POLA MINAT KERJAYA DAN PENYESUAIAN KERJAYA PELATIH KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/I DI UNIVERSITI AWAM

Authors

  • Maisarah Mohd Wahed, Mohd Izwan Mahmud, & Siti Hashimah Ghazali Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v7i2.5229

Keywords:

Minat Kerjaya, Penyesuaian Kerjaya, Pelatih, Kor SUKSIS, Polis DiRaja Malaysia

Abstract

Pemilihan kerjaya yang selari dengan minat kerjaya mampu memberikan penyesuaian kerjaya yang baik pada masa hadapan. Penyesuaian kerjaya melibatkan keupayaan individu berkaitan dengan cakna diri (concern), kawalan diri (control), sifat ingin tahu (curiosity) dan keyakinan diri (confidence). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola minat kerjaya dan penyesuaian kerjaya pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/i (SUKSIS) di sebuah Universiti Awam di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif iaitu analisis yang digunakan adalah Min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan. Sampel kajian ini terdiri daripada 102 orang pelatih Kor SUKSIS di sebuah Universiti Awam di Selangor. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pola minat kerjaya adalah Vocational Preference Inventory (VPI). Manakala, bagi penyesuaian kerjaya instrumen yang digunakan adalah Career Adapt Ability Scale (CAAS). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Keputusan kajian mendapati majoriti responden mempunyai minat kerjaya dominan bagi kategori Sosial (S), Investigatif (I) dan Enterprising(E). Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan minat kerjaya antara jantina perempuan dan lelaki di mana lelaki lebih dominan kepada Sosial (S), Enterprising (E) dan Investigatif (I). Manakala perempuan lebih dominan kepada Sosial (S), Investigatif (I) dan Konvensional (K). Di samping itu, tahap penyesuaian kerjaya responden berada pada tahap sederhana dan tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar berada di tahap yang rendah. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan Kor SUKSIS terhadap cara pengambilan dan pemilihan pelatih yang memiliki tret personaliti yang lebih sesuai dan diperlukan untuk menjadi seorang anggota Polis DiRaja Malaysia. Cadangan kajian susulan hendaklah menjalankan kajian berbentuk kualitatif bagi memahami faktor yang mempengaruhi minat pelajar dalam persatuan badan beruniform.

References

AKTA POLIS. (1967). Seksyen 36 (2).

Azizi Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip, & Mohd Dahlan A. Malek. (2017). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan, Penerbit UPSI

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yussof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributions Sdn. Bhd.

Barrick, M. R., & Mount, M. K. (2005). Yes, Personality Matters: Moving On To More Important Matters. Human Performance, 18, 359– 372.

Hamdan Abd. Kadir. (2009). Kaunseling di Tempat Kerja. Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Holland, J. L. (1973). A Theory of Vocational Personality and Work Environment. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Holland, J. L. (1977). The Occupational Finder. Palo Alto, California: Consulting Psychological Press.

Inkson, K., Dries, N., & Arnold, J. (2015). Understanding Careers: The Metaphors Of Working 485 Lives. London: Sage

MU Career Center. (2010). Guide to Holland Code. University of Missouri : Columbia.

Mohamed Sazif Mohamed Subri (2011). The Stress Effect Towards PDRM Personnel: A Case Study on Health Problems and Job Satisfaction in Kedah. Master Diss. Kedah : Universiti Utara Malaysia.

Noraini Abdol Raop & Noorasmah Bakri. (2019). Tekanan Kerja: Hubungannya Dengan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Anggota Bomba Dan Penyelamat, Alor Gajah, Melaka. Jurnal Sains Sosial Malaysian, 4(1), 54-67.

Norazila Mat, Muhammad Syaqif Noordin, Nur Atiqah Abdullah, Nazri Muslim & Jamsari Alias. (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar Melalui Badan Beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 33–46.

Downloads

Published

2024-07-06
Total Views: 67 | Total Downloads: 70