PERBEZAAN GENDER DALAM PENCAPAIAN MURID: KAITANNYA DENGAN KETERLIBATAN MURID DAN SOKONGAN PEMBELAJARAN
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v8i1.5123Keywords:
Gender, Keterlibatan Murid, Sokongan Pembelajaran, PencapaianAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmana keterlibatan muridberkait dengan pencapaian akademik berdasarkan gender. Ia juga meninjau sama ada sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid mempunyai kaitan terhadap pencapaian berdasarkan gender. Survei keratan rentas digunakan untuk mengumpul data yang melibatkan keterlibatan murid di sekolah, sokongan
pembelajaran dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 800 orang murid yang berumur 16 tahun (lelaki n = 400 dan perempuan n = 400) dari sekolah menengah kawasan bandar dan luar bandar dalam daerah Kuala Selangor. Instrumen tinjauan keterlibatan murid di sekolah (The Student Engagement Scale, Lam et al.,2009) merupakan instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data. Analisis deskriptif min dan sisihan piawai digunakan bagi menentukan tahap hubungan dan analisis inferensi MANOVA serta Ujian-t dijalankan untuk menentukan perbezaan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid lelaki dan perempuan terhadap pencapaian akademik. Murid perempuan mempunyai sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid yang lebih tinggi berbanding lelaki. Pencapaian murid adalah berbeza antara gender. Hasil kajian ini dapat memberi kefahaman terhadap isu keterlibatan murid di sekolah. Ia juga boleh menjadi sumber maklumat bagi penyusunan semula strategi sedia ada dan merancang program-program yang lebih baik agar dapat membantu
meningkatkan pencapaian akademik dan mengurangkan jurang perbezaan gender terhadap pencapaian dalam kalangan murid sekolah.
References
Bandura, A. (1989). Social cognitive theory. In R. Vasta (Ed.), Annals of child development:Vol. 6. Six theories of child development 160. Greenwich, CT: JAI.
Bempechat, J., & Shernoff, D. J. (2012). Parential influences on achievement motivation and student engagement. In L. Sandy Christenson, Amy L. Reschly & Cathy Wylie (Eds.), Handbook of research on student engagement, (pp 315-342). New York: Springer.
Bingham, G. E., & Okagaki, L. (2012). Ethnicity and student engagement. In L. Sandy Christenson, Amy L. Reschly & Cathy Wylie (Eds.), Handbook of research on student engagement, (pp 6595). New York: Springer.
Brook, R., Brooks, S., & Goldstein, S. (2012). The power of mindsets: Nurturing engagement, motivation, and resilience in student. In L. Sandy Christenson, Amy L. Reschly & Cathy Wylie (Eds.), Handbook of research on student engagement, (pp. 541-562). New York: Springer.
Chen, J. (2008). Grade-Level Differences: Relations Of Parental, Teacher And Peer Support To Academic Engagement And Achievement Among Hong Kong Students. School Psychology International 2008, 29(2), 183–198.
Chohan, B. I., & Khan, R. M. (2010). Impact of parental support on the academic performance and self concept of the student. Journal of Research and Reflections in Education, 4(1), 14-26.
Coil, C. (2003). Surviving the Middle Years: Strategies for Student Engagement, Growth & Learning. Australia: Hawker Brownlow Education.
http://ue.edu.pk/jrre/articles/41002.pdf Retrieved from
DiPerna, J. C., Volpe, R. J., & Elliot, S. N. (2002). A model of academic enablers and elementary reading/language arts achievement. School Psychology Review, 31, 298-312.
Eccles, J. S., & Barber, B. L. (1999). Student council, volunteering, basketball or marching band: What kind of extracurricular involvement matters? Journal Of Adolescent Research, 14: 1043.