KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR, KOMPETENSI PROFESIONALISME GURU, KOMPETENSI PERIBADI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN EFIKASI PENGAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PEDALAMAN SABAH

Authors

  • Serirama Ebbie, Roslee Bin Talip & Dayang Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v7i2.5227

Keywords:

Sekolah Rendah, Zon Pedalaman, Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Kompetensi Profesionalisme, Kompetensi Peribadi Dan Efikasi Pengajaran

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Pemboleh ubah kajian telah
diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Standard Guru Malaysia (SGM) dan Teacher Efficacy Scale (TES) bagi mengumpul data daripada 361 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik, daripada 54 buah sekolah rendah yang melibatkan tujuh daerah di zon Pedalaman, Sabah. Persampelan secara rawak digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru manakala persampelan bertujuan digunakan bagi menentukan bilangan sekolah yang mewakili setiap daerah seperti yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan pengajaran guru besar (Min = 4.52; SP = 0.313) pada tahap sangat tinggi, kompetensi profesionalisme guru (Min = 4.41; SP = 0.295) juga pada tahap sangat tinggi dan kompetensi peribadi guru (Min = 4.47; SP = 0.366) juga berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru (Min = 3.96; SP = 0.358) berada pada tahap tinggi. Data inferensi dianalisis menggunakan Korelasi Pearson. Analisis Korelasi Pearson mendapati
hubungan yang signifikan pada aras sederhana kuat antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan efikasi pengajaran guru (r=.514), hubungan yang signifikan pada aras kuat antara kompetensi profesionalisme guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.790) dan hubungan yang signifikan pada aras kuat bagi kompetensi peribadi guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.806). 

References

Guskey, T. R. (2000). Evaluating Professional Development. California: Corwin Press, Inc.

Hallinger, P. dan Murphy, J.F. (1985). Assessing the instructional management behaviour of principles. The Elementary School Journal, 86(2), 217-247.

Hallinger, P. (2003). Leading Educational Change: Reflection on The Practice of Instructional and Transformational Leadership. Cambridge Journal of Education. 33(3), 329-351.

Hallinger, P. (2011). Leadership For Learning: Lesson From 40 Years Of Empirical Research. Journal Of Educational Administration. 49(2), 125-142.

Henson, R. K. (2001). Perceived responsibility of prospective teachers for the moral development of their students. The Professional Educator, 23(2), 47-53.

Jones, R. M. (2009). Science Teaching Time and Practice and Factors Influencing Elementary Teachers' Decisions About Both in Rural, Reservation Schools. Tesis Doktor Falsafah. Montana State University. UMI No:3350498

Klassen, R.M. et al. (2009). Exploring the validity of a teachers self efficacy scale in five countries. Contemporary Educational Psychology, 34(1), 67-76.

Liaw E.C. (2009). Teacher efficacy of pre-service teachers in Taiwan: The influence of classroom teaching and group discussions. Teaching

and Teacher Education, 25(1),176-180.

M Nur Mustafa & Norasmah Othman. (2009). Motivasi Kerja, Latihan Dalam Perkhidmatan dan Kompetensi Profesional Serta Hubungannya Terhadap Prestasi Kerja Guru Pekan Baru Provinsi Riau, Indonesia. Prosiding Penyelidikan Siswazah. Universiti

Kebangsaan Malaysia. Halaman 219-230.

Mannullang, M. (2002). Personnel Management. Jakarta: Ghalia Indonesian.

Midthassel, U.V., Manger, T., Torsheim, T. (2002). Community Effects on Teacher Involvement in School Development Activity: A

Study of Teachers in Cities, Smaller Towns and Rural Areas in Norway. Research Paper in Education, 17(3), 293-303.

Mohd. Yusri Ibrahim, & Aziz Amin. (2014). Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua dan Kompetensi Pengajaran Guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11-25.

Downloads

Published

2024-07-06
Total Views: 62 | Total Downloads: 42