwell, J. F., Layard, R., Sachs, J., & Neve, J.D. (2020). World Happiness Report 2020. New York: Sustainable Development Solutions Network.
Hobfoll, S. E. (2001). The influence of culture, community, and the nested-self in the stress process: Advancing conservation of resources theory. Applied Psychology: An International Review, 50(3), 337–370.
Hua, J., Fan, J., Walker, A., Hou, N., Zheng, L., & Debode, J. (2019). Examinations of the role of individual adaptability in cross-cultural adjustment. Journal of Career Assessment. 27(3), 1-20.
Joodat A. S., & Zarbakhsh, M. (2015) . Adaptation to college and interpersonal forgiveness and the happiness among the university students . Practice in Clinical Psycohology. Research Papers. 3(4), 243-250.
Kaczmarek, L. D. (2017). Happiness. In: V. Zeigler-Hill, T. K. Shackelford (eds.), Encyclopedia of Personality and Individual Differences. New York: Springer.
Lyubomirsky, S., Sheldon, K. M., & Schkade, D. (2005). Pursuing happiness: The architecture of sustainable change. Review of General Psychology. 9(2), 111–131.
Panahi, S., Yunus, A. S. M. Y., Roslan, S., Kadir, R. A., Jaafar, W. M. W., & Panahi, M. S. (2016). Predictors of psychological well-being
among Malaysian graduates. The European Journal of Social & Behavioural Sciences. 16(2):2067-2083.
Piqueras, J. A., Kuhne. W., Vera-Villarroe, P., Straten, A.V., & Cuijpers, P. (2011). Happiness and health behaviours in Chilean college students: A cross sectional survey. BMC Public Health, 11, 433.
Polyhart, R. E., & Bliese, P. D. (2006). Individual Adaptability (IADAPT) Theory: Conceptualizing the Antecedents, Consequences, and Measurement of Individual Differences in Adaptability". In Shawn Bruke, C., Pierce, L.G., & Salas, E. (Ed.), Understanding Adaptability: A Prerequisite for Effective Performance within Complex Environments (Advances in Human Performance and Cognitive Engineering Research, 6, 3-39. Bingley: Emerald Group Publishing Limited.
Sardina., & Nasir, M. I. M. (2017). Motivasi mahasiswa Indonesia yang belajar di luar negara (Malaysia). Semdi Unaya, 128-135.
Wajar, M. S. A. M., & Hamzah, R. (2020). Model kebahagiaan hidup pelajar universiti berdasarkan faktor kesihatan mental, kecerdasan, spiritual dan demografi. Journal Of Social Science and Humanities. 5(11), 17-32.
Watson, D., Clark, L. A., & Tellegen, A. (1988). Development and validation of brief measures of positive and negative affect: The PANAS scales. Journal of Personality and Social Psychology. 54(6), 1063.
Zhou, M., & Lin, W. (2016) Adaptability and life satisfaction: The moderating role of social support. Frontiers in Psychology. 7:1134.