HARAPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK BERKEPERLUAN KHAS DI SARAWAK
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v7i2.5230Keywords:
Harapan, Ibu Bapa, Anak Berkeperluan Khas, SarawakAbstract
Sejak daripada anak di diagnosis dengan keperluan khas sama ada fizikal, pendengaran, dan pembelajaran, pelbagai inisiatif telah diambil ibu bapa bagi membantu perkembangan anak mereka agar dapat membesar dengan baik bagi memenuhi harapan ibu bapa terhadap anak, terutamanya harapan agar anak boleh berdikari tanpa bantuan penuh daripada individu lain. Kajian ini bertujuan
untuk (1) mengenalpasti harapan ibu bapa terhadap masa depan anak berkeperluan khas dan (2) mengenalpasti faktor yang mempengaruhi harapan ibu bapa. Kajian kualitatif ini mengumpul data melalui temu bual. Informan kajian merupakan 7 orang ibu dan seorang bapa kepada anak yang terlibat dalam Program Transisi ke Kerjaya Individu Berkeperluan Khas. Anak-anak mereka
terdiri daripada keperluan khas fizikal, keperluan khas pendengaran, dan keperluan khas pembelajaran. Hasil temu bual mendapati harapan ibu bapa terdiri daripada 4 tema iaitu harapan terhadap diri anak, harapan terhadap pendidikan anak, harapan terhadap kerjaya anak, dan harapan terhadap hubungan anak dengan individu sekeliling. Faktor yang mempengaruhi harapan ibu bapa pula
terdiri daripada 3 tema iaitu lokaliti, sosioekonomi ibu bapa, dan pengetahuan ibu bapa tentang kemudahan yang ada untuk individu berkeperluan khas. Melalui dapatan kajian ini, adalah dicadangkan agar ibu bapa berkolaborasi dengan ahli profesional pelbagai disiplin dalam merancang masa hadapan anak yang realistik bersesuaian dengan keadaan anak dan keperluan pasaran kerja semasa.
References
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yussof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributions Sdn. Bhd. Bahagian Pendidikan Khas (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas.
Bury, S.M., Wenzel, M., dan Woodyatt, L. (2016). Giving hope a sporting chance: hope as distinct from optimism when events are possible but not probable. Motivation and Emotion, 40(4), 588–601.
Chen, J., Cohn, E.S. dan Orsmond, G.I. (2018). Parents’ future visions for their autistic transition-age youth: Hopes and expectations. Autism,
-10.
Finke, E.H., Kremkow, M.D., Drager, D.R., Murillo, A., Richardson, L., Serpentine, E.C. (2019). “I Would Like for My Child to be Happy with His Life”: Parental Hopes for Their Children with ASD Across the Lifespan. Journal of Autism and Developmental Disorders.
Hasnah Toran (2017). Autisme: Panduan Ibu Bapa. Kedah: Penerbitan Ryadh.
Hatfield, M. Ciccarelli, M., Falkmer, T., & Falkmer, M. (2018). Factors Related to Successful Transition Planning for Adolescents on the Autism Spectrum. Journal of Research in Special Education Needs, 18(1), 3-14.
Henninger, N.A., dan Taylor, J.L. (2014). Family perspectives on a successful transition to adulthood for individuals with disabilities. Intellectual and Developmental Disabilities, 52(2), 98–111.
Holmes, L.G., Kirby, A.V., Strassberg, D.S., et al. (2018) Parent expectations and preparatory activities as adolescents with ASD transition to adulthood. Journal of Autism and Developmental Disorders 48(9): 2925–2937.
Mandak, K., O’Neill, T., Light, J., & Fosco, G. M. (2017). Bridging the gap from values to actions: A family systems framework for family centered
AAC services. Augmentative and Alternative Communication, 33, 32–41.
Mohammad Hisyam Mohd. Hashim & Siti Nor Idayu Mohd Nasir (2018). Transisi Kerjaya Pendidikan Khas Vokasional: Teori dan Amalan.
Batu Pahat: Penerbit UTHM.
Muir, K., & Strnadová, I. (2014). Whose responsibility? Resilience in families of children with developmental disabilities. Disability and
Society, 29, 922–937.